Monday, February 22, 2010

Cinta Kita


Ya Allah,
dimanakah lagi dapat kutemui cinta sejati
kecuali pada cintaMu...
Kemana lagikah cinta ini harus berlabuh
kecuali pada kasihMU
Jadikanlah hati yang lemah ini Ya Allah...
Tertambat kukuh hanya padaMu


Ya Allah,
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
Kesejukan setelah matiku...
kenikmatan memandang WajahMU
dan kerinduan untuk berjumpa dengan Mu
Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya Allah
Penuhilah kehinaannya dengan kemuliaan maghfirahMu


Ya Allah,
masukkanlah aku dalam kalangan hamba-hambaMU
yang engkau cintai


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMU
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu...


Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
Agar tidak terjatuh aku ke dalam
jurang cinta nafsu


Ya Rabbi,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dari
hatiMU....

Harga Kemenangan

Saban hari kita memburu kemenangan
Meniti sebuah jalan perjuangan
Bercerita soal taqwa dan iman
Membina segala macam kekuatan
Mencipta segala bentuk kehebatan

Kemenangan sesuatu yang dicari bukan dinanti
Ia mendatangi setelah ia didatangi
Jika ada yang menang akan ada yang kalah
Ia tidak abadi dalam dunia yang bakal musnah
Kerana ia kekal dalam alam yang menanti
Bagi mereka yang mencari



Jika kita yang miliki kemenangan
Untuk apa ditakuti kegagalan?
Untuk apa dirisaukan kekalahan?
Bahkan kita mengharapkan akan turunnya bantuan
Berupa sebuah kemenangan
Bererti ia milik Pemilik alam maya
Ia milik Yang Memiliki Kekuasaan

Harganya luar biasa
Kerana nilainya tidak terbanding
Usaha kita hari ini belum tentu
Menjamin kemenangan hari esok
Kerana ia milikNya.

*dipetik dalam majalah Solusi bil 14

Saturday, February 20, 2010

Cinta Daku Buat Rasulullah...

























Mendengar suara Tuan memanggil daku
Dalam sebuah kerinduan
Dengan titisan air mata
Dan banyak harapan
Memaknai perjalanan Tuan mencintai daku
dalam pengorbanan
dengan rasa cinta
dan kekhawatiran

Andai daku boleh,
kan mengirim Tuan paket rindu
Yang penuh akan air mata cinta
Andai saja daku mampu,
kan memberikan hadiah dalam sunnah
yang dulu Tuan contohkan
Akan kusampaikan
Akan kusampaikan...

Maafkan daku, Tuan
Cinta Tuan hanya mampu dibalas
Perjuangan yang bernilai kecil
Dalam ruang sempit ini
Dalam kebebasan terbatas ini
Maafkan daku, Tuan
Meski hanya selawat,
daku ingin Tuan tahu
Bahwa daku sangat amat mencintaimu

Cinta daku kali ini, seterusnya dan selamanya
Hanya untuk Rabb dan Tuan sahaja



















Salam rindu, selawat dan kasih untuk Baginda tercinta,
Muhammad b Abdullah Rasulullah S.A.W....




KeperibadianMu Menjadi Ikutan Tauladan Ummah Sepanjang Zaman



Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. diatas segala nikmat serta rahmat yang dikurniakan olehNya. Sejambak salam ke atas junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W. keluarga baginda serta sahabat baginda. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan rahmat bagi sekalian alam”.

Sempena dengan bulan Rabiul Awwal yang mulia ini, alangkah ruginya seorang muslim itu jika ia tidak mengetahui bahawa dalam bulan ini dilahirkan seorang insan yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Oleh itu, marilah kita kenang, ingat serta muhasabah diri kita sejauh manakah kita telah mencintai kekasih agung MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. Sudah padankah cinta serta kasih kita kepada baginda jika ingin diukur dengan pengorbanan serta penat lelah baginda dalam menyampaikan risalah ISLAM sehingga kita dapat merasai nikmat tersebut.


Wahai pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. Ingatlah kerja dakwah yang dilakukan oleh baginda masih perlu diteruskan lagi oleh generasi akhir zaman. Oleh itu marilah kita sama-sama menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh baginda. Ini kerana tugas ini bukan hanya untuk golongan tabligh sahaja. Setiap mereka yang berpegang kepada kalimah لااله الا الله محمد رسول الله maka terpikul satu amanah yang tidak dipikulkan kepada kaum sebelum ini iaitu amanah DAKWAH.

Akhir kalam marilah sama-sama kita menghayati serta muhasabah diri kita dengan perjuangan, sirah serta riwayat hidup Junjungan Mulia serta Uswah dan Qudwah Hasanah kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W.



Saturday, February 13, 2010

Ulang Tahun Kesyahidan Imam Hassan al-Banna




Sabtu 13 Februari 2010 bersamaan 28 Safar 1431

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...

Semalam (12 Feb) ketika berada di dalam kelas tuisyen Biology, handset ana berdering menandakan ada satu sms masuk. Lantas ana terus mengambil handset dan terus membuka dan membaca sms tersebut.

"Ooo, dari Akh Akashah rupanya..."

Lantas ana membaca sms tersebut dan berita yang ingin disampaikan ialah tentang Ulangtahun Kesyahidan Imam Hassan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu pada 12 Februari 1949. Rasanya belum terlambat untuk ana buat sedikit posting tentang kesyahidan beliau. Mungkin ramai dikalangan remaja sudah tidak mengenali siapa Hassan al-Banna dan mungkin nama artis-artis lebih sinonim di bibir mereka. Ok jom bersama dengan ana untuk kita hayati kisah hidup Imam Hassan al-Banna yang sempat ana cari....

Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari, 1949, Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al- ahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24)

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunuk perasaan semasa revolusi 1919 menetang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1986, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30) Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez.

(Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudiannya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35)

Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. (Mitchell 1969, 7)

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri....

rujukan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna


Thursday, February 11, 2010

Pesanan seorang murabbi...




11 FEBRUARI 2010 bersamaan 26 SAFAR 1431


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Entah apa yang ingin ana tulis hari ini...nak mengarut ke? nak buat lucu? atau buat ape?
Entah mengapa pagi ini apabila melihat gambar2 kenangan rakan-rakan Third Batch United, ramai yang dah takdek kat MTS. Mengapa semua ini terjadi? Baru ana teringat satu nasihat dari seorang murabbi yang cukup disegani di MTS iaitu Ustaz Yusri Ahmad sewaktu di awal bulan Januari yang lalu, ketika mana ramai antara kami pelajar Form 5 ingin berpindah atau nak ambil SPM di sekolah lain.


Katanya " Alangkah beruntungnya ana dan entum semua kerana ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk menjadi seorang yang menghafal AL-QUR`AN. Ana tahu memang letih, perit dan penuh cabaran untuk entum semua menghafal AL-QUR`AN, namun ana pasti apabila tepat pada masanya semua usaha entum akan berbaloi"


Aku bertanya didalam hati, "Bila masanya?"


Lalu Ustaz Yusri menyambung " Cuba entum bayangkan yang mana satu lebih beruntung antara seorang yang membawa peti harta karun yang berat dan penuh dengan harta karun dan yang membawa RM 2 didalam poket?"


Lantas kami menjawab "Yang bawa harta karun"


"Baiklah, yang membawa harta karun itu lebih beruntung. Jika didalam satu perjalanan, cuba entum bayangkan antara yang bawa harta karun dan bawa RM 2, yang mana lebih cepat untuk sampai di garisan penamat? Sudah tentu yang bawa RM 2 sebab, dia boleh berlari dengan laju tetapi yang bawa harta karun perlu berjalan perlahan-lahan untuk menjaga hartanya dari jatuh dan dicuri oleh perompak."


"Tapi entum semua perlu ingat, antara yang bawa RM 2 dan bawa harta karun yang mana lebih beruntung apabila sampai digarisan penamat. Orang yang bawa RM 2 mungkin hanya mampu untuk membeli sebotol air mineral RM 1 dan kacang RM 1, tetapi yang bawa harta karun walupun sampai lewat lewat dan letih tetapi boleh berbelanja sesuka hati di garisan penamat kerana mempunyai banyak harta."


"Ooo, macam tue" antaranya yang terkeluar dari mulut kami.


"Ok, sekarang bandingkan entum dengan mereka yang tak menghafaz al-Qur`an. Tentu entum lebih beruntung diakhirat kelak. Memang entum rasa perit, letih dan susah nak jaga al-Qur`an tetapi entum beruntung di akhirat kelak. Ana hanya boleh tunjukkan cara tetapi kuasa memilih ditangan entum semua" kata Usta Yusri akhir sekali.


Sebagai konklusinya, memang tak dapat disangkal bahawa orang yang menghafaz al-Qur`an bagaikan mereka yang membawa harta karun. "AHLUL QURAN AHLULLAH" Tetapi ingatlah jangan biarkan al`Qur`an menjadi hujjah keatas kita, tetapi menjadi hujjah buat kita untuk masuk ke syurga ALLAH S.W.T



"SEBAIK-BAIK KAMU ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA KEMBALI"

Wednesday, February 10, 2010

Seribu Satu Kenangan di Gunung Stong...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemuarh Lagi Maha Penyayang



begitu besar ciptaanmu YA ALLAH...


Jumaat, 5 Februari 2010 bersamaan 20 Safar 1431...

Hari ini ana dan rakan-rakan Third Batch of MTS akan menawan Gunung Stong. Pelbagai persiapan telah dilakukan dengan persiapan dari segi makanan, keperluan, khemah serta fizikal kami...maklumlah pertama kali nak menawan gunung nie... kalau sebelum ini bukit jer...tupun Bukit Panau yang terletak dekat dengan MTS. Sebenarnya ekspedisi kali ini lebih kepada merapatkan ukhuwwah kami yang telah sedia terjalin.




pendakian dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Hamidie Hamzah




bermula sebuah perjuangan...


Pagi tersebut kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi ke GunungStong. Lebih kurang dalam pukul 12.15 tengah hari kami tiba di Jelawang dan menunaikan solat Jumaat serta jama` taqdim asar. Tetapi ada jugak yang nak solat asar kat atas Gunung Stong. Pertamanya, kami diberi taklimat dan diberi 'guide' seramai 5 orang untuk menjaga kami sermai lebih kurang 80 orang termasuk Ust. Hamidie dan Cg. Jazlan. Antaranya ialah abang Shahril, abg Botak dan beberapa orang yang ana tak ingat nama mereka.




kebesaran mu ILAHI




bersama Sir Jazlan dan Ust Hamidie ketika sunrise


Begitu sukar dan berjuta cabaran dan rintangan seperti memanjat dinding batu, tanah licin dan berbagai halangan lagi yang terpaksa kami lalui untuk sampai di BaseCamp Gunung Stong yang berada di kemuncak air terjun tertinggi asia tenggara. Kalau diikutkan hati, tak nak teruskan pendakian. Namun berkat kesabaran serta sokongan dan bantuan raka-rakan akhirnya sampai juga ana ke puncak air terjun tertinggi di asia tenggara.


Begitu banyak proses tarbiah serta pengajaran yang dapat diambil oleh kami para huffaz yang akan terjun ke dalam lautan masyarakat tidak lama lagi. Antaranya Ukhuwwah Islamiah, usaha tanpa jemu, doa serta tawakkal. Cuba bayangkan andai kami mudah mengalah, pasti kami tidak akan dapat merasai nikmat untuk sampai di kemuncaknya. Kerana perlu diinggat bahawasanya hanya orang yang lallui sesuatu perkara dapat merasai sesuatu perkara. Melalui ekspidisi ini, kami dapat mempelajari satu perkara agar tidak mudah berputus asa. Paling utama ialah melihat kebesaran Allah ketika sunrise dan perjalanan kami.


'YA ALLAH, engkau telah sampaikan kami pelajar tingkatan 5 Maahad Tahfiz Sains 2010 di puncak Gunung Stong bersama-sama, oleh itu berilah kami kegembiraan mencapai KEJAYAAN di dunia dan akhirat bersama-sama dan jangan biarkan ada antara kami yang kesedihan kerana kegagalan...'




ALHAMDULILLAH kejayaan kita bersama...