Saturday, July 14, 2012

Pelajaran, hubungan dengan Allah.


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Peyayang

Assalamualaikum buat semua sahabat sahabiyah serta saudara seIslam yang cukup ana cintai kerna Allah.

Alhamdulillah seperti biasa kita sebagai insan yang hina perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang menghirup oksigen yang cukup berharga. Bersyukur juga kerana pada pagi ini kita masih dibangunkan oleh Allah dalam keimanan kepada-Nya. Beruntungnya kita...

Selawat dan salam diuntaikan buat Rasulullah, Muhammad S.A.W yang cukup banyak berkorban serta sangat mencintai ummat baginda, ahlul bait baginda, sahabat sahabiyyah yang sentiasa menyokong baginda serta semua pemikul amanah Allah iaitu para dai`e yang sentiasa meneruskan perjuangan baginda.

Setelah hampir sebulan lebih tidak ana menekan keyboard dengan kesibukan pelajaran dan beberapa masyaqqah yang sentiasa mencemburui masa, alhamdulillah pagi ini mampu ana coretkan sedikit post.

Sekadar berkongsi pengalaman ketika berada di Pre-Medic Medic Mesir 2012. Hari ini genap dua minggu ana bermusafir menuntut ilmu di bumi UPM, Serdang, Selangor. Sepanjang dua minggu ini berbagai-bagai dugaan yang hadir.

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,
sebab kamu yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman
(surah ali-Imran : 136)

Masih teringat ketika mana ana masuk ke lecture hall buat pertama kali,

"Ya Allah, apa benda nie...", "Nape susah nie..." "Ya Allah, letihnya..."

Itulah antara reaksi awal ana ketika pensyarah masuk ke lecture hall untuk memberikan kami kuliah tentang fisiologi untuk hari pertama. Namun, alhamdulillah kini semua yang agak sukar untuk difahami itu merasa sudah difahami sedikit demi sedikit. Oleh itu, kita sebagai masih menuntu ilmu tidak perlu merasa lemah jika kita tidak mampu memahami apa yang diajar oleh pensyarah kita, sebaliknya kita mencari solusi bagaimana cara untuk kita memahami apa yang diajar oleh pensyarah. Satu yang cukup mudah " yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman"

Pelajaran, hubungan dengan Allah.

Pengalaman kedua yang ingin dikongsi, sejak ana berada di sini, ana dapat belajar apa yang sering dikatakan oleh para ustaz dan ustazah ana di MTS serta DQ iaitu antara relation antara Allah dan pelajaran. Memang setelah berada di satu tempat yang bi`ah nya lebih mencabar dari bumi MTS serta bumi barakah DQ, baru ana mampu melihat betapa penting relation antara kita as hamba dan Allah as khaliq.

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah : 45)

"Dan tuhanmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenan bagimu"
(Surah Ghafir : 60)

Kekadang kita merasa lemah, tidak tahu dengan siapa harus kita meminta pertolongan. Kita seperti hilang arah, dimana harus kita minta solusi untuk kita memahami setiap apa yang diajar. Itu mungkin lebih baik dari kita terus menyalahkan Allah S.W.T (na`uzubillah hi min zalik) mengapa kita tidak diberi kefahaman seperti mana sahabat serta sahabiyyah kita yang lain.

Satu solusi yang telah Allah berikan kepada kita iaitu, doa, sabar serta solat. Kekadang kita merasakan pentingnya kita study hard sampai kewajipan kita iaitu SOLAT kita terabai. Kekadang kita terlalu sibuk dengan study sehinggakan kita ada khaliq untuk meminta. Malah, jika dilihat pada ayat al-Quran didalam Surah Ghafir ayat 60, Allah menyuruh kita meminta darinya sekiranya kita mempunyai sebarang masalah.

Ingatlah, setiap apa yang kita belajar itu semua adalah dari ilmu-ilmu Allah. Masih teringat pesanan DR ABDAH iaitu seorang lecturer di UPM, beliau memberitahu:

"Setiap apa yang kamu belajar, kamu harus meminta dengan Allah agar diberi kefahaman agar setiap ilmu yang kamu belajar dapat kamu fahami..."

So, satu solusi yang mudah

KEFAHAMAN = USAHA + DOA + SOLAT,
DOA + SOLAT = HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Moga kita semua diberi kekuatan dalam setiap cabang ilmu yang kita pelajari.

permulaan kembara untuk menjadi seorang Medical Doctor Islamic.
"menjadi insan DITARBIYYAH dan MENTARBIYYAH"

No comments:

Post a Comment