Bismillahirrahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada “Malikinnaas” Allah S.W.T. Selawat dan salam rindu buat junjungan Muhammad Rasulullah S.A.W, ahli bait baginda, sahabat-sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan, pejuang dan pendokong perjuangan suci murni ini iaitu ISLAM.
Setelah agak penat kembara semalam bersama sahabat dari Perak iaitu Akh Hakim (DQ) dan Akh Syuaib (MTS TM),.alhamdulillah pagi ini Allah S.W.T mampu memberikan sedikit kekuatan untuk ana menitip sedikit perkongsian yang mungkin bermanfaat atau tidak buat kita semua. Moga-moga sedikit tinta ini mampu menjadi penguat untuk ana mencapai matlamat akhir kembara hidup kita iaitu Syurga Firdaus,.insyaAllah.
Posting blog ini sebenarnya dah lama ana pendam dalam kepala ana, dan hanya menunggu masa untuk meletus. Alhamdulillah, dalam minggu lepas seorang sahabat ana telah menambat sedikit bahan api untuk ana melancar apa yang ada di kepala otak ana ini kepada tulisan. Sahabat ana di DQ dari Perak (bukan Hakim) bertanya tentang keadaan serta senario di negeri Kelantan. Beliau bertanya tentang isu-isu yang melanda negeri Serambi Mejah tersayang ini. Ana tidak sempat untuk menjawab pertanyaan beliau dan ana berharap agar titipan ini mampu member gambaran kepadanya tentang negeri Kelantan.
Benarlah kata-kata yang sering ana dengar dari Induksi Nuqaba`(MTS TM), Mafatih Mahabbah (DQ), naqib Usrah Janissari (Abg Awie dan Abg Wafi) serta abang2 dan kakak2 yang terlebih dahulu berada diatas jalan ini iaitu “Andai kata satu perjuangan itu tidak ada mehnah serta tribulasi, maknanya mungkin ada sesuatu kesilapan dalam organisasi tersebut”. Ana cuba renung kembali kata-kata ini dengan keadaan atau isu yang cukup panas di bumi Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Jika dilihat sokmo benar negeri Kelantan dibedil dan dilanyak dengan isu-isu yang cukup panas. Mungkin disebabkan perjuangan perjuangan yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz ini benar, maka selalu sahaja negeri Kelantan ini terpaksa menghadapi mehnah dan tribulasi yang sengaja dicipta oleh mereka yang dengki dengan perjuangan ISLAM.
Jika dilihat ketika di awal pemerintahan Membangun Bersama Islam, kerajaan pimpinan TGNA dikatakan tidak akan bertahan lama, namun realitinya sehingga kini pemerintahan ISLAM masih mendapat tempat di hati semua rakyat Kelantan, Melayu, Cina, India serta Siam. Mungkin pada waktu ini diri ana sebelum lahir dan belum bersedia memahami apa yang terjadi kepada kerajaan negeri ana, namun semua ini diceritakan dari satu generasi ke satu generasi agar kekal di ingatan rakyat Kelantan terhadap apa yang pernah dilakukan keatas kerajaan ISLAM pilihan rakyat Kelantan. Inilah yang ana rasa cukup bertuah di Kelantan gandingan “oghe lamo dan anok mudo” terjalin erat.
Kemudian jika dilihat isu-isu yang terkini, bermula dengan penafian royalti minyak kepada negeri Kelantan dan terkini isu air bersih. Ana bukanlah ingin berbicara tentang scenario politik kini, namun ana hanya ingin berkongsi agar kita semua tahu betapa telah lama rakyat Kelantan diburuk-burukkan. Mungkin ada yang mengatakan belum tiba masa untuk ana berbicara tentang ini, namun ana hanya ingin mengatakan sesuatu yang benar “berkatalah benar walaupun ia pahit”. Jika dilihat akhbar semasa kini yang lebih banyak mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan sesetengah pihak.
Inilah realiti yang terpaksa rakyat Kelantan, negeri kami dihina, negeri kami direndah-rendahkan serta dihentam. Namun satu senario yang cukup hebat telah berlaku iaitu semakin kuat negeri kami direndahkan serta dihentam, semakin kuat kami menyayangi negeri kami serta semakin sayang akan kerajaan ISLAM TGNA. Moga kerajaan ISLAM di Kelantan terus utuh serta kekal dan menjadi pemangkin untuk kerajaan ISLAM di Malaysia. InsyaAllah.
‘Allahu Akbar’
‘Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung’
No comments:
Post a Comment