Monday, July 15, 2013

Catatan seorang kuli

MEGans lepas exam 

Masih terngiang-ngiang saat pertama kali insan-insan itu bertemu, tatkala itu semua masing-masing tidak mahu melepaskan tangan umi ayah. Tatkala itu juga antara insan itutidak menegur. Insan-insan itu masih segan, segan atau malu sebenarnya.

Tatkala insan-insan itu masih segan, mereka telah dikumpulkan di sebuah tempat yang diberi nama "QIS". mereka semua ternanti-nanti, mengapa dikumpulkan. hadir seorang senior melantik seorang kuli dan timb kuli bagi insan-insan itu. insan-insan itu mula belajar sesuatu yang baru,
tatkala mereka tekun menelaah ilmu tibb basyari, mereka juga belajar mengenali nilai pada basyari itu. insan itu cuba menyemat hati kata2 senior itu "korang kat sini 6 tahun setengah, banyak benda korang kena belajar, belajar apa itu ukhuwah?"

Saat itu, insan-insan ini tidak lagi menoleh ke belakang, mereka sama-sama bergerak mencari hikmah pertemuan. mereka mencari apa itu ukhuwwah. mereka mula menjejak kaki teratak tempat tinggal antara mereka. mereka mula memasak antara mereka. tidur secara berjemaah. sama2 sambut birthday. mereka sama2 bermusafir. semua yang mereka lakukan bersama-sama sehingga merasakan antara mereka itu satu keluarga.

tatkala mereka semua mula mengenali antara mereka, timbalan kuli mereka pula berundur. tatkala itu, timbul persoalan mengapa itu terjadi. adakah apa yang sedang mereka bina ini akan runtuh. namun semua itu ditolak ketepi kerna insan-insan itu faham, ukhuwwah itu bukan dibentuk oleh kuli dan timb. kuli mereka sahaja. mereka sbemua juga tidak endah sangat kerna ada imtihan yang perlu mereka fokuskan.

selepas imtihan, tanggal 22 Januari 2013, seorang timb kuli baru telah dilantik. timbalan kuli nie seorang yang sangat hebat yang mampu bawa insan-insan ini. timb kuli ini bagaikan seorang cici buat insan-insan ini.

hari berlalu hari, banyak yang insan-insan ini belajar, dengan kerenah ammu yang taknak bagi buku tibb basyari, kerenah sesama insan-insan itu, atau masalah disebabkan diri sendiri or insan-insan itu or persekitaran insan-insan itu.

kini, dah hampir setahun insan-insan ini mematri ukhuwwah. Satu simpulan cantik mula kelihatan setelah benang-benang ukhuwah itu ditenun bersama.

Terima kasih insan-insan itu yang mengajar kuli ini erti ukhuwwah.
Terima kasih insan-insan itu yang sudi bersama kuli selama setahun..

SALAM UKHUWAH FILLAH..
0753 | ABU DHABI |15 JULAI 2013 @ 6 RAMADHAN 1434

~kuli kebosanan kerna transit lama ditambah delay~

pandangan dari atas