Mungkin kali ini merupakan titipan terakhir untuk tahun 2010...mungkin kot...insyaAllah petang ini aku akan berangkat ke Kuala Lumpur sebelum mendaftarkan diri Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Doakan agar aku berjaya disana dan terus dapat mengislah diri aku menjadi seorang muslim yang sejati.
Mungkin apa yang ingin aku kongsikan hari ini, satu artikel dari seorang blogger merangkap junior di bumi MTS, iaitu al-Akh Luqman Afifi. Seorang junior yang cukup aku hormati. Jom kita sama-sama telusuri tulisannya.
Lihatlah pada matahari nescaya engkau akan mendapati pengaruhnya sebagai sumber utama bumi ini. Lihat pada bulan nescaya engkau akan mendapati ia berpengaruh sebagai sebuah planet yang memberikan pantulan cahaya matahari ke bumi tika malam menyelebungi. Lihat pada Islam kini apa pengaruhnya kalau nak dibandingkan dengan pengaruhnya Islam pada zaman empayar kegemilangan Islam yang dengannya telah berjaya menakluki 3/4 bumi ???
Umat Islam perlu bangkit mencipta pengaruh dengan meneladani orang-orang Islam terdahulu terutamanya yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai contoh teladan terbaik buat sekalian ummat. Kata-katanya, tingkah laku dan pengkuan sifat akhlak baik baginda harus dijadikan sebagai panduan buat selama-lamanya. Apa yang penting di sini adalah pengaruh dari segi tingkah lakunya yang turut juga diakui oleh kaum kuffar ketika itu yang telah menyebabkan kebanyakan orang kuffar menerima layanan akhlaknya, bakal mengikat hati seseorang tersebut akan keindahan Islam. Itu masalah ummat, dan masalah ummat ini juga harus di persoalkan kepada diri kita. Bak kata pepatah, 'Tepuk dada tanya Iman'. Adakah perkara tersebut yang harus direalitikan menjadi sebuah hakikat yang sebenar-benarnya, bakal terjadi? Cuba tanya pada diri. Kerana Allah SWT tudak akan mengubah sesuatu ummat itu melainkan ia mengubah perka tersebut dengan ikhtiar dan usaha mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah sebagai satu renungan buat kita sebagai ummat Nabi Akhir Zaman, Muhammad SAW. Adakah pesanan Nabi buat kali terakhir kita berjaya amati dan laksanakan agar tersemat rasa cinta dan rindu kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, "Gigitlah Sunnahku dengan gigi gerahammu". Itu amanat Nabi kepada ummatnya agar ia bakal menjadi panduan hidup buat ummatnya yang tercinta.
Kembalilah bangkit menegakkan Islam dengan kembali semula ke dasar ajaran Islam yang betul dan lurus dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Cuba lihat kejayaan para sahabat yang menjadi pemerintah bagi kaum Muslimin. Mereka tidak lari daripada berpegang dengan 2 perkara tersebut agar pengaruh Islam bakal tersebar dan tidak goyah diserbu dan disergah musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap ummat Islam harus kembali mencipta pengaruh demi kejayaan yang bakal dinantikan. Wallahua'alam.
Kembalilah bangkit menegakkan Islam dengan kembali semula ke dasar ajaran Islam yang betul dan lurus dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Cuba lihat kejayaan para sahabat yang menjadi pemerintah bagi kaum Muslimin. Mereka tidak lari daripada berpegang dengan 2 perkara tersebut agar pengaruh Islam bakal tersebar dan tidak goyah diserbu dan disergah musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap ummat Islam harus kembali mencipta pengaruh demi kejayaan yang bakal dinantikan. Wallahua'alam.