Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
Selawat serta salam kerinduan ditagih dari junjungan agung, Muhammad Rasulullah S.A.W, seorang insan yang menjadikan dirinya sebagai galang ganti untuk kesekalian ummatnya. “Ummati,Ummati,Ummati….” terasa begitu disayangi oleh baginda kerana di saat akhir kematian baginda, baginda masih sibuk memikirkan nasib ummatnya. Siapa ummatnya???? KITAlah ummat baginda. So sebagai tanda kasih sayang kita kepada baginda, jom sama-sama kita semakin mencintai baginda, sahabat jilul quran farikh yang mana insan mendapat tarbiyyah secara langsung dari baginda, serta seluruh ummat baginda sendiri(diri kita dan orang ISLAM lain).
Surah Ali Imran : 110
Pada posting kali ini, ana bukan hendak memberi tazkirah atau apa-apa yang berbentuk ilmiah, tatapi sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman mengadakan program berbentuk tarbiyyah dan ukhuwwah bersama sahabat serta sahabiyyah IQRaC 11/12 @ Program Pensijilan DQ-UIAM 11/12 untuk adik-adik F4 SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Atas semangat kita sebagai sebaik-baik ummat, maka kami pelajar IQRaC 11/12 mengadakan program ULUL ALBAB 2012 untuk permata-permata ISLAM dengan kerjasama Alumni SMKA Maahad Hamidiah bertemakan “Tunduk Sebagai Hamba, Berjalan Seperti Khalifah”. Program ini telah diadakan pada 2-4 Rabiul Akhir 1433 bersamaan 24-26 Februari 2012. Program ini telah mengajar banyak benda kepada diri ana khususnya serta semua KD program tentang perlunya satu gerak kerja yang teratur serta perlunya kesabaran dalam mentarbiyyah. Didalam program ini banyak input-input yang cukup berguna buat adik-adik untuk memahami pentingnya tarbiyyah kerana tarbiyyah itu ibarat nucleus didalam satu cell.
Mengapa tarbiyyah itu sangat penting bagaikan nucleus di dalam cell??? Ini kerana hanya mereka yang pernah ditarbiyyah akan melakukan satu perbuatan berlandaskan syara`. Tarbiyyah juga merupakan perkara ‘base’ didalam mana-mana gerakan haraki. Ini kerena tarbiyyah merupakan satu kompenan yang wajib dalam melengkapkan diri kita sebagai fardhul Muslim berdasarkan apa yang digariskan oleh as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna.
Bagaimana orang fobia dengan tarbiyyah itu sendiri masih bermain dalam benak ana. Tarbiyyah adalah satu proses pembelajaran. Dan melalui apa yang kita dapat hasil dari tarbiyyah itu akan menjadi ‘guide’ kepada diri kita untuk menjadi seorang Muslim yang bukan sekadar nama ISLAM di IC atau di bibir, tetapi ISLAM itu terletak di hati dan dipraktikkan dengan amal.
Berbicara tentang tarbiyyah?Adakah tarbiyyah itu bersifat memaksa. Ana sering mendengar keluhan junior sama ada di bumi MTS, di bumi barokah Darul Quran iaitu, “Abang adakah tarbiyyah itu bersifat memaksa”, “Mengapa perlu wajib hadir program tarbiyyah?”. Untuk merungkai persoalan tersebut, ana suka kita sama-sama mengimbau kembali zaman kita budak-budak dahulu iaitu di usia awal kehidupan kita. Cuba kita bayangkan jika umi ayah,papa mama,bapa mak kita tidak memaksa kita belajar meniarap, merangkak serta berjalan. Adakah kita akan merasa satu nikmat yang cukup besar oleh ALLAH iaitu meniarap, merangkak dan berjalan. Apa yang ana rasa, mungkin kita tidak akan merasai nikmat itu semua. Ya begitu juga dengan tarbiyyah, jika anda semua ingin merasai apa yang dirasai oleh mereka yang ditarbiyyah, maka paksalah diri kalian untuk ditarbiyyah seperti mana anda dipaksa untuk berjalan, meniarap dan merangkak. Jadi rasailah kemanisan tarbiyyah itu kerana itulah kemanisan yang akan membentuk dan menguatkan diri kita seperti mana ubat yang pahit tetapi memberi kita satu nikmat sihat.
Akhir kalam ana bukanlah selayaknya untuk berbicara tentang tarbiyyah kerana ana juga masih didalam proses untuk ditarbiyyah disamping mentarbiyyah. Jadi jika ada sebarang khilaf didalam penulisan ana diminta untuk diperbetulkan. Dikesempatan ini ana juga merakamkan jutaan tahniah dan syabas buat semua barisan coordinator program Ulul Albab SMKA Maahad Hamidiah 2012 diatas kejayaaan kita dalam merangkan gerak kerja tarbiyyah untuk bakal-bakal pemimpin ISLAM. Moga-moga usaha kita yang kecil ini diterima Allah, In sha Allah. Ana juga memohon jutaan kemaafan dari adik2, sahabat sahabiyyah KD dan fasi program dan Timb Ketua Unit Teknikal dan ICT terutamanya sekiranya ana ada khilaf sebelum,semasa dan selepas program dengan antum semua.
~menjadi Insan yang Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah~