"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang menjaganya"
Surah al-Hijr : ayat 9
First sebelum ana menulis, ana ingin memohon seribu kemaafan dan izin dari semua guru-guru al-Quran ana bermula dari secara personal di rumah, Sekolah Rendah Islam Aman, Maahad Tahfiz Nurul Hidayah, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru untuk berkongsi ilmu-ilmu al-Quran yang ana pelajari dari ustaz dan ustazah. Semoga ilmu yang ustaz dan ustazah berikan kepada ana diberkati in sha Allah.
"Aduh, bila nak mengulang Quran nie?"
"Medic dan Quran"
"Aku rasa menyesal menghafal al-Quran"
Mungkin itu antara dialog-dialog yang muncul dari mulut adik2, sahabat, sahabiyyah dan mungkin dari mulut ana, bila berhadapan dengan situasi tak sempat nak mengulang al-Quran bila keluar dari institusi-institusi tahfiz antum. Ana sendiri pernah juga mengalami perasaan yang sama, dalam seminggu ana termenung, memikirkan bagaimana nak mengulang al-Quran. First week, sampai ke mesir, tak ada masalah sangat. Tapi bila dah start kelas, memang ana sendiri pon rasa cam nak menangis bila tak sempat nak mengulang. Tapi itulah dugaan kepada kita sebagai penghafal al-Quran. Takkan kita hanya nak duduk dan menangis sahaja bila tak dapat mengulang al-Quran.
medic dan quran..bukan takleh mengulang pon kan.. |
Ana sendiri pon tidaklah perfect sistem mengulang, namun mungkin apa yang ana kongsikan dengan antum semua nie dapat mencambahkan or menambah baik sistem mengulang antum.
Pertama, pada pengalaman ana, kita sebagai penghafal al-Quran perlu ada target untuk jaga al-Quran yang kita hafal. Maknanya, bila kita nak letak target untuk khatam mengulang, target untuk hafal balik hafalan yang kita lupa, dan target untuk kita betul2 masyi or cair. Ana just memberikan sedikit contoh target yang boleh kita buat, sebagai contoh ana amik student medic, memandangkan ana pon student medic. Medic di Mesir ini, mempunyai tempoh masa selama 6 tahun. Mungkin kita boleh letak target untuk betul-betul masyi or cair dalam masa 6 tahun kita belajar medic. Kita letak setahun kita nak masyi 5 juzu` al-Quran, dan jika didarabkan dengan 6 tahun bersamaan dengan 30 juzu`. Itu sekadar contoh yang boleh ana buat, macam mudah kan. Sabar dulu..
Second, kita perlu ada sistem mengulang al-Quran. Mengapa sistem pulak, lecehlah. Pada pandangan ana, setelah mengulang takde sistem di MTS dan DQ sekejap, ana merasakan yang sistem dalam mengulang al-Quran itu penting. Mengapa? Kerana dengan sistem yang teratur sahaja, kita dapat menyusun sebaik mungkin masa mengulang kita. Taklah kita dok asyik mengulang yang kita ingat sahaja, yang tak ingat kita tak mengulang. Nie sekadar contoh je, ana meletakkan waktu selepas subuh untuk ana mengulang 5 juzu` yang ana letakkan untuk masyi, maknanya dalam setahun ana akan mengulang 5 juzu` ini selepas subuh. Kemudian, ana letak untuk mengulang juzu` lain pada waktu lain. Ana meletakkan sejuzu` pada waktu malam yakni sebelum tidur, dan sejuzu` semasa waktu dalam kuliah. Waktu dalam kuliah tue bukan bermakna waktu lecturer tengah mengajar, tapi waktu selang-seli antara lecturer. Sombonglah camtue, setiap masa dengan al-Quran. Setakat yang ana dah buat, takde sahabat ana mengatakan ana sombong baca quran ketika selang-seli antara lecturer. Contohnya, kita ada break dalam 30 minit, gunakan 10 minit revise balik apa yang belajar, 10 minit borak-borak kosong dan 10 minit untuk kita mengulang. Tue sekadar sistem yang ana gunakan.
bumi pertama mengajar ana apa itu huffaz..rindu dengan warga MTS |
mengulang walau dalam lecture hall sekali pon..wat pe nak malu.. |
"Nta/Abg laen budak DQ masyi..."
Seringkali muncul di mulut sahabat-sahabat ana, adik2 junior ana statement tersebut. Ana kekadang pon nak tergelak dan sering kali terfikir, "masyi ke Quran ana, ana rasa mashimaro jer..erk"
Sahabat sekalian,
sebenarnya kita masyi ke tak masa kat maahad tahfiz dulu, bukan alasan kita tak mengulang. Takde guna kalo kita masyi kat maahad tahfiz, tapi tak jaga quran bila dah keluar dari maahad tahfiz. Tapi ana cukup respect antum, kalo masa kat maahad tahfiz dulu, quran memang sedih nak cerita, tapi bila dah keluar dari maahad tahfiz, antum masih mampu menjaga, mengulang al-Quran dan mengamalkannya. Sebenarnya, semua tue tak penting, kau masyi ke? kau mashimaro ke?..mengulang tue penting walau tak masyi. Ana masih ingat kata ustaz ana kat MTS,
"antum masyi ke tak..tue bukan urusan antum, masyi nie Allah yang bagi..kalo Dia nak bagi kat antum cepat, cepatlah antum masyi, kalo Dia kata lagi 10 or 20 tahun lagi baru masyi, lagi 10 or 20 tahun baru antum masyi dan kalo Dia kata antum memang tak akan masyi, memang antum tak akan masyi..tapi kalo memang antum tak masyi, memang antum taknak mengulang al-Quran ke..ingat tugas kita mengulang dan amalkan al-Quran tue..tue AMANAH kita.."
Jadi as konklusi, kita masyi ke tak, itu bukan alasan, kita kena teruskan mengulang, mengulang dan terus mengulang. "Mengulang sampai mampuih" kata seorang ustaz ana kat DQ.
Jadinya sebagai ringkasan..
Mengulang al-Quran itu perlukan target, sistem dan suasana. Target itu perlu dibuat, sistem itu perlu dirangka dan suasana itu perlu dicari or dibentuk. Masyi atau tak, teruskan mengulang al-Quran. Moga-moga kita semua dapat menjaga al-Quran yang kita pikul.
Dan pesana terakhir buat diri ana dan sahabat sahabiyyah,
Iadahlah, murajaahlah, mengulanglah, kerana ia telah ditaklifkan dan diwajibkan buat kita. Wajib, bermakna kita tidak punya pilihan untuk culas, malas, dan sebagainya.
Andai kita rasa lemah, yakinlah Allah menilai kita pada mujahadah. Hasil – kita masyi Quran ataupun tidak, itu Allah yang akan takdirkan. Perlu juga diingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri...So terus mengulang, mengulang sampai mampuih.
tempat yang dirindui,.di beranda masjid itu aq tasmi bacaan al-Quran dulu...
|
bila ana baca blog ni sama macam ana tentang hafazan quran.. tapi ana ada kat universiti Malaysia. Biasanya kat sekolah dulu ada kawan kawan yang tolong tasmikkan dan bagi semangat berserta suasana huffaz. selalu jugakla ana menangis rindukan suasana tu.. mumtaz bro
ReplyDeletesalam ukhti mariahjayyidan
ReplyDeletesebenarnya kat mana2 pon kita berada, sama ada universiti di malaysia, uk or mesir.kita semua sama, sebagai seorang huffaz tanggungjawab kita adalah menjaga hafazan al-quran kita. jangan merasa lemah tapi bersyukur sekurang-kurangnya kita masih merasai tanggungjawab untuk jaga al-Quran. Dan paling penting, carilah sahabat yang boleh menguatkan kita. ana pon bukan hafiz quran yang dengar bacaan ana, just kawan yang tak hafal quran. so create suasana bukan hanya menunggu suasana yang datang.
شركة صيانة حمامات بالخبر
ReplyDeleteشركة صيانة حمامات بالقطيف
شركة صيانة حمامات بالجبيل
شركة صيانة حمامات بالإحساء