Friday, June 1, 2012

aku merindui FITYAH itu....

Generasi terbaru lepasan Pensijilan DQ-UIAM (2011/2012)


Masih terbayang di fikiran ini satu suasana,
suasana yang cukup indah,cantik serta mendamaikan,
suasana yang mengumpulkan fityah yang mendambakan cinta-Nya,
FITYAH yang mendapat redha-Nya.

Aku masih ingat ketika mana fityah-fityah ini dipertemukan,
di satu dewan fityah-fityah ini dikumpulkan,
ditanam didalam hati mereka satu semangat untuk memikul beban ini,
diajar bahawa mereka adalah insan yang terpilih,
di'tarbiyyah' oleh murabbi yang ikhlas dalam membentuk generasi ini,
FITYAH itu mula mencintai antara satu sama lain.

Aku masih ingat akan FITYAH itu,
fityah-fityah ini terus mencari akan mafatih mahabbah,
mereka dipaksa dengan disiplin yang cukup ketat,
mereka diajar untuk wala` akan RAIS dan RAISAH,
mereka terasa begitu menyayangi sahabat mereka,
mereka menitiskan air mata untuk sahabiyyah mereka,
mereka bersama-sama sahabat untuk didenda,
mereka tidak berpecah walau diri terpaksa menanggung beban berat,
mereka FITYAH yang mula mencintai antara satu sama lain.

Aku masih ingat akan FITYAH itu,
mereka mula dibenar berada diatas jalan ini,
mereka mula menghafal ayat-ayat cinta,
ada antara mereka yang cukup laju,
ada antara mereka yang biasa-biasa,
malah ada antara mereka yang agak tertinggal,
namun mereka saling lengkap-melengkapi,
mereka saling memberi semangat,
mereka bersama dalam berjaga malam,
mereka bersama dalam beriktikaf di masjid,
mereka akan saling ber'sms'
"Sahabatku terus berusaha, kami sentiasa dibelakang dirimu"
mereka tidak meninggalkan sahabat mereka.

Aku masih ingat akan FITYAH itu,
FITYAH itu mula belajar berORGANISASI,
mereka mula mengenali insan berlainan keadaannya,
mereka mula belajar menyusun gerak kerja,
mereka mula tahu bagaimana ingin memimpin organisasi,
mereka mula menghormati antara satu sama lain,
mereka mula belajar ikhlas dalam beramal,
mereka mula bagaimana memahami insan berlainan keadaannya,
mereka mula belajar merendah ego namun berprinsip dalam amal islami,
mereka tidak kisah andai diri mereka terbeban,
mereka tidak kisah mengeluarkan wang serta tenaga,
mereka tidak kisah untuk segala-galanya.

Aku masih terbayang akan FITYAH-FITYAH itu,
mereka bersyukur atas kebahagiaan sahabat mereka,
mereka berduka atas kedukaan sahabiyyah mereka,
mereka lantas memenuhi saf bila dipinta memohon kepada-NYA untuk sahabat mereka,
mereka tersenyum manis bila sahabiyyah bergembira,'
mereka merasai kemanisan bila sahabat merasai kemanisan tarbiyyah.

24 Mei 2011,
satu tarikh yang tidak diduga,
FITYAH itu mula bertebaran di alam realiti,
FITYAH itu mula berlegar di dunia sebenar,
FITYAH itu mula berpisah jasad,
namun HATI mereka tetap bertaut,
mereka tetap meyayangi antara satu sama lain,
mereka tetap mencintai antara satu sama lain,
mereka tetap berUKHUWWAH FILLAH,

mereka insan-insan istimewa,
mereka FITYAH-FITYAH yang memperjuang agama tercinta.

~khas buat sahabat-sahabiyyah IQRaC 11/12 tercinta
~credit to :
-Akh Muadz Azmi (mantan ahli bilik A22)
-Akh Hafizuddin Bahrain mantan ahli bilik A76)
-Akh Aizuddin Razak (mantan rakan sebelah dalam halaqah)
-Akh Iqbal Ibrahim (pengkritik utama)
-Akh Najmi Mat Piah (pengkritik utama)
-Akh Husny Fahmy (pengkritik utama)
-Akh Rasyid Ismail (pengkritik utama & rakan paling banyak outing bersama)
-Akh Amir Afifi (usrah Janissari)
-Akh Firdaus Abdullah (usrah Janissari)
-Akh Zaki Rahman (usrah Janissari)
-Akh Fikri Zainol (mantan Ketua aku)
-Akh Fattah Ghafar (pengkritik utama & SU Rabithah XII GEN)
-Akh Mohsein Ghazali (Ketua Unit Fotografi Rabithah XII GEN)
-Akh Ridzuanshah (Ketua Unit Data Rabithah XII GEN)
-Akh Adli Fauzi (Ketua Unit Grafik Rabithah XII GEN)
-Akh Hakim Ridzuan (rakan pasar malam)
-Ukht Nurul Baini (Timb Setiausaha Biro Penerbitan dan Informasi IQRaC 11/12)
-Ukht Rushdina (TK Unit Teknikal Ukhuwwah Day 11 & TSU Rabithah XII GEN)
-Ukht Saffana (TK Unit Teknikal Ulul Albab 12 & TK Editor II Rabithah XII GEN)
-Ukht Sarah (Timb Bendahari Rabithah XII GEN)
-Ukht Hanisah (TK Unit Grafik Rabithah XII GEN)
-Ukht Syarifah (TK Unit Fotografi Rabithah XII GEN)
-Ukht Amirah (TK Unit Data Rabithah XII GEN)
-Ukht Aida Nadya (TK Unit Sponsor XII GEN)
semua editorial Rabitah XII GEN dan yang pernah bergerak kerja dengan ana....

ikhlas dari sahabat kalian,
mantan Setiausaha Biro Penerbitan dan- Informasi IQRaC 11/12
mantan Ketua Unit Teknikal Ukhuwwah Day IQRaC 11/12
mantan Ketua Unit Teknikal Ulul Albab SMKA Maahad Hamidiah 2012
mantan Timbalan Ketua Editor I Rabithah XII GEN.

No comments:

Post a Comment