Kembalilah bangkit menegakkan Islam dengan kembali semula ke dasar ajaran Islam yang betul dan lurus dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Cuba lihat kejayaan para sahabat yang menjadi pemerintah bagi kaum Muslimin. Mereka tidak lari daripada berpegang dengan 2 perkara tersebut agar pengaruh Islam bakal tersebar dan tidak goyah diserbu dan disergah musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap ummat Islam harus kembali mencipta pengaruh demi kejayaan yang bakal dinantikan. Wallahua'alam.
"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal." Surah at-Taubah 129
Sunday, December 26, 2010
Umat Islam Perlu Cipta Pengaruh
Kembalilah bangkit menegakkan Islam dengan kembali semula ke dasar ajaran Islam yang betul dan lurus dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Cuba lihat kejayaan para sahabat yang menjadi pemerintah bagi kaum Muslimin. Mereka tidak lari daripada berpegang dengan 2 perkara tersebut agar pengaruh Islam bakal tersebar dan tidak goyah diserbu dan disergah musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap ummat Islam harus kembali mencipta pengaruh demi kejayaan yang bakal dinantikan. Wallahua'alam.
Friday, December 17, 2010
Coretan Hati Seorang EXMTS
dengan nama Allah yang maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG
Saat diri ini mula menekan 'keyboard' untuk meluahkan rasa hati, isi hati, dan segala perasaan yang terkandung didalam hati, kini aku bukan lagi bergelar seorang pelajar MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH, KELANTAN.
Kini baru aku mengerti bahawa beginilah perasaan yang dialami, dirasai dan terpaksa ditempuhi oleh setiap abang-abang dan kakak-kakak yang telah dahulu meninggalkan medan ini tetapi perjuangan ini. Kini aku hanya bergelar bekas pelajar MTS sahaja. Kalu dahulu aku kemana sahaja orang bertanya "Adik sekoloh mano?" dengan izzah serta rendah diri aku menjawab kembali "Sekoloh Maahad Tahfiz Sains"...
Tidak dapatku ertikan, ungkapkan serta lukiskan keindahan serta kemanisan ketika bergelar seorang pelajar MTS yang baru sahaja aku lepas gelaran tersebut pada 16 Disember 2010. Pelajar Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah kebanggaan kerajaan negeri Kelantan pimpinan seorang ulama'. Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah yang melahirkan permata serta mutiara yang akan mengangkat kembali Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun.
Cg,. Nik Maziah, guru penasihat Badan Maktabah(kiri) dan Tec Adilah
Sir Raja, Tec Fadzilah, Tec Salina dan Tec Azura
Ust Anuar guru BAT dan Guru Dakwah MTS 2010
2006, aku mula menceburi serta menjadi sebahagian dalam diri Maahad Tahfiz Sains. Namun mungkin Allah yang Maha Esa ingin memberikan aku peluang serta pengalaman yang lebih, lantas aku dihantar ke Maahad Tahfiz Nurul Hidayah, sebagai tempat pengajianku. Kemudian pada 2007, aku neneruskan kembara ke kampus induk Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan yang Adunnya merupakan Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa cakna akan keperluan dan kebajikan pelajar di sekolah anak emas kerajaan negeri. Disini aku mula mengenali serta mengerti hidup seorang muslim. Disini aku diajar segala-galanya, tentang pelajaran dunia dan akhirat, penulisan serta kepimpinan. Disi aku mula mengenali gerak kerja dakwah dan tarbiah.
Dan apa yang aku rasa, pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan mungkin kekuatan setiap warden dan murabbi di Maahad Tahfiz Sains dalam mentarbiah diri kami selaku huffaz di Maahad Tahfiz Sains.
Satu suasana yang aku rasa tidak ada di sekolah lain ialah seorang guru akademik boleh mengamalkan satu sunnah yang aku rasa tidak ada di sekolah lain iaitu guru akademik lelaki memakai jubah masuk mengajar didalam kelas. Apa yang lebih manis mereka ini boleh dianggap bagaikan seorang ustaz dan ustazah walaupun mereka merupakan guru akademik. Sentiasa menitip dibibir mereka nasihat serta mutiara sebakai bekalan buat kami selaku seorang huffaz. Masih terngiang di minda aku kata-kata guru physicsku, "Sir kalau boleh tengok kamu semua dapat berbakti untuk ISLAM sudah cukup..." dan kata-kata guru chemistryku, "Bagi teacher, kamu semua dapat beramal dan faham semua ilmu yang teacher dah cukup...teacher dah cukup berbangga dapat mengajar orang menghafal al-Quran". Kata-kata yang aku rasa tidak dapat didengar di sekolah lain.
Aku rasa bagaikan tidak kena jika tidak dititipkan kisah-kisah bersama warden MTS. Warden yang tidak pernah berfikir tentang elaun serta gajinya. Apa yang aku tahu elaun warden hanyalah RM250 sebulan. Cukup ke? Subhannallah nila RM250 digantikan dengan masa bersama keluarga dan hanya untuk menjaga kami para huffaz MTS yang penuh dengan kerenah serta perangai masing-masing. Setiap pagi, kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik serta suara warden yang lantang. Setiap lepas maghrib kami diberi tazkirah serta nasihat dari para warden sebagai bekalan kami diluar. Kekadang kami diberi peluang oleh warden untuk memberi tazkirah sebagai medan latihan untuk kami sebelum kami melangkah kedalam masyarakat. Sakit, demam dan luka kami, para warden jaga dan sanggup berhabis wang dan minyak kereta semata-mata untuk menghantar kami anak-anak didiknya ke hospital. Apabila kami ada masalah dan tekanan mereka hadir dengan senyuman manis menghiburkan kami. Dan pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan ialah warden menangis mengenangkan akhlak serta perangai sesetengah huffaz yang agak nakal. Pernah satu malam, aku menghampiri bilik seorang warden, aku terdengar tangisan munajat kepada Allah memohon agar kami para huffaz MTS dapat berbakti dan memberi sumbangan kepada ISLAM. Subhanallah begitu tulus serta ikhlas para warden menggantikan tugas para ibu bapa huffaz MTS.
Kini 17 Disember 2010, aku bukan lagi huffaz MTS, aku rindu akan bi`ah solehah yang hadir di bumi Maahad Tahfiz Sains. Aku rindu akan ketukan pintu serta laungan warden mengingatkan kami kepada kewajipan seorang hamba kepada Rabbul Alamin. Aku rindu akan tazkirah para warden. Aku rindu akan suara-suara ustaz,ustazah,sir dan teacher yang sentiasa mencurahkan mutiara ilmu kepadaku. Aku rindukan suasana kelas al-Quran dan akademik di MTS. Aku rindukan suasana tarbiah dan al-Quran di MTS.
YA ALLAH, BERIKANLAH KEKUTAN KEPADA HAMBAMU INI UNTUK BERDIRI DENGAN AGAMA DAN AL-QURANMU, YA ALLAH SESUNGGUHNYA, HAMBAMU RINDUKAN KASIH SAYANGMU, RINDUKAN RASULMU, MUHAMMAD S.A.W DAN RINDUKAN AKAN SUASANA DI MAAHAD TAHFIZ SAINS. YA ALLAH, BERIKANLAH AGAR HATIKU SENTIASA TERIKAT DENGANMU, RASULMU, ISLAM DAN MAAHAD TAHFIZ SAINS...
YA ALLAH AKU RINDUKAN MAAHAD TAHFIZ SAINS....
Saturday, November 6, 2010
marwan bila enta nak update blog nta tue? ke khalifah dah tak berjalan?"
dah lama rasanya tak terupdate blog nie...samapai satu mesej kepada ana
"marwan bila enta nak update blog nta tue? ke khalifah dah tak berjalan?"
Ya Allah aku memohon keampunan kepada MU kerana SPM aku lupa akan tanggungjawab kepada agamaMU, aku lupa bahawa aku seorang ISLAM, aku seorang pemegang amanahmu...maafkan aku YA ALLAH..."
Mungkin bukan ana sahaja yang merasai betapa pentingnya peperiksaan kepada kita selaku manusia yang hidup di muka bumi ini. Mungkin semua persoalan yang timbul disebabkan peperiksaan telah ALLAH jawab didalam AL-QURAN. Mungkin posting kali ini ana cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ALLAH kurniakan kepada diri yang hina ini...
Mungkin kita selalu bertanya : KENAPA RASA FRUST?
Lantas QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
Apabila kita gagal(tak berjaya mana) dalam exam : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Lalu QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
Lantas timbul pula persoalan : AKU NAK MINTAK TOLONG DENGAN SIAPA??
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
Kemudian kita terus berfikir dengan akal yang serba kekuranga : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111
Kemudian terus berfikir: KEPADA SIAPA AKUBERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129
Mungkin kekadang kita beeKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Para pembaca yang disayangi, teruskanlah mendampingi kla ALLAh S.W.T. Mungkin selama ini kita lupa bahawa segala persoalan dalam hidup kita telah AL-QURAN jawab...
SO BE WITH QURAN ALWAYS AND YOU CAN GET ALL SOLUTION IN YOUR LIFE...AL-QURAN IS THE BEST ANSWER FOR ANY YOUR QUESTION...
OH MY LOVE PLEASE DON`T LEAVE ME....I`M PROMISE WITH YOU THAT I ALWAYS BE WITH YOU...YOU ARE MY LOVE...AL-QURAN KAREEM...
Thank to all MTSian that always support me as friends, students and sons.
Sunday, September 19, 2010
exam semasa kita tadika, UPSR, PMR, SPM
Aduh nampaknya dah hampir dua bulan lagi ana n others form 5 student akan menduduki SPM.
Alhamdulillah, kini kami pelajar kelas 5 Ibnu Sina yang dulunya macam tiada wawasan (kata Syuaib) kini, bagaikan baru dilahirkan bersemangat lebih dari wawasan 2020.
Sahabat pembaca yang dikasihi khasnya pembaca yang berada di Form 5. InsyaAllah buat kali ini ana akan berkongsi satu message dari seorang murabbi iaitu Ustaz Wan Al-Hafiz dalam facebook ana baru-baru ini.
Sekarang ialah saat getir bagi kita semua. Memerlukan pengurusan dan disiplin masa yang teratur. Pada saat ini juga, kita dituntut untuk lebih menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. selain menjauhi maksiat. Sebagai contoh, semasa sedang study, tiba-tiba otak 'stuck' @ tension @ stress @ masalah-masalah lain, tempat rujukan pertama mestilah Allah s.w.t. Terus pergi ambil wudhu, dirikan solat sunat dua rakaat dan mengadu secara langsung masalah tadi kepada-Nya. Itulah cara yang telah diajarkan kepada kita oleh Nabi-nabi a.s. dan para salafussoleh.
INGAT! Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita tidak berlaku dengan sia-sia. Bukan juga untuk menzalimi kita. Sesungguhnya segala perkara tersebut didatangkan sesuai dengan tahap dan kemampuan kita. Yakinlah bahawa kita pasti berupaya menghadapinya. Biasalah. Ujian yang menimpa dari hari ke hari bukan semakin senang.
Namun bukan juga diluar capaian kuasa kita. Contoh, exam semasa kita tadika, UPSR, PMR, SPM, dan seterusnya. Ketika tadika, Fuhh..!! Kita sudah rasa amat payah. Tetapi bila sudah lepas dan tengok balik ujian tersebut, pasti kita rasa amat senang. Samalah juga dengan exam lain. Ini juga boleh diumpamakan dengan ujian Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Setiap ujian adalah untuk mengangkat tahap dan darjat keimanan kita supaya lebih dekat kepada-Nya.
Sahabat... Allah s.w.t. tidak menuntut kita supaya menjadi sempurna. Tetapi menyuruh kita supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada sekarang. Susunlah masa sebaik mungkin dan ikut apa yang kita sudah susun. Buatlah segala tanggungjawab itu mengikut kemampuan kita. Selebihnya, serah kepada Allah s.w.t.
Ana doakan kejayaan buat semua sahabat termasuk diri ana di dunia dan di akhirat. Amin.
Tazkirah tersebut telah ana edit sedikit berdasarkan situasi sekarang. Kalau Ustaz Al-Hafiz ada membaca lain tu kira ana dah edit nasihat ustaz kepada ana.
Doakan kejayaan kami para huffaz MTS di medan SPM, SMU dan PMR...InsyaAllah...
Salam juang!
Wassalam.
Monday, September 13, 2010
Pemuda Acuan Al-Quran...
Zaman Rasulullah dan para sahabat telah membuktikan kegemilangan Islam telah dijualng tika itu disebabkan oleh pegangan dan keyakinan yang teguh terhadap A-Quran dan assunnah serta kekuatan ukhuwwah di antara para sahabat.
Kini dapat dilihat kepincangan yang sedang melanda umat Islam terutama para pemuda dan pemudi. Para pemuda bukan sahaja tidak dapat dijadikan pemimpin masyarakat bahkan kebanyakan pemuda kita kini nak pimpin diri sendiri pun tak mampu...Mengapa semua ini terjadi? Adakah ISLAM itu yang salah?...
Disini ingin ana bicara seorang insan yang serba kekurangan nya dari segi fizikal,namun dengan semangat jihad dan kebiaksanaannya dapat menggeruni pihak musuh. Ikuti pesanan Syeikh Ahmed Yaseen kepada muda-mudi sebelum beliau dianugerahkan syahid oleh Allah swt:
“Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah S.W.T dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengn akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Muhammad S.A.W.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.Lebih dari itu,aku mengajak kalian wahai anak-anakku,untuk mendekat diri dengan sunnah Nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah S.W.T dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian agar menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusa dan dunia serta menggantinya dengan kata amal ,kerja dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Berlajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan bertawakkallah kepada Allah.”
"Setiap pejuang tidak pernah takutkan kematian kerana kematian itu merupakan asam garam kepada perjuangan itu sendiri. Kebahagiaan dalam berjuang telah dijamin oleh syariat Islam. Sewaktu memutuskan untuk melibatkan diridalam perjuangan ini, kami telah pun betul-betul faham segala cabaran dan rintangan yang ada."
Semoga semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar MTSTM 2010 terus thabat dengan jamaah dan melayani mehnah student dengan penuh kesabaran dan hikmah.
Asif jiddan kepada Timb. Exco Pusat Sumber MPP 2010 kerana ana acap kali menyusahkan ukhti. Thanks for your support.
Thursday, September 9, 2010
SALAM EIDULFITRI
Saturday, July 24, 2010
Pesana As-Syahid Hassan Al-Banna
Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini
adalah kenyataan di hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Allah swt. berfirman,
(Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuwatirkan" (Al-Qashash: 5-6)
Putaran waktu akan memperhatikan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat.
Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allahlah harapan kita satu-satunya.
Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti.
Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.
Di bawah ini dicatitkan kata-kata Hassan Al-Banna yang menjadi asas kepada prinsip perjuangan harakinya:
1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta
walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah. Janganlah sama
sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dengan membuat perkara-
perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul,
kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu syiar agama Islam.
4. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
5. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua pun kerana
pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh
para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu perkara yang sia-sia
malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam
pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh
memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara bertemu sekalipun ia tidak meminta hendak berkenalan, kerana
asas pergerakan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang tatacara bagaimana
hendak menggunakan masanya dengan berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah perlaksanaannya.
Allah SWT. berfirman,
akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)
Monday, July 19, 2010
21 Ogos 1969
Adakah Masjid Al-Aqsa pernah terbakar? Barangkali ramai lagi yang akan bertanya soalan yang sama. Ramai lagi umat Islam sekarang yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Cuba kita bayangkan sekiranya berlaku penjajahan di negara kita, lalu Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita. Masjidil Aqsa merupakan Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.
“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga buah masjid,
Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid Al-Aqsa.”
TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Kini, Al Quds dan Palestin yang penuh berkat menjadi tawanan para Yahudi laknatullah. Mereka juga meninggalkan luka yang sangat mendalam di segenap penjuru hati setiap Muslim yang inginkan kiblat pertama dibebaskan daripada cengkaman mereka. apakah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim? Takkanlah nak biarkan begitu sahaja? Marilah bersama-sama kita sampaikan kepada mereka yang jahil mengenai hal ini....
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Mimbar ini dulu digunakan oleh Solahhuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Quds dari tentera Salib Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulurkan bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah dibantai.
Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan. Lucunya, Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.
Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.
Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun
menjadi Hari Al-Quds Sedunia.
Maka atas dasar apakah kita berdiam diri selama lebih 41 tahun penaklukan kota Al-Quds pada 7 Jun 1967 yang membawa kepada peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan lawatan kontroversi Ariel Sharon memasuki dataran Masjid Al-Aqsa pada 28 Sept 2000 dengan 600 tentera siap bersenjata dan lebih 3000 orang Yahudi untuk mengelilingi tempat suci itu?
Kejadian tersebut meningkatkan kemarahan umum sehingga berlaku Intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin yang sehingga ke hari ini api perjuangan dan penentangan mereka masih belum dapat dipadamkan. Rakyat Palestin sudah cukup terseksa dengan pembunuhan dan kekejaman zionis saban hari. Kematian sudah menjadi perkara biasa di bumi jihad itu. Akan tetapi, mengapakah Intifadhah meledak pada saat itu? Jawapannya kerana kesucian Masjid Al-Aqsa telah dinodai oleh tapak kaki Sharon yang mana merupakan Pemimpin Parti Likud yang kemudiannya
menjadi Perdana Menteri Israel , malah dia juga adalah watak utama dalam peristiwa berdarah Sabra dan Shatila (1982).
Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.
Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam. Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.
Thursday, July 15, 2010
KEIKHLASAN SEBUAH TANGGUNGJAWAB
Apabila menyentuh soal tanggungjawab, ramai di antara kita yang merasakannya satu bebanan yang cukup berat untuk dipikul. Namun ada juga yang berasa resah jika tidak diberikan tanggungjawab kerana beranggapan dirinya tidak diperlukan atau tidak memainkan peranan dalam sesuatu perkara.
Soal tanggungjawab tidak mengira umur sama ada kita masih muda, tua, abang, adik, pekerja, majikan, kawan atau musuh, masing-masing memikul tanggungjawab yang tersendiri. Tanggungjawab tidak semestinya digariskan pada sehelai kertas yang perlu diikuti tetapi perlu juga lahir daripada diri kita sendiri. Memikul tanggungjawab seumpama melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kita dan perlu dilakukan sebaik mungkin.
Seorang abang perlu menghantar adiknya ke sekolah, meskipun hanya di seberang jalan, namun itu tanggungjawabnya. Seorang ibu membasuh pakaian suami dan keluarganya juga tanggungjawab. Bapa mencari wang untuk menyekolahkan anak-anaknya juga tanggungjawab yang biasa kita lihat, bagaimana pula yang kita tidak nampak namun sebenarnya tanggungjawab kita? Itu yang menjadi persoalan.
Bohong kalau hendak dikatakan diri kita ini benar-benar insan yang bertanggungjawab. Ada sesetengah perkara yang kita pandang remeh kerana merasakannya bukan tanggungjawab kita.misalnya mengutip sampah yang kita nampak di perhentian bas atau menggunakan tandas awam sebaik-baiknya. Berapa ramai di antara kita yang sanggup mengutip sampah jika tidak disuruh atau mungkin menggunakan tisu tandas hanya yang perlu sahaja?
“ Bukan sampah aku? “ atau “Aku tak buat” itu ayat yang biasa kita dengar dan juga kita sendiri kadangkala beralasan yang sama. Semua untuk menampakkan kita ini hendak mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab, walhal hakikatnya itulah yang berlaku.
Cuba kita fikirkan jika kita semua bertanggungjawab, bukankah keadaan akan lebih baik. Baik untuk diri kita, baik untuk diri keluarga, insan yang kita kasihi dan orang lain. Sebagai contoh, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Jika kita memainkan peranan menjaga kebersihan, mungkin kita tidak akan mendengar lagi kes-kes pencemaran, keracunan makanan dan sebagainya. Meskipun sekecil-kecil peranan yang kita pikul, mampu membuat perubahan besar jika semua melaksanakan perkara yang sama.
Ada masanya ibu dan ayah anda ke luar bandar untuk urusan kerja dan meminta anda menjaga keselamatan rumah. Itu tanggungjawab yang perlu anda pikul dan laksanankan, bukannya keluar atau mengajak rakan-rakan membuat parti di rumah. Perbuatan anda itu bukan sahaja mengecewakan ibu bapa anda malah boleh mengundang perkara-perkara yang tidak baik berlaku.
Jangan mengharapkan pujian atau balasan apabila anda melaksanakan tanggungjawab kerana ia mungkin tidak akan berlaku. Laksanakan tanggungjawab seikhlas hati, baru anda dapat melakukan semua perkara dengan mudah tanpa mengharapkan balasan.
Tidak semua perkara boleh berlaku sekelip mata, namun jika kita ‘mendayung sampan perlahan-perlahan, kita tetap sampai ke muara’. Jika kita memikul tanggungjawab kita sedikit demi sedikit sekali pun, kita tetap membuat perubahan akhirnya. Ingatlah kehidupan sentiasa mengajar kita…………
Tuesday, June 22, 2010
ESQ Angkatan 11 Kelantan
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari...
Demi bulan apabila ia mengelilingi...
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya...
Demi malam hari apabila ia menutupi diri....
Dem langit serta seluruh binaannya...
Demi bumi serta serta yang ada di hamparannya...
Demi jiwa dan penyempurnannya...
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaaan...
Beruntung bagi yang mensucikannya...
Merugi bagi yang mengotorinnya...
YA ALLAH...YA RAHMAN... YA RAHIM
Nampaknya dah dekat seminggu aku telah menyertai satu satu training ESQ 165 Leadership Seminar. Dan dekat seminggu baru aku mengenali kembali siapa diriku?kemana aku akan pergi?dan mengapa aku hadir di muka bumi ALLAH?
Ya Allah, Ya Rahim dengan sifat kasih sayang engkau telah mengizinkan aku untuk hadir di satu program yang cukup memberi satu nikmat yang sangat besar. Dengan program ini aku kembali mengenalMU, tahu tanggungjawabku terhadapMU, dan betapa Engkau sayang akan hambaMU yang penuh kefasiqan serta kejahilan terhadaMU.
Apa yang mungkin ingin ana kongsikan untuk kali ini ialah tentang ESQ 165. Mungkin kebahagiaan yang ana rasa etika ini ana tak mampu untuk ucap melalui perkataan dan tidak mampu untuk ana titipkan di posting kali ini. Kebahagiaan kali ini seakan sukar untuk ana ucapkan kerana ana berasa begitu bahagia.
Terima kasih YA ALLAH, bukan ESQ 165, bukan Dr Ary Ginanjar pengasas modul ESQ 165. Ini kerana apa yang ana rasai ketika ini dan 70 orang didalam ESQ Angkatan 11 Kelantan serta beribu-ribu Alumni ESQ hanya milik ALLAH S.W.T. Mungkin Dr Ary dan ESQ sebagai jalan ataupun cara untuk ALLAH sampaikan kebahagiaan tersebut.
Terima kasih YA ALLAH, pemilik kebahagiaan abadi...Mungkin beberapa peristiwa menarik ketika training ESQ akan ana titipkan di posting yang lain....
Wednesday, June 16, 2010
Remaja Hari Ini Pemangkin Masa Hadapan
Entah mengapa malam ini tergerak hati untuk menyelongkar bahan-bahan Buletin Kampus terbitan BAKTIMTS yang pernah ana menjadi Ketua Editornya tahun lepas. Rasa rindu pun ada dengan suasana yang pernah ana alami tahun lalu. Tidur lambat bersama akh Syuaib MAIN DESIGNER BK semata-mata nak siapkan satu majalah bulanan BAKTIMTS. Paling best yang edisi bumper sempena Ramadhan al-Mubarak, kami editorial termasuk dari banat MTS yang diketuai oleh Ukht Nur Wasitah binti Azmi (adik kot, sebab dia junior ana) sama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan edisi yang gempak punyalah.Hehe... Nie dah banyak melalut nie...Untuk kenangan penerbitan Buletin Kampus nanti ana citer dalam posting lain. Ok Jom kita telusuri satu artikel yang cukup bermakna buat santapan kita bersama...
kita harapan ummah...majulah RIJAL MTS
PESAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A,
“jika ingin melihat sesebuah Negara itu maju dan Berjaya, maka lihatlah kepada generasi mudanya pada waktu ini”.
Kita boleh melihat krisis minda yang berlaku ke atas remaja pada masa ini boleh dikatakan makin tenat dan nazak. Justeru itu, ana ingin berkongsi sesuatu yang kalau kita tidak boleh buat semua jangan tinggalkan semua kebaikan tersebut.
Zaman remaja merupakan suatu zaman ingin mencuba sesuatu yang belum pernah dikecapi. Umpamanya, kita menjangkakan kita mampu untuk berbuat sesuatu kerana pada ketika itu kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kemahuan yang membuak-buak, tetapi terkadang kita lalai bahawa ianya diselubungi oleh pengaruh musuh-musuh iman dan taqwa. Manusia diiringi dengan nafsu di dunia ini. Maka, nafsu tersebut perlu dibimbing dan dijinakkan melalui apa yang telah baginda Rasulullah pesan:
“Daku telah meninggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang kepadanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.”
Kita sendiri melihat reality ramai remaja hari ini yang celik Valentine’s Day, clubbing, dating dan segala –ings yang sewaktu dengannya. Ana akui kita semua pernah melalui zaman tersebut, malangnya virus penyerangan fikiran Ghozatul Fikr (Serangan Minda) dari musuh-musuh iman dan taqwa ini, lebih hebat berjangkit dan menular serta membarah ke dalam masyarakat remaja kita pada hari ini berbanding celik Al-Quran, terpanggil bila azan berkumandang, rasa zouq bila halwa telinganya diperdengarkan lagu-lagu, syair-syair, atau zikir-zikir yang mengagungkan kebesaran tuan punya dunia. Sekaligus, fenomena ini membuktikan bahawa ramai remaja yang takutkan hantu daripada Tuhan.
Memang! Kita tidak rasa takut dengan benda yang kita tidak Nampak ( Allah, azab kubur, nikmat syurga, kedahsyatan neraka, bil-bil berupa pahala juga saman yang berupa dosa daripada tuan punya dunia ) sebab itu Nabi berusaha memantapkan aqidah kepada mereka yang baru memeluk Islam di Makkah hampir 13 tahun berbanding 10 tahun di Madinah untuk mensyariatkan hukum Allah sebagai perundangan Negara yang wajib diikuti oleh penduduk-penduduk Yathrib ketika itu.
Nama-nama seperti Saidina Ali, sanggup mati kerana Nabi, kerana Islam. Kita sanggup mati kerana dadah dan rempit. Kita lihat Saidatina Asma’ bt. Abu Bakar, yang sanggup merentasi kegersangan Padang Pasir untuk membawa bekalan makanan kepada Rasul dan ayahandanya di Gua Thur dalam peristiwa hijrah. Sedangkan kita sanggup menggadaikan aqidah, syariat dan akhlak dalam perjalanan menuju puncak glamor demi menempa apa yang dihajati dan realitinya, di Barat, di Timur, ramai ikon-ikon remaja yang lost!!!! Akhirnya telah pun membunuh diri mereka.
Walau bagaimana pun remaja masih meletakkan mereka-mereka ini sebagai ikon (tuhan) kerana penangan nafsu sememangnya tidak pernah memikirkan akibat. Apa yang mereka fikirkan ialah kepuasan.
Umpama firman Allah yang bermaksud
“ Dalam diri manusia itu ada 2 bendera. Satu bendera al-Fujur (panglimanya berajakan nafsu dan satu lagi bendera at-Taqwa (panglimanya Rasulullah sebagai role model)”
Justeru itu, langkah pertama yang perlu bagi remaja untuk memandu diri mereka kearah yang kondusif dan barakah ialah bendera yang mana satukah akan menjadi pegangan? Tepuk dada Tanya iman.