Friday, January 29, 2010

YA TUHANKU MAKBULKAN SEGALA DOA SAHABATKU"


SALAM UKHUWWAH FILLAH...

Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga kita di tahun 2010. Ana mintak maaf kerana dah lama tak sempat nak update blog sebab sibuk dengan belajar dan ditambah tinggal di asrama. Sebelum ana lebih merapu eloklah, ana mulakan sedikit tazkirah buat tatapan kita bersama. Tazkirah nie ana dapat ketika berbicara dengan seorang sahabat yang cukup disayangi kerana ALLAH. Ceritanya macamnie....

Ada dua orang sahabat yang terdampar di sebuah pulah yang asing. Disana tiada kemudahan atau insfrstruktur yang lengkap seperti mana kita nikmati sekarang. Pada hari pertama sahabat pertama berdoa agar dia diberikan sebuah tempat tinggal yang selesa. Lalu tuhan memberikannya sebuah tempat tinggal yang cukup selesa. Sahabat pertama terus tinggal disitu tanpa mengajak sahabat yang kedua.

Pada keesokan harinya, sahabat yang pertama berasa agak lapar. Lantas dia berdoa agar diberi makanan yang lazat dan dapat mengeyangkan. Lalu dia diberikan makanan yang cukup lazat dan tidak pernah dia nikmati makanan tersebut. Dia makan dengan begitu lahap dan tidak menghiraukan sahabat yang kedua dalam kelaparan.

Pada petang tersebut, terdetik dihatinya rasa rindu akan anak isteri dan kaum keluarganya. Lantas dia berdoa agar ada kapal yang lalu berdekatan dengan pulau tersebut. Dan ditakdirkan ada kapal yang lalu dan menjemputnya untuk pulang ke rumahnya. Lantas dia bergegas dan berlari-lari kearah kapal tersebut dan meninggalkan sahabatnya keseorangan.

Namun, apabila dia mula menjejak kaki diatas kapal satu suara bertanya kepadanya " Wahai manusia, mengapa kamu tidak membawa sahabatmu bersamamu diatas kapal ini agar kamu berdua dapat pulang bersama bertemu anak isteri?" Lantas dijawabnya " Mengapa perlu aku membawanya bersama? Sedangkan dia seorang yang sial dan segala doanya tidak dimakbulkan tuhan..." Lalu suara itu berkata lagi " Engkau merupakan seorang yang tidak berbudi kepada sahabatmu. Adakah engkau tahu apa yang dipinta olehnya?" "Buat apa aku nak ambil peduli, doaku adalah doaku dan doanya adalah doanya" "Jika engkau ingin tahu sahabatmu siang malam tidak pernah berdoa melainkan satu doa iaitu YA TUHANKU MAKBULKAN SEGALA DOA SAHABATKU"

Apabila mendengar kenyataan tersebut, lalu sahabat pertama terus turun semula ke pantai dan menjemput sahabtnya yang begitu menyayangi dirinya dan mereka terus pulang ke rumah masing-masing.

Cerita pun dah habis dan sebagai khulasohnya, ingatlah sahabat yang sejati merupakan sahabat yang sanggup untuk berkorban segala jiwa dan raga untuk kesejahteraan sahabatnya. Jom cuba kita renung adakah kita sahabat itu dan adakah kita telah mempunyai sahabat seperti itu. Jom sama-sama kita tutup mata seketika, buka mata hati dan berfikir sejenak adakah kita mampu menjadi seperti sahabat kedua...fikir-fikirlah tetapi akhirilah ia dengan zikir....

Third Bach United

*khas buat sahabat-sahabat Third Batch United yang telah meninggalkan bumi Maahad Tahfiz Sains