ukhuwwah fillah till jannah |
Group 6 Megusta, Pre-Medic, Medic Mesir 2012 |
Ana bukan ingin menulis tentang Ramadhan. Ana juga bukan ingin menyambung post yang dah seminggu tertangguh publish nya. Ana hanya ingin menulis sedikit rasa hati, perasaan dan apa yang terlintas di fikiran ana tentang satu kumpulan manusia yang cukup istimewa di Pre-Medic 2012, iaitu Group 6 Megusta. Alhamdulillah, ana telah dipertemukan dengan manusia yang berbagai ragam. Ada yang senyap, ada yang giler2, ada yang baik dan ada yang agak nakal. Ada dikalangan mereka yang ok dengan berlainan jantina dan ada yang agak pemalu dengan berlainan jantina. Boleh dikatakan inilah group yang semua jenis manusia ada..
Allah berfirman,
[ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).] Surah Al-Hujurat: ayat 13
Sahabat dan sahabiyyah yang disayangi,
Sebagaimana perjanjian antara ana dengan ahli Group 6 Pre-Medic untuk menitipkan sedikit karya buat semua sahabat dan sahabiyyah Group 6 Megusta. Sebelum tue ana nak mintak maaf dengan semua sahabat dan sahabiyyah Group 6 Megusta, terutama Adibah seorang penolong yang sentiasa taat akan perintah dan tak banyak soal bila diminta tolong. Asif awi awi awi dan syukran awi awi awi ya Adibah dan sume sahabat dan sahabiyyah Group 6 Megusta.
Special to all boys, Ruzaini, Hilman, Fahmi, Usamah, Luqman, Dash, Mujaddid, Amin, Tengku Afiq, Jazlee, Azim Ga`an, Azim Baru, Alibuni and Rahman.
Also dedicated to all girls, Adibah (my asistant), Hidayah, Nurul, Khalidah, Akma, Hawa, Lutfiah, Athirah, Aimie, Syahmie, Sabrina, Aqilah, Syifaa`, Syahindah, Nur Izzati, Ermin, Alya Zuhaira, Qisteena, Suhaila (Kak Su) dan Farah Hafizah (Kak Farah @ sahabiyyah DQ).
Wahishtini awi3 ya ashabi...
Muhammad Marwan Fathy bin Mohd Ariff
Ketua Group 6 Megusta,
Pre-Medic, Medic Mesir 2012
Ukhuwwah Fillah Till Jannah
Sahabat,
Semalam terasa baru bermula perkenalan kita,
Semalam terasa baru aku melangkah di pengembaraan ini,
Semalam baru aku rasa kita mula berada di atas jalan ini,
Semalam juga aku rasa kita semua baru bersua muka dan mengikat janji
Sahabat,
Atas janji ini kita bertemu,
Atas janji ini kita mula mengenali satu sama lain,
Atas janji ini juga kita mula mengorak langkah,
Mengorak langkah dalam mengejar satu impian suci,
Mengorak langkah dalam merealisasikan hasrat murni,
Mengorak langkah untuk mencapai cita-cita,
Cita-cita menjadi seorang Doktor yang Bertaqwa.
Sahabat,
Disangka kita akan sentiasa bersama dalam perjuangan ini,
Disangka kita akan terus merasai kemanisan ukhuwwah itu,
Disangka kita akan terus bergelak ketawa serta menangis duka bersama-sama,
Namun kini kita akan berpisah meneruskan perjuangan masing-masing,
Walau jasad kita berpisah, hati kita tetap bertaut Ukhuwwah Filah till Jannah.
Sahabat,
tidak ada harta yang mampu aku berikan buat kalian,
tidak ada pangkat untuk aku berikan buat kebanggaan kalian,
tiada apa yang mampu aku berikan buat kalian.
Namun sahabat,
tetap ingin aku berikan sesuatu buat kalian,
sebagai bekalan buat sahabat tercinta,
sebagai kekuatan buat sahabiyyah tercinta.
Sahabat,
jadilah seorang insan yang mampu berdiri dengan kaki sendiri,
jadilah insan yang mampu memimpin orang lain,
jagalah akhlakmu, jagalah tingkah laku,
lagaklah sebagai seorang lelaki yang bergelar khalifah,
carilah Allah andai kalian lemah,
carilah kekuatan melalui al-Quran,
jadilah seorang yang kuat atas nama ISLAM.
Sahabiyyah,
jadilah insan yang sentiasa menjaga kehormatan diri kalian,
jadilah seorang insan yang mahal maruahnya,
jadilah seorang insan yang kuat dalam menjaga prinsipnya,
jadilah persis Saiditina Aisyah yang mahir dalam agama-Nya,
jadilah persis pemegang dua tali pinggang yang berani tika menghantar makanan buat santapan Rasul
carilah Allah sebagai cinta kalian,
letakkan kami lelaki di tempat kedua selepas Allah,
jadilah seorang serikandi yang Superserikandi.
Sahabat sahabiyyah,
kalian adalah insan istimewa,
kalian adalah insan yang akan mengangkat keizahan ISLAM,
kalian bakal pejuang-pejuang agama,
jadilah kalian seorang Doktor yang Bertaqwa,
berjalanlah kalian sebagai seorang Khalifah,
tunduklah kalian bagaikan seorang Hamba.
Ukhuwwah Fillah Till Jannah,,,in sha Allah..
boys group 6 with Ustaz Najeeb |
girls group 6 with ustaz Najeeb |
Jika tidak bertemu di Dunia, kita bertemu di Akhirat. Insya Allah
ReplyDeleteUkhuwah Fillah abadan..
sahabatmu,
Muaz Faris
in sha Allah,.muaz ukhuwwah fillah till jannah..
ReplyDelete