Tuesday, August 7, 2012

Why must Medic???

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, semalam telah selesai hari pertama Pre-Departure Medic Mesir 2012 yang bertemakan Seeds of Change. Alhamdulillah banyak pengalaman serta input baru yang diperoleh dari program tersebut. Baru sehari program dah banyak yang dapat. First, rasa cukup best bila mana pergi daftar program pagi itu, terus jumpa abang senior dari MTS, iaitu Abg Ahmad Hishamuddin dan Abg Imran Ali, dua orang hebat kat Alexandria University. Cukup bermakna dapat berjumpa dan bersua muka dengan senior-senior dari berbagai universiti. Semua gundah-gelana yang dialami dapat dileraikan sedikit demi sedikit.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Surah Al-Hujurat: ayat 13

bersama ayah dan umi serta adik bongsu ketika Kovokesyen Darul Quran.



Alhamdulillah juga, akhirnya ana dapat menetapkan diri untuk berada di Universiti Mansoura, Egypt dalam program perubatan (convotional @ regular). Walaupun, pada mulanya, agak tak nak sebab ana memohon untuk perubatan (PBL atau nama glamour Mansorah-Manchester), namun mungkin takdir Allah S.W.T yang meletakkan ana di program regular. Dengan istikharah kepada kekasih sejati, Allah S.W.T, perbincangan dengan 2 orang doktor yang hebat, Dr Mohd Ariff bin Mohd Noor dan Dr Suhaiza binti Sulaiman (parents ana tercinta), ana merasakan sistem regular dan universiti inilah yang terbaik buat ana untuk memulakan pengembaraan untuk menjadi seorang Doktor yang Bertaqwa in sha Allah. Terima kasih jugak buat senior-senior (abg Sahli Mahfuz, abg Azizi Mejan, abg Wan Hanif, Kak Nick Mohd serta ramai lagi) yang memberikan pencerahan tentang lapangan yang akan ana tempuhi.

Why must Medic???

Satu persoalan yang ditimbulkan oleh Prof Dr Abdul Latif (Dean Faculty of Medicine CUCMS) ketika talk ke 3 sempena Pre-Departure Medic Mesir 2012). Persoalan nie jugak yang sahabat tercinta, Akh Muhammad Husny Fahmy bin Hairi (adik-beradik XII GEN IQRaC, Darul Quran), masa ana mula-mula bagitahu kat dia, ana nak amik medic. Itulah ukhuwwah seorang sahabat yang tak dapat ana lupakan. Sahabat yang akan sentiasa menngingatkan kita tentang hala tuju dan mengapa kita buat sesuatu. Sahabat yang saling ingat-mengingatkan antara sahabatnya.

Ok, sebelum ana terus melalut panjang. Ana just berkongsi sedikit rasa, pandangan dan gerak hati ana, mengapa perlu memilih medic?atau lebih tepat mengapa perlu jadi seorang doktor untuk membawa ISLAM (kata akh Husny Fahmy). 

"Medic kan susah? naper ko amik medic" "ko nak kahwin awal kan gi mesir" "ko tak rasa rugi ke"

Inilah antara statement yang ana kena jawap dan terima bila mana ana nak menyatakan nak ke bumi anbiya` dan sambung perubatan. Namun tue bukan sebab pertama untuk dijadikan sebab mengapa kita amik medic. First, kita kena tajdid niat, why must medic?. Pada ana, inilah satu-satunya bidang yang akan membuatkan kita sebagai manusia menjadi lebih bersyukur. Ini kerana melalui bidang perubatan inilah kita akan nampak betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T. Kita akan mengenal secara lebih saintifik dan fakta tentang sains tentang kehebatan Allah S.W.T. Kita juga akan menjadi lebih takut kepada Rabbul Alamin. 


moga kita menjadi PEMUDA ACUAN AL-QURAN

Camner boleh bersyukur? bidang lain kita akan kufur ke? 

Ana tidak mengatakan kita amik bidang lain, kita akan kufur, bidang lain pon bagus, kalau takde engineer saper nak buat hospital untuk doktor, kalau takde cleaner, sape nak cuci hospital dan kalau takde guru sape nak lahirkan seorang doktor. Semua profession penting dan semuanya akan membuatkan kita bersyukur kepada Allah atau sebaliknya. Kita berbalik kepada persoalan, camner boleh bersyukur? Pada pandangan ana, kita sebagai manusia tentu lebih bersyukur bila mana kita belajar tentang diri kita. As example, bila kita belajar ilmu anatomy sebagai contohnya, kita akan tahu betapa hebatnya ciptaan Allah menciptakan tulang, otot dan nerve kita. Bagaimana kita lihat semua itu perlu bergerak sekali untuk menggerakkan sesuatu medic. Ana masih ingat lagi kata-kata Prof Fauziah, Ketua Jabatan Anatomy, FPSK, UPM ketika kelas terakhir anatomy di Pre-Medic Medic Mesir 2012, beliau mengatakan bahawa ada seorang profesor non-muslim yang masuk ISLAM dan selepas mengkaji tentang embryology dan terjumpa dengan ayat al-Quran surah al-Mukminun ayat 14. Dan yang lebih mengujakan ana, prof tersebut mengatakan bahawa "alangkah lebih baik kalau saya jumpa dengan ayat ini (surah al-Mukminun ayat 14) lebih awal.".

So, sekarang ana rasa dah nampakkan related antara medic dan bersyukur kan. Maknanya, dengan belajar medic nie kita akan nampak kehabatan ciptaan Allah atas diri kita. Namun, semua itu perlulah direlatekan dengan ayat al-Quran. Tak kira apa bidang sekalipun, kita perlu relatekan apa yang kita belajar dengan ayat al-Quran. Why kena relatekan? Ini kerana semua yang kita belajar adalah ilmu Allah S.W.T. So, as muslim we must be to relate what we learn with the Quran. Jom kita renung ayat surah Luqman.


Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Luqman : 27


moga akan lahir seorang DOKTOR yang membawa ISLAM dalam merawat pesakit 

Doktor bawa ISLAM

"Macam mana pulak tu?" "Aq belajaq medic, bukan agama"

Tentu persoalan ini yang timbul. Sebenarnya ia satu cukup mudah. Mengapa? Kitakan dilahirkan as seorang khalifah. Ingat balik mengapa kita diciptakan.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Surah al-Baqarah : 30

Jadinya, sahabat dan sahabiyyah sekalian, kita dijadikan or diciptakan as KHALIFAH. Apa pulak khalifah nie kan?  Khalifah apa yang ana fahamlah "itqamatuddin wa siyasatud dunya bih" maknanya "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama". So, tidak kita sebagai apa sekalipun, hatta doktor or orang menganggur, kita kena ingat kita ada tanggungjawab as KHALIFAH di atas muka bumi Allah ini. 

Cuba kita bayangkan kalau seorang doktor yang memberikan talk tentang agama di masjid or surau, bukankah orang lebih tertarik. Ana cukup mengagumi senior MTS seperti Akh Hamdi bin Razali (pelajar Perubatan Universiti Al-Azhar, Mesir) dan Akh Muhammad Nursalam bin Abdullah (pelajar Perubatan JUST, Jordan) yang cukup aktif dengan aktiviti di masjid dan surau di kampung mereka. Mereka tidak pernah merasakan seorang pelajar Medic tak perlu terlibat dengan aktiviti agama untuk mereka.

As conclusion, sebagai seorang pelajar Medic kita akan lebih bersyukur dan dekat serta lebih mengenal kehebatan ciptaan ALLAH. Satu yang cukup mudah. 

Pelajar Medic = lebih kenal ALLAH + syukur = bawa masyarakat kepada ISLAM.

Tulah sebab why must MEDIC??? utk ana. Just sekadar perkongsia rasa, pandangan dan gerak hati ana. Asif awi awi kalau melalut. Harap di kira amal disisi ALLAH. 


semoga kita semua menjadi MUSLIM yang kuat...

~to be Doctor Bertaqwa~
~menjadi insan Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah~

3 comments:

  1. thanks penulis.. saya sedang cari prkongsian yg menarik seperti ini.

    btw, ini entri dr saya kalau brminat nak baca.
    http://capsuleofdoodles.blogspot.com/2012/07/a-good-muslim-doctor.html

    selamat maju jaya dalam mengejar impian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,.

      ana pon masih belajar utk menulis,.doakan ana,.tapi nape blog nti has been removed,.

      syukran..

      Delete
  2. BarakALLAH akhil habib,,, doakan ana juga,,masih mencari yang terbaik,

    ReplyDelete