Wednesday, October 31, 2012

Khasais Al-ISLAM..



Bismillahirrahmanirrahim.

"Marwan apa tue ciri2 ISLAM?"
"Ciri2 ISLAM nie..."

Aduh, kenapa soalan tue boleh muncul dari mulut sahabat ana. Nak berpeluh jugak, tapi alhamdulillah, dapat juga beri sedikit penerangan serba sedikit tentang ciri2 ISLAM. Actually, benda ni merupakan perkara paling basic yang naqib ana di DQ, Abg Nabawi dan Abg Wafi bagitau masa usrah kitaorang. Rindu dengan usrah Janissari. Ana jawab kat sahabat ana tadi untuk bagitau balik lebih detail tentang ciri2 ISLAM, so kenalah rajinkan sikit buat research dan ketika sedang google terjumpa satu post yang agak baik. Post tue walaupon blog akhowat, ana tetap baca, sebab akhowat nie kalau bab menulis, suka menulis secara ringan dan mudah nak faham. So, mintak izinlah ya tuan punya blog mujahidah pemburu syahid.

Ciri-ciri ISLAM, ape benda tue?rukun IMAN ke?rukun ISLAM ke?..jom sama2 kita telusuri dan baca post nie..

Sunday, October 14, 2012

Dari MTS,.singgah kat DQ dan terus ke Mesir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kini dah seminggu lebih ana berada di bumi anbiya`. Seminggu lebih ini juga ana telah menghirup angin mediterranian yang agak berpasir. Seminggu lebih juga ana telah meninggalkan bumi Malaysia, meninggalkan umi, ayah, adik-adik lie, fil, han, che tok, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang cukup ana sayangi. In sha Allah hari ana nak kongsi sedikit kisah hidup yang membuatkan ana lebih bersyukur menjadi hamba-Nya.


Maka tatkala mereka (Nabi Ya`qub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insya Allah kamu berada di dalam aman" Surah Yusuf : 99

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" Surah al-Hujurat : 10

bersama family sebelum berlepas..in sha Allah will be Doctor Huffaz.

bersama ummi, ayah dan che tok..
Alhamdulillah, first impression bila tiba di bumi Mesir ini, ana cukup terasa bahagia. Ana berasa cukup tenang dan aman bila menjejakkan kaki di Cairo Airport. Alhamdulillah, bila keluar dari tempat ketibaan, hilang rasa cuak dan gementar bila berhadapan dengan imegresen Mesir, bila terlihat wajah-wajah abang-abang senior yang smart seperti Abg Imran Jamaat, Abg Aiman Jusri, Abg Aiman Latif, Abg Sahli Mahzuz, Abg Iskandar, akak-akak yang ayu yang menyambut kami.dengan tangan2 tertulis "Ahlan Misr"

Ana juga terasa terlalu bersyukur kerna Allah makbulkan doa dan harapan ana nak ke bumi ini sejak dari sekolah rendah. Ana masih ingat tatkala seorang muallimah yang mengajar ana di Sekolah Rendah Islam Aman dalam subjek aqidah, dia pernah bagitahu kat ana "Kalau enta nak jadi doktor, baik enta sambung kat mesir..dapat jadi dua doktor dan ustaz". Bermula dari situ, ana taklah meletakkan terus nak ke mesir..namun apabila menuntut di Maahad Tahfiz Sains, barulah ana serius nak sambung ke Mesir selepas berbicara dengan murabbi tercinta, Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzzaman. Masa tue ustaz siap bagitau kalau nak pergi mesir, ustaz nak hantarkan. Nak tunjukkan kat mana nak amik sanad bacaan al-Quran.

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan" Surah ali Imran : 54

Namun semua yang di rancang tidak menjadi, selepas habis percubaan SPM, abang-abang senior DQ yang juga senior kitaorang iaitu Abg Firdau Rasdi, Abg Eusoffe, Abg Faiz `Ali datang ke MTS. Rupanya, Allah nak aturkan jalan yang lebih baik untuk ana. Ditakdirkan, ana mendaftarkan diri untuk ke Program Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM bagi sesi 11/12. Pada waktu tue, senior memang promote suruh ke DQ, ana cukup resah. Ana pon isi jer borang kemasukan ke DQ. Dan Allah permudahkan ana antara 40 orang pelajar MTS ke temuduga dan Allah pilih ana antara pelajar MTS yang dipilih ke DQ. 

Hari pertama daftar, ana dah merasakan yang ana tak akan sampai ke bumi kinanah ini. Ana merasakan ana akan ke UIAM. Ana pon masa tue tak nak fikirkan sangat, hanya lalui kehidupan di bumi barokah DQ. Disini ana kenal apa itu ISLAM. Di DQ ana kenal apa itu usrah yang sebenar. Apa itu dikatakan fikrah dan perjuangan. Selaman 3 semester ana lalui kehidupan di bumi barokah. Ana berada di dalam sahabat-sahabiyyah yang sama-sama mengejar kebaikan. Diasuh dengan biah solehah. Diajar kerja pengurusan.

Seterusnya, satu ketika ummi dan ayah call, tanya nak ke mesir ke?. Fuh, sapa yang taknak. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Masa tue dalam bulan mac. Ana sebenarnya ketika itu, dalam dua sama ada nak ke Mesir atau ke UIAM. Masa tue lah sahabat yang sefikrah bagi pandangan, bagi nasihat sehingga ana ke bumi Mesir. 

Bila difikirkan Allah nie cukup sayang akan kita sebenarnya. Ana merasakan cukup bertuah dapat ke bumi DQ sebelum terbang ke Mesir. Semua yang ana dapat kat DQ, harapnya dapat menjadi kekuatan buat ana berada di bumi orang ini.

Alhamdulillah, kini ana telah selamat sampai di bumi Mesir. Bumi yang cukup-cukup banyak sejarahnya. In sha Allah, ana akan cari sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu sebagai bekalan. Ya Allah, sangat bersyukur. In sha Allah, misi menjadikan al-Quran sebagai satu kehidupan dalam diri belum selesai. Doakan agar diri ini terus berjaya dengan ketaatan kepada Allah sebagai seorang hamba.

~kembara seorang bakal dokot huffaz in sha Allah~