Alhamdulillah pertamanya jom sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T diatas limpah rahmat-Nya kita masih berada di atas cahaya iman dan Islam.
Selawat dan salam rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W, rasul tercinta yang lebih mencintai ummatnya berbanding dirinya sendiri, ahlul bait baginda, sahabat-sahabat, serta semua pendokong-pendokong perjuangan ISLAM.
Bersyukur buat kali kedua, selepas agak sibuk beberapa hari kebelakangan ini dengan komitmen persatuan dan pelajaran, dapat ana menitip sedikit kalam di blog yang lama dah terupdate. Hanya ingin menulis tentang sedikit pengalaman yang dikutip dari menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan anjuran syukbah syariah semester IRSYAD dengan kerjasama JAIS serta hasil diskusi dengan naqib dan ustaz-ustaz.
Walaupun agak malas nak menghadiri kursus tersebut pada awalnya, namun ana rasa cukup bersyukur kerana diberi Allah peluang lebih awal untuk mengenali apa itu sebenarnya Rumah Tangga ataupun lebih glamour Baitul Muslim.
Baitul Muslim iaitu tingkatan kedua selepas fardhul muslim dalam tingkatan yang diperkenalkan Al-Syahid Al-Imam Hassan al-Banna didalam mencapai khilafah Islamiah. Ini menunjukkan bahawa Baitul Muslim merupakan satu bahagian yang cukup penting dalam mencapai misi Khilafah Islamiah yang telah hilang.
Namun kalau kita renungi betul-betul, berapa ramai yang betul-betul faham akan apa yang dimaksudkan Baitul Muslim itu sendiri. Bagaimana kita lihat ramai dikalangan muda-mudi kita memulakan langkah awal dalam pembinaan Baitul Muslim dalam keadaan yang salah. Mereka lebih mengutamakan si gadis (atas kondisi ana sebagai lelaki) berbanding wali si gadis itu sendiri. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih mengutamakan si gadis berbanding Pencipta si gadis itu sendiri. Cuba kita fikirkan adakah bahagia jika kita memulakan langkah awal dengan keadaan sebegitu???
Sahabat-sahabiah yang disayangi,
Rasulullah pernah berpesan dalam ciri memilih calon isteri iaitu:
1) Cantik
2) Kekayaan
3) Keturunan
4) Agama
Walaupun Rasulullah menyebut agama itu yang terakhir, ia bukanlah bermakna CANTIK itu yang paling utama. Rasulullah ingin menyebut bahawa di sini ialah AGAMA adalah segala-galanya. Kalau ditanya kepada golongan yang tidak beragama (baca kurang kefahaman) pasti mereka juga ingin memilih golongan ustazah sebagai pasangan hidup mereka. Jika ditanya mengapa? Mereka akan menjawab kerana boleh bimbing mereka.
Bagaimana dengan golongan ustaz. Ana merasakan sebolehnya golongan ustaz ini juga golongan ini menjadi pendamping serta tulang belakang dalam menelusuri hidup berumah tangga. Jika ditanya mengapa? Ana merasakan jawapan yang akan keluar ialah agar si isteri memahami komitmen suami di atas jalan dakwah serta mampu mendidik anak-anak sebaiknya.
Nah, cuba lihat betapa beruntungnya jika menjadi orang yang baik agamanya. Inilah kehebatan hadis Rasulullah yang meletakkan agama yang paling utama dalam memilih calon pasangan hidup.
Oleh itu sama-sama kita berusaha untuk menjadi mereka yang baik agamanya. Dan ingatlah Firman Allah didalam Surah an-Nur:
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Itulah lumrah alam yang baik untuk baik dan yang buruk untuk buruk. Satu equation yang mudah, jadilah yang baik dan yang baik akan datang kepada kita In Sha Allah. Ana bukanlah orang yang arif untuk memperkatakan tentang hal ini, tetapi sekadar memberi pandangan. Oleh itu jika terdapat khilaf dalam memberi pandangan ana pohon ditunjuki kesalahan ana.