Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah...bagaimana hijrah kita?


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T, rabbul Alamin raja sekalian raja.

Selawat serta salam rindu buat kekasih agung Muhammad Rasulullah S.A.W berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup kemanisan dan kerahmatan ISLAM. Salam sayang turut dititipkan kepada ahli bait baginda, sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan-ikhwan perjuangan baginda.

Hari ini tanggal 3 Muharram 1433 hijriah, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 'Kullu Sannah Wa Antum Toyyiban' buat semua sahabat pembaca sekalian.

Hijrah adalah satu peristiwa yang sangat penting didalam ISLAM. Hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W dari Makkah al-Mukarramah ke kota Yathrib setelah mendapat perintah serta izin dari Allah S.W.T. Hijrah adalah satu peristiwa dimana bermulanya sebuah perjuangan yang cukup hebat iaitu negara ISLAM Madinah al-Munawwarah. Disini bermulanya sebuah ketamadunan yang cukup hebat yang dirintis oleh seorang anak yatim.

Namun itu hijrah di zaman Rasulullah S.A.W yang mampu memberi satu transformasi didalam hidup manusia. Bagaimana hijrah tersebut mampu memberi yang cukup besar dalam ketamadunan dunia dari jahiliyyah kepada satu sistem yang cukup hebat dan lengkap serta sebati dengan fitrah manusia.

Hijrah kita?

Pernah kita terfikir bagaimana dunia hari ini telah kembali kepada jahiliyyah, malah mungkin lebih teruk dari jahiliyyah. Jika dizaman Nabi Musa A.S, anak lelaki menjadi mangsa dibunuh sewenang-wenangnya. Kemudian di zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan pula menjadi mangsa pembunuhan sewenang-wenangnya. Namun di zaman yang dikatakan bertamadun serta di era globalisasi ini, anak-anak dibunuh dan dibuang sewenang-wenangnya tanpa mengira jantina lelaki mahupun perempuan.

Nah, cuba kita bandingkan, siapa yang lebih hebat kejahilan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan zaman kini telah menjadi lebih jahil dari kejahilan di zaman jahiliyyah dahulu. Malah apa yang menyedihkan mereka yang ingin mengajak kepada kebaikan turut diperlekeh serta ditahan. Wanita-wanita yang berjubah serta bertudung labuh mengikut sunnah sahabiah serta umahatul mukminin diperlekeh. Malah yang lebih sadia mereka yang berkopiah dan bertudung labuh ini sering menjadi mangsa dianak tirikan dalam apa-apa sahaja proses. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya ISLAM itu bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang dan berbahagialah mereka yang bersama dengan ISLAM pada waktu dagang"
hadis riwayat Muslim

Justeru sahabat sekalian sekalian,.

"Kita bukan pemula dan pengakhir perjuangan ISLAM tetapi kita mata rantai kepada perjuangan ISLAM..." itulah kata-kata seorang mujaddid ISLAM Syeikh Imam Hassan al-Banna. Kitalah yang perlu memulakan hijrah bermula dengan diri kita sendiri, kemudian ahli bait kita, masyarakat kita, negara kita sehingga terbentuk sebuah pemerintahan ISLAM.

Sahabat sekalian, kitalah yang perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita perlu berhijrah menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini. Kitalah yang perlu menjadi orang yang membuka lembaran baru untuk melihat ketamadunan ISLAM kembali tertegak. Kitalah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan ISLAM.

Sahabat dan sahabiyah,.

Kitalah yang akan menjadi pencorak dunia ISLAM. Kitalah yang akan membawa ISLAM itu berdiri paling tinggi di dunia ini. Bangkitlah pemuda ISLAM, berdirilah bersama-sama kami wahai puteri-puteri ISLAM dalam memperjuangkan ISLAM. Ayuh sahabat dan sahabiah sekalian. Moga kitalah golongan fityan yang disebut dalam Surah al-Kahfi.


Friday, November 25, 2011

Negeri Kelantan Serambi Mekah

Bismillahirrahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada “Malikinnaas” Allah S.W.T. Selawat dan salam rindu buat junjungan Muhammad Rasulullah S.A.W, ahli bait baginda, sahabat-sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan, pejuang dan pendokong perjuangan suci murni ini iaitu ISLAM.

Setelah agak penat kembara semalam bersama sahabat dari Perak iaitu Akh Hakim (DQ) dan Akh Syuaib (MTS TM),.alhamdulillah pagi ini Allah S.W.T mampu memberikan sedikit kekuatan untuk ana menitip sedikit perkongsian yang mungkin bermanfaat atau tidak buat kita semua. Moga-moga sedikit tinta ini mampu menjadi penguat untuk ana mencapai matlamat akhir kembara hidup kita iaitu Syurga Firdaus,.insyaAllah.

Posting blog ini sebenarnya dah lama ana pendam dalam kepala ana, dan hanya menunggu masa untuk meletus. Alhamdulillah, dalam minggu lepas seorang sahabat ana telah menambat sedikit bahan api untuk ana melancar apa yang ada di kepala otak ana ini kepada tulisan. Sahabat ana di DQ dari Perak (bukan Hakim) bertanya tentang keadaan serta senario di negeri Kelantan. Beliau bertanya tentang isu-isu yang melanda negeri Serambi Mejah tersayang ini. Ana tidak sempat untuk menjawab pertanyaan beliau dan ana berharap agar titipan ini mampu member gambaran kepadanya tentang negeri Kelantan.

Benarlah kata-kata yang sering ana dengar dari Induksi Nuqaba`(MTS TM), Mafatih Mahabbah (DQ), naqib Usrah Janissari (Abg Awie dan Abg Wafi) serta abang2 dan kakak2 yang terlebih dahulu berada diatas jalan ini iaitu “Andai kata satu perjuangan itu tidak ada mehnah serta tribulasi, maknanya mungkin ada sesuatu kesilapan dalam organisasi tersebut”. Ana cuba renung kembali kata-kata ini dengan keadaan atau isu yang cukup panas di bumi Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Jika dilihat sokmo benar negeri Kelantan dibedil dan dilanyak dengan isu-isu yang cukup panas. Mungkin disebabkan perjuangan perjuangan yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz ini benar, maka selalu sahaja negeri Kelantan ini terpaksa menghadapi mehnah dan tribulasi yang sengaja dicipta oleh mereka yang dengki dengan perjuangan ISLAM.

Jika dilihat ketika di awal pemerintahan Membangun Bersama Islam, kerajaan pimpinan TGNA dikatakan tidak akan bertahan lama, namun realitinya sehingga kini pemerintahan ISLAM masih mendapat tempat di hati semua rakyat Kelantan, Melayu, Cina, India serta Siam. Mungkin pada waktu ini diri ana sebelum lahir dan belum bersedia memahami apa yang terjadi kepada kerajaan negeri ana, namun semua ini diceritakan dari satu generasi ke satu generasi agar kekal di ingatan rakyat Kelantan terhadap apa yang pernah dilakukan keatas kerajaan ISLAM pilihan rakyat Kelantan. Inilah yang ana rasa cukup bertuah di Kelantan gandingan “oghe lamo dan anok mudo” terjalin erat.

Kemudian jika dilihat isu-isu yang terkini, bermula dengan penafian royalti minyak kepada negeri Kelantan dan terkini isu air bersih. Ana bukanlah ingin berbicara tentang scenario politik kini, namun ana hanya ingin berkongsi agar kita semua tahu betapa telah lama rakyat Kelantan diburuk-burukkan. Mungkin ada yang mengatakan belum tiba masa untuk ana berbicara tentang ini, namun ana hanya ingin mengatakan sesuatu yang benar “berkatalah benar walaupun ia pahit”. Jika dilihat akhbar semasa kini yang lebih banyak mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan sesetengah pihak.

Inilah realiti yang terpaksa rakyat Kelantan, negeri kami dihina, negeri kami direndah-rendahkan serta dihentam. Namun satu senario yang cukup hebat telah berlaku iaitu semakin kuat negeri kami direndahkan serta dihentam, semakin kuat kami menyayangi negeri kami serta semakin sayang akan kerajaan ISLAM TGNA. Moga kerajaan ISLAM di Kelantan terus utuh serta kekal dan menjadi pemangkin untuk kerajaan ISLAM di Malaysia. InsyaAllah.

‘Allahu Akbar’

‘Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung’

Thursday, November 24, 2011

SPM 2011,.keberkatan,.?

khas buat adikku Saiful Adli,

adik-adik Banin F5 MTS,.
Muqri, Faiz Rosman, Azim, Azim Saha,
Muhaimin, Safwan (serta yang laen n sori ramai sangat),.

dan adik-adik Banat F5 MTS,.
Nur Fatimatuz Zahrah, Nur Wasitah, Adilah Nasir,
Fatimah Ghani Basri, Huda Badrul Hisham (serta yang laen n x kenal)

Bismillahirrahmanirrahim,.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang memberi sedikit kekuatan untuk aku menulis sedikit post di Kembara Seorang Khalifah. Setelah seminggu bercuti dari Darul Quran, hari ini baru timbul sedikit 'mood' untuk menulis di blog.

Walaupun agak terlewat untuk post ucapan Selamat Menempuh Peperiksaan buat adinda-adinda F.5 Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan. Ana sentiasa mendoakan kalian banin dan banat agar memperoleh keputusan yang terbaik buat diri kalian. InsyaAllah moga-moga kejayaan yang bakal adik-adik peroleh akan menaikkan lagi syiar ISLAM di muka bumi ini dan cita-cita kita untuk melihat khilafah berpaksi di muka bumi ini berjaya.

Adik-adik sekalian,

Mungkin tinggal lebih kurang 2 minggu lagi entum bergelar 'budok MTS' dan dengan masa berbaki inilah bagi ana cukup-cukup bernilai kerana fatrah imtihan SPM inilah yang cukup-cukup nostalgia bagi ana. Waktu-waktu kecederaan inilah entum semua ingin mencari mutiara-mutiara yang belum lagi dapat dicungkil atau dalam koleksi kalian.

Cukup penting untuk seseorang pelajar untuk mendapat KEBERKATAN dari guru. Jika kita lihat pada sirah, ramai dikalangan ilmuwan-ilmuwan ISLAM, ulama`-ulama` ISLAM yang cukup menjaga keberkatan dengan guru-guru mereka. Mereka cukup menjaga adab-adab dengan guru-guru mereka. Malah ada diantara tidak akan meluncurkan kaki mereka kearah rumah guru mereka.

Adik-adik yang cukup disayangi,.

Renungilah, muhasabahlah serta fikir dengan zikir bagaimana hubungan dengan guru-guru kita. Apa yang penting, di waktu-waktu akhir kalian inilah mintalah kemaafan dengan guru-guru walaupun kita merasakan kita tidak ada 'khilaf' dengan guru tersebut. Pintalah keberkatan serta halal diatas ilmu yang kita pelajari. Ingat adik-adik, satu equation yang cukup penting dalam kehidupan kita sebagai pelajar iaitu ILMU+KEBERKATAN=KEJAYAAN,.

Semoga KEJAYAAN milik kalian,.dan KEBERKATAN dalam kehidupan...

ILMU+KEBERKATAN=KEJAYAAN,.

Monday, November 7, 2011

Salam Aidil Adha





Dalam ke`izzahan gema takbir dilaungkan, Dustur hidup fatamorgana kita jangan dilupakan,
Nabi Ibrahim sanggup korbankan nyawa insan kesayangan,
Takkan kita tak sanggup nak tadhiyyah masa kita di atas jalan ISLAM.

Jika kita seorang suami hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim,
Jika kita seorang isteri hayatilah pengorbanan Siti Hajar,
Jika kita tidak antara keduanya, hayatilah pengorbanan Nabi Ismail,
kerna pasti kita seorang ANAK.

Salam Aidiladha buat seluruh umat ISLAM di dunia amnya serta yang mengenali diri ini khususnya.

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan dua nikmat yang agung iaitu IMAN dan ISLAM serta nikmat yang tidak terhitung banyaknya kerna ALLAH ada berfirman didalam Al-Quran iaitu "Jika dihitung nikmat Allah maka tidak terhitung"

Selawat serta salam ke atas kekasih agung Muhammad S.A.W serta ahli bait, sahabat generasi Al-Quran yang unik serta semua pendokong serta penyokong ISLAM.

Semalam Aidil Adha menjelma kembali, peristiwa yang diambil sempena kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim yang diperintah oleh ALLAH untuk menyembelih anak kesayangan baginda Nabi Allah Ismail. Ia juga dapat dilihat bagaimana Nabi Allah Ismail begitu ikhlas menerima perintah Allah. S.W.T. Ibrah yang cukup besar dapat kita ambil bagaimana seorang ayah yang begitu tabah serta cekal serta anak yang ikhlas serta taat dalam melaksanakan perintah Allah. S.W.T.

Tetapi satu yang cukup sedih fonemena yang melanda negara kita kini, sang AYAH lebih mengasihani untuk mengejutkan sang ANAK untuk melaksanakan solat subuh. Bagaimana kita lihat AYAH kini hanya melihat sahaja ANAK memakai pakaian yang tidak menutup aurat, melanggar batas-batas pergaulan serta melakukan mungkar kepada ALLAH. S.W.T. Malah ada sesetengah AYAH menjadi contoh yang kurang baik untuk anak-anak.

Satu kerugian yang besar pada hari ini apabila ramai dikalangan kita sibuk untuk melakukan ibadah korban. Namun berapa ramai yang mengambil ibrah dari sejarah mengapa ibadah ini dituntut didalam ISLAM. Jom sama-sama kita muhasabah dan fikir dengan mata hati kita.