InsyaAllah 7 Ogos 2011 ini adik-adikku di bumi Maahad Tahfiz Sains akan menempuh peperiksaan percubaan bagi SPM, SMU dan juga PMR. Bermula dengan adik-adik form five hingga ke form three banin mahupun banat akan berjuang di medan masing-masing. Ana mewakili abang-abang dan akak-akak Qurra`3 mengucapkan selamat berjuang dan moga adik-adik sama ada banin mahupun banat berjaya dalam imtihan. Allahumma Najjahna fil imtihan fid dunya wal akhirah, InsyaAllah.
Pernahkah kita memikirkan hikmah di sebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, pelari 110m berpagar pun kadang kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya. Tapi pernahkah kita fikir hikmah dan natijah di sebalik kegagalan itu?
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
(Al-baqarah:216)
Lepas tengok ayat ini apa sahabat dan sahabiyah rasa?
Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha. Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu. Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan yang hanya pinjaman dari Allah. Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.
Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.
Maknanya, kalau gagal kena gembira ke? InsyaAllah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa. Akhir sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN Akhirat dan Dunia, insyaAllah sekuat manapun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.
SALAM UKHUWWAH FILLAH,.
ANA UHIBBUKUM FILLAH,.
SEMOGA BERJAYA!!