"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal." Surah at-Taubah 129
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah...bagaimana hijrah kita?
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T, rabbul Alamin raja sekalian raja.
Selawat serta salam rindu buat kekasih agung Muhammad Rasulullah S.A.W berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup kemanisan dan kerahmatan ISLAM. Salam sayang turut dititipkan kepada ahli bait baginda, sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan-ikhwan perjuangan baginda.
Hari ini tanggal 3 Muharram 1433 hijriah, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 'Kullu Sannah Wa Antum Toyyiban' buat semua sahabat pembaca sekalian.
Hijrah adalah satu peristiwa yang sangat penting didalam ISLAM. Hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W dari Makkah al-Mukarramah ke kota Yathrib setelah mendapat perintah serta izin dari Allah S.W.T. Hijrah adalah satu peristiwa dimana bermulanya sebuah perjuangan yang cukup hebat iaitu negara ISLAM Madinah al-Munawwarah. Disini bermulanya sebuah ketamadunan yang cukup hebat yang dirintis oleh seorang anak yatim.
Namun itu hijrah di zaman Rasulullah S.A.W yang mampu memberi satu transformasi didalam hidup manusia. Bagaimana hijrah tersebut mampu memberi yang cukup besar dalam ketamadunan dunia dari jahiliyyah kepada satu sistem yang cukup hebat dan lengkap serta sebati dengan fitrah manusia.
Hijrah kita?
Pernah kita terfikir bagaimana dunia hari ini telah kembali kepada jahiliyyah, malah mungkin lebih teruk dari jahiliyyah. Jika dizaman Nabi Musa A.S, anak lelaki menjadi mangsa dibunuh sewenang-wenangnya. Kemudian di zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan pula menjadi mangsa pembunuhan sewenang-wenangnya. Namun di zaman yang dikatakan bertamadun serta di era globalisasi ini, anak-anak dibunuh dan dibuang sewenang-wenangnya tanpa mengira jantina lelaki mahupun perempuan.
Nah, cuba kita bandingkan, siapa yang lebih hebat kejahilan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan zaman kini telah menjadi lebih jahil dari kejahilan di zaman jahiliyyah dahulu. Malah apa yang menyedihkan mereka yang ingin mengajak kepada kebaikan turut diperlekeh serta ditahan. Wanita-wanita yang berjubah serta bertudung labuh mengikut sunnah sahabiah serta umahatul mukminin diperlekeh. Malah yang lebih sadia mereka yang berkopiah dan bertudung labuh ini sering menjadi mangsa dianak tirikan dalam apa-apa sahaja proses. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya ISLAM itu bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang dan berbahagialah mereka yang bersama dengan ISLAM pada waktu dagang"
hadis riwayat Muslim
Justeru sahabat sekalian sekalian,.
"Kita bukan pemula dan pengakhir perjuangan ISLAM tetapi kita mata rantai kepada perjuangan ISLAM..." itulah kata-kata seorang mujaddid ISLAM Syeikh Imam Hassan al-Banna. Kitalah yang perlu memulakan hijrah bermula dengan diri kita sendiri, kemudian ahli bait kita, masyarakat kita, negara kita sehingga terbentuk sebuah pemerintahan ISLAM.
Sahabat sekalian, kitalah yang perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita perlu berhijrah menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini. Kitalah yang perlu menjadi orang yang membuka lembaran baru untuk melihat ketamadunan ISLAM kembali tertegak. Kitalah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan ISLAM.
Sahabat dan sahabiyah,.
Kitalah yang akan menjadi pencorak dunia ISLAM. Kitalah yang akan membawa ISLAM itu berdiri paling tinggi di dunia ini. Bangkitlah pemuda ISLAM, berdirilah bersama-sama kami wahai puteri-puteri ISLAM dalam memperjuangkan ISLAM. Ayuh sahabat dan sahabiah sekalian. Moga kitalah golongan fityan yang disebut dalam Surah al-Kahfi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment