Friday, January 6, 2012

Selamat Tahun Baru,.

Bismillahirrahmanirrahim,.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada “Malikinnaas” Allah S.W.T. Selawat dan salam rindu buat junjungan Muhammad Rasulullah S.A.W, ahli bait baginda, sahabat-sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan, pejuang dan pendokong perjuangan suci murni ini iaitu ISLAM.

Alhamdulillah,.kini telah masuk tahun 2012 dan sebulan lebih tahun 1433 Hijriah. Setiap orang pasti akan memasang impian masing-masing serta azam baru. Setiap orang pasti ingin mencapai sesuatu yang belum dicapai dan ingin mencipta satu rekod baru untuk diri masing-masing. Setiap orang mungkin terfikir untuk menambah kekayaan, menambah kereta baru, rumah baru dan mungkin 'orang' baru. Hehe, tapi bagi diri ana yang hina ini mungkin belum lagilah.

Sahabat-sahabat sekalian,.

Semakin tahun bertambah, umur kita turut bertambah, namun bagaimana dengan amalan seharian kita?Adakah amalan kita bertambah baik dan bertambah mutunya. Bagaimana dengan hubungan kita sesama ahli keluarga kita? Hubungan dengan tetangga? Serta hubungan dengan Al-Quran kita(bagi yang sama-sama diatas jalan huffaz). Adakah kita merasa sudah cukup dengan apa yang telah kita buat,capai dan lakukan.

Mungkin jika direnung, kita sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang hidup kita. Mungkin jika dinilai pasti buku yang ditulis di sebelah kiri lebih berat dan banyak berbanding dengan sebelah kanan. Mungkin pada masa lalu, kita merasakan diri kita sentiasa gagal dan dihurung kesedihan. Serta mungkin ada yang pernah merasa kecewa untuk meneruskan hidup.

Namun, teruslah melangkah. Mulakan langkahan baru yang lebih positif dan lebih penting mulalah langkahan dengan niat kerana Rabbul Alamin, Allah S.W.T. Teruskan langkahan. Sentiasa check and balance kembali diri kita. Lihat kepada hubungan dengan yang Maha Esa. Mulakan kembali langkahan dengan istighfar dan taubat kepadaNya. Sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang sentiasa merintih dan memohon ampun kepada NYA.

Suka untuk ana kongsikan satu kata-kata oleh naqib tersayang,."Semalam adalah sejarah kita, esok adalah masa hadapan kita, oleh itu coraklah dari sekarang akan masa depan dan sejarah enta". Jom sama-sama kita melangkah kerana Allah.

Selamat Tahun Baru, Selamat Melangkah dengan lebih positif dan kerana Allah