Showing posts with label kembara MEDIC MUSLIM. Show all posts
Showing posts with label kembara MEDIC MUSLIM. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Bukan dalam 'fatrah exam'. Memang dalam 'exam' pun!

Bismillahirrahmanirrahim

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)." -Al-Anbiyaa` : 1 



Alhamdulillah semalam, kami pelajar Mansoura University baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan praktikal Upper Limb. Fuh, agak cuak kerna pertama kali exam sejak bergelar pelajar perubatan. 


Dan in sha ALLAH, kami akan menghadapi peperiksaan untuk Mid Year, iaitu exam written pertama kami dalam perjuangan menjadi seorang doktor pada minggu hadapan. Mungkin kalau ketika ini dihadapkan firah iaitu ayam bakar sekalipun, mungkin insan-insan ini akan buat tak tau kat firah tersebut.

Dahsyat penangan imtihan ini kan sahabat-sahabat. Tapi, dalam kesibukan kita dalam fatrah imtihan ini, mungkin kita terlupa. Kita memang sedang berada dalam imtihan.

'Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.' - Al-Hajj : 47

Sesetengah ulama' mena'wilkan bahawa sehari di dunia bersamaan dengan seribu tahun di akhirat berdasarkan ayat ini.

Mari kita buat sedikit kira-kira :

1 hari (dunia) = 1000 tahun (akhirat)
Purata tempoh hidup seorang manusia di dunia = 63 tahun
63 tahun (dunia) = approximately 1 jam 30 minit (akhirat)

Can you understand what does it mean? Biasanya di dunia, 1 jam 30 minit merupakan tempoh standard sesebuah peperiksaan(well, mostly). Dan bila kita guna AST (Akhirat Standard Time) untuk kira tempoh hidup kita di dunia, tempohnya hanyalah 1 jam 30 minit di akhirat! Bukankah 1 jam 30 minit itu standard duration for exams.

Konklusinya HIDUP ADALAH EXAM

Dalam sibuk struggle iadah, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang untuk memastikan kita mencapai gred 4 rata dalam exam akan datang, adakah kita peruntukkan effort yang sama untuk beribadah, beramal soleh, mengerjakan amal kebajikan untuk mencapai gred 4 rata di hadapan Allah nanti?

Allahu Allah.

Sekadar peringatan untuk kita semua. Exam ini (imtihan) tidak sama dengan exam itu (life on earth).

Exam ini dah ditentukan tempoh masa menjawab. Namun exam itu tidak. Bila-bila masa Allah boleh menyuruh kita 'meletakkan pen' dan 'berhenti menjawab' sedangkan ketika itu kita belum habis lagi 'fill in the blanks' dalam 'buku jawapan'. Dan ada sesetengah pula Allah beri 'masa kecemasan' supaya dia dapat  'mengcheck' kembali jawapan-jawapan yang telah ditulis samada bertepatan dengan kehendak 'skema jawapan' atau tidak. Tiada tempoh yang khusus.

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba. Mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" 
-Al-A`raaf : 34

Alwajibat aksar minal awqat.

Kewajipan yang perlu kita tunaikan lebih banyak daripada masa yang ada. Apabila Allah telah mengingatkan kita tentang hakikat nyawa kita boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja di dalam Al-Quran, adakah sekarang kita masih berasa selesa apabila mempunyai masa lapang? Sedangkan masa yang Allah peruntukkan itu adalah untuk kita penuhi dengan membuat gerak kerja Islam? Untuk kita berusaha menjadi khalifah dan abid yang terbaik pada pandangan Allah? Namun apa yang telah kita buat dengan masa kita di dunia? Astaghfirullah. Kita kena sedar, dunia ini hanya medium untuk Allah uji sejauh mana ingatan kita kepada Dia dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

" Seorang lelaki bertanya kepada naqibnya, "Akhi, apa hobi seorang daie sebenarnya?" Naqibnya tersenyum, "Hobi itu perkara yang orang buat bila ada masa lapang kan?" Lelaki itu mengangguk. Naqibnya tersenyum lebih lebar, "Daie ada masa lapang ke?"

Next, exam ini kalau fail ada dur (exam ulangan). Exam itu takde dur. Untuk menghadapi exam ini, kita berusaha sungguh-sungguh untuk lulus sebab kita tak nak keputusan yang buruk itu menyebabkan kita diexpell keluar daripada kampus or universiti, sedangkan kalau kita gagal sekalipun, masih ada dur a.k.a peluang kedua untuk kita give our best. Tapi exam itu? Takde dur. Apa yang dicatat oleh Raqib & Atid, itulah satu-satunya 'buku jawapan' yang akan kita berikan kepada Allah. Kalau amalan jahat kita lebih banyak daripada amalan baik, maka itulah yang akan menentukan result kita. Takde peluang kedua.

'(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata. "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.' - Al-Mu'minun : 99-100

Sekarang, yang mana lebih patut kita takuti? Dibuang kampus atau dicampakkan ke dalam neraka Allah yang apinya marak menyala?

Seterusnya, kalau kita mempunyai bekalan ilmu yang mantap untuk menghadapi exam ini, insyaAllah kita boleh berjaya. Tapi untuk exam itu, ilmu tak menjamin apa-apa, yang penting iman. Kalaulah exam ini kita dapat soalan bocor, revise lah banyak-banyak, insyaAllah boleh succeed dalam imtihan nanti. Tapi untuk exam itu, walaupun kita revise sebanyak mana sekalipun untuk jawab soalan di kubur nanti, belum tentu lagi kita boleh jawab. Sebab iman dan amal kita yang akan jawab ketika itu. Bukan mulut kita yang pandai merekacipta alasan ni mahupun ilmu kita yang kononnya sangat tinggi berbanding orang lain tu. Bayangkan. Itu dah dapat soalan bocor. Kalau takde soalan bocor?


'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.' - Al-Baqarah : 155

'Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. - Ali Imran : 14

'Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.' - Al-Kahfi : 46

"Ujian Allah itu tailor-made. Ukurannya mungkin tak sama untuk semua orang tapi ukurannya akan sentiasa secocok dengan pemiliknya. Allah tak membebani hambaNya melainkan dengan apa yang mereka mampu."

Dalam kehidupan di dunia ni, kita diuji dengan bermacam-macam jenis ujian. Ujian yang mengajar kita bersabar dan juga ujian yang mengajak kita bersyukur. Kadangkala kita mengeluh bila diuji dengan musibah, tapi jarang sekali kita ingat bahawa musibah itu adalah satu wasilah untuk Allah mengingatkan kita kepada Dia. Allah rindu untuk mendengar rintihan dan lirihan hambaNya meminta pertolongan dan kekuatan daripadaNya. Tapi sayang, kita bukan merintih dan melirih, malah kita mempersalah dan mempersoal. Kita bersangka buruk dengan Allah apabila musibah menimpa kita. Hamba jenis apa kita ni sampaikan kita boleh mempersoal takdir yang Pencipta kita dah tetapkan untuk kita? Astaghfirullah.

Dan bila kita diuji dengan kesenangan, kita terlupa kepada Si pemberi kesenangan. Apakah semua ini? Adakah kita fikir jawapan atau reaksi sebegini akan membantu kita berjaya dalam exam itu?

Seram kan exam itu berbanding exam ini?

Tapi jangan risau, Allah itu maha Penyayang. Biasanya dalam exam, kadangkala jawapan kita tak menepati skema pun tapi kita boleh skor mumtaz. Sebab skor kita turut bergantung kepada budi bicara pemeriksa kertas. Begitu juga untuk exam itu. Allah takkan menzalimi hamba-hambaNya.

Allah tahu kita tak sempurna, Allah tahu kita makhluk yang lemah. Sebab itulah, Allah tak masukkan kita dalam syurga kerana banyaknya amalan kita. Tapi kita dapat masuk dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang Allah. Tahu kenapa? Sebab walaupun setiap saat dalam hidup kita peruntukkan untuk beribadah dan melakukan amal kebajikan, tetap amalan itu tak dapat menandingi besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Dan memandangkan manusia ni an-nisyan, memang agak mustahil la untuk kita melakukan amal kebaikan pada setiap detik tanpa ada sesaat pun tertinggal.

'(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap jiwa mendapatkan (balasan) atas kebajikan yang telah dikerjakan dihadapkan kepadanya, (begitu juga balasan) atas kejahatan yang telah dia kerjakan. Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan (hari) itu. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya. Allah Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya.' - Ali Imran : 30

Kerana Allah kasihkan kita, kerana Allah kasihani kita, Allah mengingatkan kita tentang hari pembalasan yang tidak boleh tidak, pasti berlaku. Sebab Allah tahu manusia ini pelupa, Allah mengingatkan kita berkali-kali tentang hari qiamat dalam Al-Quran. Sebagai huffaz yang hari-harinya sentiasa dipenuhi dengan membaca Al-Quran, kita tak rasa ada 'something' yang terkesan di jiwa ke bila terbaca ayat-ayat yang berkaitan dengan hari pembalasan? .... Exam itu memang dahsyat. Sebab itu Allah selalu peringat.

Post ini dibuat sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan mereka yang lain supaya kita kembali jelas dengan kondisi kita yang sebenar. Kita bukan dalam 'fatrah exam', kita memang dalam 'exam' pun! Kita bukan sahaja nak berjaya dalam exam akademik di dunia, tapi kita juga nak berjaya dalam exam dunia di akhirat.

Exam ini mungkin merupakan satu wasilah untuk Allah mengingatkan kita tentang exam itu. Usaha kita yang tak berbelah bahagi untuk exam ini mungkin merupakan satu medium untuk Allah mengingatkan kita supaya turut berusaha bersungguh-sungguh untuk exam itu.

We must struggle to achieve flying colours for the coming exam, but never forget to strive for Mardhatillah for this ongoing exam.

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, nyawa dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.' - At-Taubah : 111

Exam itu memang susah. Perlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk survive dengan jayanya. Berjuang dan berkorban memang perit. Tapi ingatlah yang Allah dah menjanjikan syurga bagi mereka yang sanggup menjualkan nyawa dan harta mereka ke jalan Allah. Ingat syurga tu murah ke? Itu sebab nilai pengorbanan pun kena banyak. ^^



copy and edited from : http://bpiteam.blogspot.com/


Thursday, November 15, 2012

Saat Medic dan Quran bersatu..ngulang sampai mampuih..


Bismillahirrahmanirrahim..



"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang menjaganya" 
Surah al-Hijr : ayat 9

Dengan kalimah agung aku memulakan bicara, Alhamdulillah, setelah agak lama blog ini tidak dikemas kini, Allah memberikan sedikit ruang masa untuk ana menulis sedikit titipan sebagai inzar buat kita semua. Tergerak tangan ana kali adalah untuk menitipkan sedikit idea or pandangan formula untuk mengulang al-Quran. Sebenarnya, dah lama ana ingin menulis tentang formula al-Quran ana (ana tak masyi pon, just berkongsi), namun belum mempunyai rezeki serta agak malu sebab tak masyi. Tapi setelah ada seorang junior menyatakan kesukaran untuk mengulang setelah keluar dari maahad tahfiz, ana tergerak hati untuk menulis.

Wednesday, October 31, 2012

Khasais Al-ISLAM..



Bismillahirrahmanirrahim.

"Marwan apa tue ciri2 ISLAM?"
"Ciri2 ISLAM nie..."

Aduh, kenapa soalan tue boleh muncul dari mulut sahabat ana. Nak berpeluh jugak, tapi alhamdulillah, dapat juga beri sedikit penerangan serba sedikit tentang ciri2 ISLAM. Actually, benda ni merupakan perkara paling basic yang naqib ana di DQ, Abg Nabawi dan Abg Wafi bagitau masa usrah kitaorang. Rindu dengan usrah Janissari. Ana jawab kat sahabat ana tadi untuk bagitau balik lebih detail tentang ciri2 ISLAM, so kenalah rajinkan sikit buat research dan ketika sedang google terjumpa satu post yang agak baik. Post tue walaupon blog akhowat, ana tetap baca, sebab akhowat nie kalau bab menulis, suka menulis secara ringan dan mudah nak faham. So, mintak izinlah ya tuan punya blog mujahidah pemburu syahid.

Ciri-ciri ISLAM, ape benda tue?rukun IMAN ke?rukun ISLAM ke?..jom sama2 kita telusuri dan baca post nie..

Sunday, October 14, 2012

Dari MTS,.singgah kat DQ dan terus ke Mesir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, kini dah seminggu lebih ana berada di bumi anbiya`. Seminggu lebih ini juga ana telah menghirup angin mediterranian yang agak berpasir. Seminggu lebih juga ana telah meninggalkan bumi Malaysia, meninggalkan umi, ayah, adik-adik lie, fil, han, che tok, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang cukup ana sayangi. In sha Allah hari ana nak kongsi sedikit kisah hidup yang membuatkan ana lebih bersyukur menjadi hamba-Nya.


Maka tatkala mereka (Nabi Ya`qub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insya Allah kamu berada di dalam aman" Surah Yusuf : 99

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" Surah al-Hujurat : 10

bersama family sebelum berlepas..in sha Allah will be Doctor Huffaz.

bersama ummi, ayah dan che tok..
Alhamdulillah, first impression bila tiba di bumi Mesir ini, ana cukup terasa bahagia. Ana berasa cukup tenang dan aman bila menjejakkan kaki di Cairo Airport. Alhamdulillah, bila keluar dari tempat ketibaan, hilang rasa cuak dan gementar bila berhadapan dengan imegresen Mesir, bila terlihat wajah-wajah abang-abang senior yang smart seperti Abg Imran Jamaat, Abg Aiman Jusri, Abg Aiman Latif, Abg Sahli Mahzuz, Abg Iskandar, akak-akak yang ayu yang menyambut kami.dengan tangan2 tertulis "Ahlan Misr"

Ana juga terasa terlalu bersyukur kerna Allah makbulkan doa dan harapan ana nak ke bumi ini sejak dari sekolah rendah. Ana masih ingat tatkala seorang muallimah yang mengajar ana di Sekolah Rendah Islam Aman dalam subjek aqidah, dia pernah bagitahu kat ana "Kalau enta nak jadi doktor, baik enta sambung kat mesir..dapat jadi dua doktor dan ustaz". Bermula dari situ, ana taklah meletakkan terus nak ke mesir..namun apabila menuntut di Maahad Tahfiz Sains, barulah ana serius nak sambung ke Mesir selepas berbicara dengan murabbi tercinta, Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzzaman. Masa tue ustaz siap bagitau kalau nak pergi mesir, ustaz nak hantarkan. Nak tunjukkan kat mana nak amik sanad bacaan al-Quran.

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan" Surah ali Imran : 54

Namun semua yang di rancang tidak menjadi, selepas habis percubaan SPM, abang-abang senior DQ yang juga senior kitaorang iaitu Abg Firdau Rasdi, Abg Eusoffe, Abg Faiz `Ali datang ke MTS. Rupanya, Allah nak aturkan jalan yang lebih baik untuk ana. Ditakdirkan, ana mendaftarkan diri untuk ke Program Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM bagi sesi 11/12. Pada waktu tue, senior memang promote suruh ke DQ, ana cukup resah. Ana pon isi jer borang kemasukan ke DQ. Dan Allah permudahkan ana antara 40 orang pelajar MTS ke temuduga dan Allah pilih ana antara pelajar MTS yang dipilih ke DQ. 

Hari pertama daftar, ana dah merasakan yang ana tak akan sampai ke bumi kinanah ini. Ana merasakan ana akan ke UIAM. Ana pon masa tue tak nak fikirkan sangat, hanya lalui kehidupan di bumi barokah DQ. Disini ana kenal apa itu ISLAM. Di DQ ana kenal apa itu usrah yang sebenar. Apa itu dikatakan fikrah dan perjuangan. Selaman 3 semester ana lalui kehidupan di bumi barokah. Ana berada di dalam sahabat-sahabiyyah yang sama-sama mengejar kebaikan. Diasuh dengan biah solehah. Diajar kerja pengurusan.

Seterusnya, satu ketika ummi dan ayah call, tanya nak ke mesir ke?. Fuh, sapa yang taknak. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Masa tue dalam bulan mac. Ana sebenarnya ketika itu, dalam dua sama ada nak ke Mesir atau ke UIAM. Masa tue lah sahabat yang sefikrah bagi pandangan, bagi nasihat sehingga ana ke bumi Mesir. 

Bila difikirkan Allah nie cukup sayang akan kita sebenarnya. Ana merasakan cukup bertuah dapat ke bumi DQ sebelum terbang ke Mesir. Semua yang ana dapat kat DQ, harapnya dapat menjadi kekuatan buat ana berada di bumi orang ini.

Alhamdulillah, kini ana telah selamat sampai di bumi Mesir. Bumi yang cukup-cukup banyak sejarahnya. In sha Allah, ana akan cari sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu sebagai bekalan. Ya Allah, sangat bersyukur. In sha Allah, misi menjadikan al-Quran sebagai satu kehidupan dalam diri belum selesai. Doakan agar diri ini terus berjaya dengan ketaatan kepada Allah sebagai seorang hamba.

~kembara seorang bakal dokot huffaz in sha Allah~

Sunday, August 12, 2012

Ukhuwwah Fillah Till Jannah

Bismillahirrahmanirrahim,

ukhuwwah fillah till jannah

Group 6 Megusta, Pre-Medic, Medic Mesir 2012


Alhamdulillah, pagi ini ana telah selamat sampai di negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim, negeri tadahan wahyu. Satu suasana yang nyaman menyambut ana ketika sampai dengan sahabat dan sahabiyyah Pre-Medic Medic Mesir. Hujan renyai-renyai membasahi bumi Kota Bharu. Alhamdulillah, mungkin semalam malam Lailatul Qadr kot. Ntahlah, hanya Pemilik sekalian Alam yang mengetahui bila malam Lailatul Qadr yang sebenarnya.

Tuesday, August 7, 2012

Why must Medic???

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, semalam telah selesai hari pertama Pre-Departure Medic Mesir 2012 yang bertemakan Seeds of Change. Alhamdulillah banyak pengalaman serta input baru yang diperoleh dari program tersebut. Baru sehari program dah banyak yang dapat. First, rasa cukup best bila mana pergi daftar program pagi itu, terus jumpa abang senior dari MTS, iaitu Abg Ahmad Hishamuddin dan Abg Imran Ali, dua orang hebat kat Alexandria University. Cukup bermakna dapat berjumpa dan bersua muka dengan senior-senior dari berbagai universiti. Semua gundah-gelana yang dialami dapat dileraikan sedikit demi sedikit.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Surah Al-Hujurat: ayat 13

bersama ayah dan umi serta adik bongsu ketika Kovokesyen Darul Quran.

Saturday, July 21, 2012

Orang Berilmu = Orang Taat / Dekat dengan Allah


Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafakkan setinggi-tinggi ke hadrat Allah S.W.T, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W serta ahlul bait, sahabat generasi awal ISLAM serta semua pejuang-pejuang ISLAM.

Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita agar dipertemukan semula dengan Ramadhan al-Mubarak setelah setahun kita berpisah dengannya. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mengutip sebanyak mungkin rahmat,keampunan serta pelepasan dari api neraka buat kesekian kali. Moga-moga hati kita gembira kerana kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat serta rahmat seperti mana hati-hati sahabat dan sahabiyyah di awal perjuangan ISLAM.

Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud;

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang mendapati Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan menjauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu aku pun menyebut: “Amin.”

Sahabat dan Sahabiyyah yang disayangi.

Kini kita berada di bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang didalamnya terdapat rahmat (10 awal Ramadhan), keampunan (10 pertengahan Ramadhan) dan perlepasan dari api neraka (10 akhir Ramadhan). Moga kita tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang mendapat Rahmat, Keampunan dan Perlepasan Api Neraka in sha Allah.

Saturday, July 14, 2012

Pelajaran, hubungan dengan Allah.


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Peyayang

Assalamualaikum buat semua sahabat sahabiyah serta saudara seIslam yang cukup ana cintai kerna Allah.

Alhamdulillah seperti biasa kita sebagai insan yang hina perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang menghirup oksigen yang cukup berharga. Bersyukur juga kerana pada pagi ini kita masih dibangunkan oleh Allah dalam keimanan kepada-Nya. Beruntungnya kita...

Selawat dan salam diuntaikan buat Rasulullah, Muhammad S.A.W yang cukup banyak berkorban serta sangat mencintai ummat baginda, ahlul bait baginda, sahabat sahabiyyah yang sentiasa menyokong baginda serta semua pemikul amanah Allah iaitu para dai`e yang sentiasa meneruskan perjuangan baginda.

Setelah hampir sebulan lebih tidak ana menekan keyboard dengan kesibukan pelajaran dan beberapa masyaqqah yang sentiasa mencemburui masa, alhamdulillah pagi ini mampu ana coretkan sedikit post.

Sekadar berkongsi pengalaman ketika berada di Pre-Medic Medic Mesir 2012. Hari ini genap dua minggu ana bermusafir menuntut ilmu di bumi UPM, Serdang, Selangor. Sepanjang dua minggu ini berbagai-bagai dugaan yang hadir.

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,
sebab kamu yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman
(surah ali-Imran : 136)