Showing posts with label kembara NUBUWWAH. Show all posts
Showing posts with label kembara NUBUWWAH. Show all posts

Friday, November 16, 2012

JOM Hijrah !!!

Bismillahirrahmanirrahim..
salam maal hijrah..pinjam gambar PCM
Dengan kalimah Agung ana memulakan bicara, Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T kerna masih lagi memberi nikmat IMAN dan ISLAM. Bersyukur juga kita kerana Rabbul Alamin memberikan kita, nikmat "tafaqqahuddin" iaitu nikmat untuk menambah baik or belajar ilmu2 agama. Alhamdulillah.

Pertamanya, ana ingin menitipkan ucapan Salam Maal Hijrah buat semua sahabat-sahabiyyah pembaca blog yang cukup ana sayangi. Semoga dengan kehadiran tahun baru HIJRAH ini membuatkan kita semua lebih baik dari sebelum ini bermula dari diri kita, iman dan amal, pelajaran, kecaknaan terhadap isu-isu ISLAM dan ukhuwwah kita. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. In sha Allah.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah...bagaimana hijrah kita?


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T, rabbul Alamin raja sekalian raja.

Selawat serta salam rindu buat kekasih agung Muhammad Rasulullah S.A.W berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup kemanisan dan kerahmatan ISLAM. Salam sayang turut dititipkan kepada ahli bait baginda, sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan-ikhwan perjuangan baginda.

Hari ini tanggal 3 Muharram 1433 hijriah, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 'Kullu Sannah Wa Antum Toyyiban' buat semua sahabat pembaca sekalian.

Hijrah adalah satu peristiwa yang sangat penting didalam ISLAM. Hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W dari Makkah al-Mukarramah ke kota Yathrib setelah mendapat perintah serta izin dari Allah S.W.T. Hijrah adalah satu peristiwa dimana bermulanya sebuah perjuangan yang cukup hebat iaitu negara ISLAM Madinah al-Munawwarah. Disini bermulanya sebuah ketamadunan yang cukup hebat yang dirintis oleh seorang anak yatim.

Namun itu hijrah di zaman Rasulullah S.A.W yang mampu memberi satu transformasi didalam hidup manusia. Bagaimana hijrah tersebut mampu memberi yang cukup besar dalam ketamadunan dunia dari jahiliyyah kepada satu sistem yang cukup hebat dan lengkap serta sebati dengan fitrah manusia.

Hijrah kita?

Pernah kita terfikir bagaimana dunia hari ini telah kembali kepada jahiliyyah, malah mungkin lebih teruk dari jahiliyyah. Jika dizaman Nabi Musa A.S, anak lelaki menjadi mangsa dibunuh sewenang-wenangnya. Kemudian di zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan pula menjadi mangsa pembunuhan sewenang-wenangnya. Namun di zaman yang dikatakan bertamadun serta di era globalisasi ini, anak-anak dibunuh dan dibuang sewenang-wenangnya tanpa mengira jantina lelaki mahupun perempuan.

Nah, cuba kita bandingkan, siapa yang lebih hebat kejahilan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan zaman kini telah menjadi lebih jahil dari kejahilan di zaman jahiliyyah dahulu. Malah apa yang menyedihkan mereka yang ingin mengajak kepada kebaikan turut diperlekeh serta ditahan. Wanita-wanita yang berjubah serta bertudung labuh mengikut sunnah sahabiah serta umahatul mukminin diperlekeh. Malah yang lebih sadia mereka yang berkopiah dan bertudung labuh ini sering menjadi mangsa dianak tirikan dalam apa-apa sahaja proses. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya ISLAM itu bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang dan berbahagialah mereka yang bersama dengan ISLAM pada waktu dagang"
hadis riwayat Muslim

Justeru sahabat sekalian sekalian,.

"Kita bukan pemula dan pengakhir perjuangan ISLAM tetapi kita mata rantai kepada perjuangan ISLAM..." itulah kata-kata seorang mujaddid ISLAM Syeikh Imam Hassan al-Banna. Kitalah yang perlu memulakan hijrah bermula dengan diri kita sendiri, kemudian ahli bait kita, masyarakat kita, negara kita sehingga terbentuk sebuah pemerintahan ISLAM.

Sahabat sekalian, kitalah yang perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita perlu berhijrah menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini. Kitalah yang perlu menjadi orang yang membuka lembaran baru untuk melihat ketamadunan ISLAM kembali tertegak. Kitalah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan ISLAM.

Sahabat dan sahabiyah,.

Kitalah yang akan menjadi pencorak dunia ISLAM. Kitalah yang akan membawa ISLAM itu berdiri paling tinggi di dunia ini. Bangkitlah pemuda ISLAM, berdirilah bersama-sama kami wahai puteri-puteri ISLAM dalam memperjuangkan ISLAM. Ayuh sahabat dan sahabiah sekalian. Moga kitalah golongan fityan yang disebut dalam Surah al-Kahfi.


Saturday, February 20, 2010

Cinta Daku Buat Rasulullah...

























Mendengar suara Tuan memanggil daku
Dalam sebuah kerinduan
Dengan titisan air mata
Dan banyak harapan
Memaknai perjalanan Tuan mencintai daku
dalam pengorbanan
dengan rasa cinta
dan kekhawatiran

Andai daku boleh,
kan mengirim Tuan paket rindu
Yang penuh akan air mata cinta
Andai saja daku mampu,
kan memberikan hadiah dalam sunnah
yang dulu Tuan contohkan
Akan kusampaikan
Akan kusampaikan...

Maafkan daku, Tuan
Cinta Tuan hanya mampu dibalas
Perjuangan yang bernilai kecil
Dalam ruang sempit ini
Dalam kebebasan terbatas ini
Maafkan daku, Tuan
Meski hanya selawat,
daku ingin Tuan tahu
Bahwa daku sangat amat mencintaimu

Cinta daku kali ini, seterusnya dan selamanya
Hanya untuk Rabb dan Tuan sahaja



















Salam rindu, selawat dan kasih untuk Baginda tercinta,
Muhammad b Abdullah Rasulullah S.A.W....




KeperibadianMu Menjadi Ikutan Tauladan Ummah Sepanjang Zaman



Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. diatas segala nikmat serta rahmat yang dikurniakan olehNya. Sejambak salam ke atas junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W. keluarga baginda serta sahabat baginda. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan rahmat bagi sekalian alam”.

Sempena dengan bulan Rabiul Awwal yang mulia ini, alangkah ruginya seorang muslim itu jika ia tidak mengetahui bahawa dalam bulan ini dilahirkan seorang insan yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Oleh itu, marilah kita kenang, ingat serta muhasabah diri kita sejauh manakah kita telah mencintai kekasih agung MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. Sudah padankah cinta serta kasih kita kepada baginda jika ingin diukur dengan pengorbanan serta penat lelah baginda dalam menyampaikan risalah ISLAM sehingga kita dapat merasai nikmat tersebut.


Wahai pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. Ingatlah kerja dakwah yang dilakukan oleh baginda masih perlu diteruskan lagi oleh generasi akhir zaman. Oleh itu marilah kita sama-sama menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh baginda. Ini kerana tugas ini bukan hanya untuk golongan tabligh sahaja. Setiap mereka yang berpegang kepada kalimah لااله الا الله محمد رسول الله maka terpikul satu amanah yang tidak dipikulkan kepada kaum sebelum ini iaitu amanah DAKWAH.

Akhir kalam marilah sama-sama kita menghayati serta muhasabah diri kita dengan perjuangan, sirah serta riwayat hidup Junjungan Mulia serta Uswah dan Qudwah Hasanah kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W.