Thursday, December 31, 2009

DUIT....


SALAM UKHUWWAH FILLAH….



InsyaAllah hari ini, hari last ana kat rumah…petang nie dah kena pergi MTS. Beberapa jam lagi tahun 2009 M akan meninggalkan kita seperti mana tahun 1430 H meninggakan kita. Sahabat sekalian, jom sama-sama kita cuba telusuri dan muhasabah diri kita, apa yang dajh kita lakukan dalam 2009 dan 1430. Adaakah amalan kita sudah mengcukupi? Adakah kita sudah cukup DUIT untuk membeli TIKET ke syurga? Atau hidup kita hanya berlalu begitu sahaja seperti mana abu yang berterbangan di udara yang tidak member manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan yang paling penting ISLAM. Jom kita muhasabah diri kita sebelum kita dihisab.

pasukan favourite ibnu ariff...heheh


Sahabat sekalian, insyaAllah Liga Malaysia akan bermula tak lama lagikan. Ok, katakan sekarang kita berada perkarangan stadium untuk membeli tiket bagi menyaksikan pasukan favourite kita beraksi. Kemudian setelah letih beratur, tibalah giliran kita berada dihadapan kaunter untuk membeli tiket. Tapi bila kita buka dompet kita, kita tengok banyak lagi duit USD dari dari duit RM. Suka ana bertanya adakah dapat kita membeli tiket dan seterusnya menyaksikan pasukan bola sepak kita beraksi. Sudah tentu tidak, dan ana pasti tidak boleh. Sahabat sekalian, sekarang apa kita nak lakukan, kita nak sangat masuk kedalam stadium nak tengok perlawanan tersebut. Jadi mungkin kita akan meminjam duit kawan kita dahulu atau terus ke bank dan mengeluarkan duit RM. Jadi apabila duit kita sudah mengcukupi, maka kita tentu dapat membeli tiker tersebut.

Sahabat sekalian, tentu entum semua agak bingung dengan apa yang ana utarakan. Baik jom kita cuba ambil perspektif DUIT tadi kedalam perspektif kita sebagai khalifah ALLAH. Untuk memperoleh pahala dan dosa kita perlu beramal (buat sesuatu). Tetapi perlu diingat jika kita melakukan kebaikan baru diberi pahala dan jika kita melakukan kejahatan, dosalah yang menjadi milik kita. Ok, cuba kita bayangkan ketika semua dari zaman Nabi Adam a.s sehingga kita umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di Padang Mahsyar. Sampailah giliran kita di tempat membeli tiket (dihadapan ALLAH S.W.T), bila dihitung-hitung duit pahala yang kita ada tidak mengcukupi tetapi duit dosa yang lebih banyak. Adakah kita dibenarkan pasti tidak sama sekali. Kemudian kita pun pergi mencari alim ulama`, orang-orang berjurus (baik) untuk meminta pahala mereka. Namun apa yang menyedihkan, kita tak dapat pahala mereka, kerana pada waktu itu semua orang sedang bimbang adakah pahala mereka mengcukupi untuk masuk ke syurga walaupun mereka pak kiai, ulama`, hafiz quran, mahupun orang biasa.

Ingatlah sahabatku, pada waktu itu kita meminta sehingga air mata darah sekalipun pasti mereka ini tidak mampu untuk member kita duit pahala melainkan syafaat dari Rasulullah s.a.w. Justeru, sebagai azam baru kita dtahun baru, ana mengajak semua rakan-rakan pembaca serta diri ana yang lemah ini, untuk sama-sama kita meningkatkan amalan kita, dan sering memohon kepada Allah s.w.t agar diberi rahmatNya walaupun setitis untuk kita berada di stadium syurgaNya. InsyaAllah...

Tuesday, December 29, 2009

SAHABAT SEJATI


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”

(H.R al-Hakim)


SALAM UKHUWWAH FILLAH DAN SALAM MAHABBAH buat semua pembaca. ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya”

(H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab,

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Sahabat sekalian, hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak:

Dia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


Sahabat hipokrit:

Dia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu:

Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


Sahabat pemboros dan suka hiburan:

Dia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.


Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah:

Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Apabila Kau Ingin Berteman, Janganlah Kerana Kelebihannya, Kerana Mungkin Dengan Satu Kelemahan, Kau Mungkin Akan Menjauhinya.... Andai Kau Ingin Berteman, Janganlah Kerana Kebaikannya, Kerana Mungkin Dengan Satu Keburukan, Kau Akan Membencinya.... Andai Kau Inginkan Sahabat Yang Satu, Janganlah Kerana Ilmunya, Kerana Apabila Dia Buntu, Kau Mungkin Akan Memfitnahnya.... Andai Kau Inginkan Seorang Teman, Janganlah Kerana Sifat Cerianya, Kerana Andai Dia Tidak Pandai Menceriakan, Kau Mungkin Akan Menyalahkannya.... Andai Kau Ingin Bersahabat, Terimalah Dia Seadanya, Kerana Dia Seorang Sahabat, Yang Hanya Manusia Biasa.... Jangan Diharapkan Sempurna, Kerana Kau Juga Tidak Sempurna, Tiada Siapa Yang Sempurna... Tapi Bersahabatlah Kerana Allah..

Thursday, December 24, 2009

Manusia yang sering lupa....


Assalamualaikum...


Salam ukhuwwah fillah dan salam mahabbah buat rakan-rakan pembaca sekalian. Sahabat sekalian, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH, walaupun dah seminggu 1 Muharram 1431H dah berlalu. Pertamanya sebelum ana terus menekan keyboard untuk menafsir apa yang terkandung didalam memori yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t buat diri yang hina serta kekurangan. Sahabat sekalian kita sebagai manusia ataupun khalifah dimuka bumi ini, tidak dapat lari dari berbagai dugaan serta amanah dari Allah s.w.t. Ini adalah antara tujuan Allah mencipta satu makhluk yang sering lupa iaitu manusia.

Sahabat sekalian, kita semanusia sering alpa dan leka dalam meniti arus kehidupan. Kita sering menyangka kitalah manusia yang terbaik.Kita juga merasakan segala amalan kita telah cukup untuk melayakkan diri kita ke Syurga Allah yang abadi. Oleh sebab itu, kita melalui hari-hari yang berlalu dengan melakukan pelbagai maksiat. Tetapi kita tak pernah menyesali atau rasa bersalah kerana kita merasakan kita sentiasa benar dan setiap apa yang kita lakukan betul. Segala nasihat yang dicurah atau dititip kita buat 'deek je', kita tolak dan kita cemuh dengan jawapan 'aku tau apa aku buat' atau lebih lembut 'ana rasa ana betul'.

Kita semakin lama semakin kita ego, semakin lama semakin alpa, semakin hanyut ditelan fatamorgana, semakin tenggelam dibawa arus khayalan. Kita semakin lupa bahawa kita mempunyai tuan, Tuan yang suatu hari nanti akan menuntut hakNya.Sahabat sekalian, kita sebagai manusia umpama sebuah robot, robot yang dicipta oleh manusia untuk berbakti kepada tuannya, robot diamanahkan untuk taat kepada tuannya, robot diperintahkan untuk menurut arahan tuannya.

Lalu sahabat sekalian, mari kita berfikir sejenak dengan akal yang terbuka, hati yang telus suci, andai kata robot itu ingkar pada suruhan tuannya, andai robot itu berpaling dari tuannya, andai robot itu mula melupakan tuannya, andai robot itu merasakan dia lah yang berkuasa atas hidupnya bukan lagi tuannya, bukankah kita akan berkata kepada robot itu robot tak tahu bersyukur, memang robot tak mengenang budi, memang robot yang DERHAKA!!

Lalu bagaimana diri kita?Sedarkah antum semua, robot itu adalah ana, entum dan malah semua manusia. Bukankah kita ibarat robot itu? Bukankah diri kita umpama robot tak sedar diri itu? Bukankah diri kita umpama robot tak tahu bersyukur itu? Bukankah diri kita umpama robot tak mengenang budi itu? dan bukankah diri kita sebenarnya robot yang DERHAKA itu? Sahabat sekalian kitalah robot itu.

Ayuhlah manusia yang memegang tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi Allah s.w.t, sedarlah serta bangkitlah dari lena mu yang terlalu panjang mimpi indah mu. Sahabat anan yang disayangi kerana Allah s.w.t, marillah kita bersama-sama kembali ke dunia realiti. Jom kita
pulang ke alam nyata. K
erana ingatlah, saatnya akan tiba. Manusia akan dipersoal oleh tuannya akan pekerjaan mereka. Manusia akan dipertanggungjawabkan oleh tuannya dengan amanahnya. Manusia akan dihisab dengan segala amal mereka.

'dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu." Dia berfirman, "sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
(albaqarah : 30)

dan ingatlah juga saat Allah berfirman :

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"

Sudah jelas lagi nyata wahai manusia, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah di mika bumi ini. Kita adalah khalifah Allah s.w.t. Kita adalah hamba rabbul Alamin. Berlakulah selayaknya sebagaimana seorang hamba kepada tuannya. Ingatlah kita yang mencorak diri kita, sama ada ingi menjadi robot yang baik serta taat kepada tuannya atau robot yang jahat serta ingkar kepada tuannya. Semoga kita sebagai manusia yang sering alpa, lupa dan leka akan diampuni dosa oleh tuannya.

Insyaallah.
AMIN

Sunday, December 20, 2009

Lobak merah, telur dan serbuk kopi


Alhamdulillah...akhirnya dapat juga ana meluangkan masa untuk mengupdate blog ini. Kini tiba pula giliran abang-abang dan kakak-kakak ' Second Batch of MTS ' meninggalkan bumi huffaz Maahad Tahfiz Sains. Sedih rasanya, tapi nak buat macam mana sebab sudah menjadi lumrah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Buat abang-abang dan kakak-kakak teruskan berjuang di medan yang lebih mencabar dan doakananlah agar adik-adik di MTS berjaya seperti antum semua berjaya.

Banyak kenangan yang tak dapat ana lupakan sepanjang bersama belajar, makan dan minum bersama-sama abang ' Second Batch of MTS ' (abg eusoffe, abg hisye, abg imran ali, abg firdaus n others...sori tak sebut belako ramai sangat). Antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah ketika Mantan Ketua Umum MTS 2009, Abg Ahmad Hisyamuddin memberi amanat terakhir mewakili abang-abang dan kakak-kakak ' Second Batch of MTS ' ketika malam terakhir kita bersama (16 disember 2009) tentang carrot, telur dan kopi. Jom sama-sama kita hayati kata-kata Mantan Ketua Umum MTS2009.



Ada seorang ayah mempunyai tiga orang anak. Si ayah menyediakan sebekas air, sebatang lobak merah, sebutir telur dam sepaket kopi. Lalu dipanggil anak-anaknya. Pertamanya si ayah menjerang air tersebut sehingga mendidih. Lalu si ayah memasukkan lobak merah tersebut ke dalam air yang panas mendidih. Hasilnya lobak merah tadi menjadi lembut. Kemudian si ayah memasukkan telur kedalam air yang panas mendidih dan telur tersebut menjadi keras. Kemudian si ayah memasukkan serbuk kopi tadi kedalam air yang panas dan hasilnya iair tersebut menjadi warna hitam.


Lalu si ayah bertanya kepada anak-anaknya " wahai anak-anakku, apa yang kamu boleh simpulkan dari apa yang kamu lihat tadi" Lantas berbagai jawapan yang keluar seperti lobak merah itu sedap dimakan kerana lembut, telur tersebut sedap dimakan bersama nasi lemak dan air kopi tadi sedap di minum pada waktu malam. Si ayah hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut anak-anaknya. lantas si ayah berkata:


"wahai anak-anakku, air itu ibarat kehidupan kamu sebenar apabila keluar kelak. Anakku janganlah kamu menjadi lobak yang sebelum dimasukkan kedalam air panas ia keras tetapi setelah masuk kedalam air panas tersebut kamu menjadi lembut. Ia bekmakna sebelum kamu masuk ke dalam kehidupan realiti yang lebih hebat serta mencabar, kamu berprinsip, berhati waja dan kuat semangat. Namun apabila kamu masuk ke dalam kehidupan sebenar kamu menjadi dayus, lemah dan mudah menyerah kalah."


"Jangan juga kamu menjadi seperti telur. Sebelum dimasukkan kedalam air panas, ia cair tetapi apabila telur tersebut masuk kedalam air yang panas ia menjadi keras. Ia bermaksud sebelum kamu masuk kedalam kehidupan yang penuh pancaroba kamu seorang yang bersabar, mudah berbincang serta istiqamah dengan amalan harian kamu, tetapi apabila kamu masuk kedalam kehidupan sebenar kamu menjadi seorang yang baran, pemarah, memetingkan diri sendiri dan berhati keras serta mudah untuk meninggalkan suruhan ALLAH s.w.t."


"Dan jadilah kamu sepertimana serbuk kopi tadi. Yang mana sebelum masuk kedalam air panas ia berwarna hitam dan apabila dimasukkan kedalam air panas ia mewarnai air yang putih menjadi hitam. Ini bermaksud sebelum kamu masuk ke kehidupan sebenar kamu mencukupkan secukup-cukupnya ilmu di dadamu, kamu seorang yang istiqamah dalam ketaatan kepada ALLAH s.w.t dan apabila kamu masuk kedalam kehidupan sebenar bersama masyarakat yang penuh mehnahnya, kamu mampu istiqamah dengan amalanmu dan kamu mampu untuk mewarnai masyarakat kamu dengan cara kamu iaitu cara ISLAM."


Apa yang dapat kita simpulkan dari kisah diatas ialah kita hendaklah menjadi serbuk kopi yang mana kita mampu untuk mengubah masyarakat kepada ketaatan kepada ALLAH s.w.t dan mampu untuk membawa ISLAM yang kita ada kedalam masyrakat kita.


Semoga kita menjadi kopi yang pekat bukannya lobak merah yang lembut atau telus yang keras....

Monday, November 30, 2009

terus mara

Assalamualaikum...

nie mungkin posting last dari ana sebelum berangkat ke asrama...
buat para pembaca cuba renugi kata-kata Ibn Taimiyah, ilmuan reformis yang sentiasa berfikiran global

"WALAUPUN HANYA TERSISA SEBUTIR BATU , PERTAHANKAN ISLAM WALAU DICERCA, DAKAPILAH IA WALAU DISALIB..."


Ingatlah saudara-saudara seislamku yang disayangi kerana Allah, kita semua memegang satu AMANAH yang tidak dipikulkan keatas umat lain iaitu agama ISLAM. Oleh itu sedarlah kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memepertahankan Islam sebaik mungkin. Ingat ISLAM tidak pernah memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan ISLAM. Bersatulah kita semua untuk melihat ISLAM kembali MEMERINTAH bukan DIPERINTAH. "LAISAL ISLAM IILLA BILJAMAAH, LAISAL JAMAAH ILLA BILQIADAH, LAISAL QIADAH ILLA BITTOAH" iaitu TIADA ISLAM TANPA KESATUAN, TIADA KESATUAN TANPA KEPIMPINAN DAN TIADA KEPIMPINAN TANPA KETAATAN...

Amanah???

Assalamualaikum...

Saban masa apabila kita dipikulkan dengan amanah, kita sentiasa merintih mengapa aku yang dipikulkan? tak dek orang lain ke? si dia lagi terror dari aku, tapi kenapa aku? Begitulah antara rintihan yang sering ana dengari dari rakan-rakan seperjuangan dan yang selalu ana rintih apabila dipikulkan masalah. Alhamdulillah hampir 4 tahun di bumi huffaz kini ana mula mengerti mengapa kita diberikan amanah. Masih teringat di minda ana kata-kata senior ana yang cukup-cukup ana hormati (kekadang mcm abang sendiri) apabila ana tanyakan persoalan ini kepadanya "Abg Hamdi nape ana dipikulkan dengan amanah?"

Lantas dia bertanya "Sebelum ana jawab soalan enta, ana nak tanya enta, apa tujuan kita dihidupkan dan dimatikan?"

Ana diam seketika. Sejenak ana menjawab "Allah hidupkan kita kerana nak jadikan kita sebagai khalifah dimuka bumi dan Allah matikan kita untuk bertanya kepada kita apa yang dah kita lakukan selaku khalifahNya dan memberi balasan keatas ape yang kita lakukan..."

Lalu dia berkata " Benar, itu antara tujuan kita diciptakan... tapi sebenarnya kehidupan kematian diciptakan Allah, adalah untuk "liyabluwakum ayyukum ahsanu `amala" iaitu untuk menguji siapa diantara kamu yang terbaik amalannya..."

Ana terdiam seketika. Sesungguhnya ana masih kekurangan ilmu dan perlu belajar.

Abang Hamdi menyambung "Enta nampak tak ape kaitan dengan jawatan? Dalam satu ayat lagi Allah menyebut.."wanablukum bissyarri walkhairi fitnah" maksudnya dan kami(ALLAH) menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian"

Lantas, apa yang mampu ana simpulkan bahawa Allah mahu menguji kita dengan setiap amanah yang Dia pikulkan keatas kita selaku khalifahNya ialah siapa lebih baik amalan antara kita semua. Dan ingatlah setiap musibah dan kesenangan yang kita perolehi dalah untuk menguji kita. Teringat kata-kata timbalan ana semasa ana bekerja dalam organisasi "Enta siapa kita untuk menentukan kita layak ke tak untuk memegangsatu-satu jawatan atau amanah...enta pernah dengar tak yang manusia hanyalah perantaraan untuk semua ini...yang melantik kita sebenarnya ALLAH, ustaz, ustazah ataupun pimpinan atasan hanya perantaraan...diorang lantik kita maknanya diorang letakkan kepercayaan kepada kita...pada pendapat ana ketidakpuasan hati orang dekat apa yang kita lakukan hanya akan meningkatkan prestasi kita...thinking positive"

Jadi sebagai konklusinya, kita sebagai khalifah Allah hendaklah memikul amanah yang Allah berikan sebaik mungkin dan Allah sesekali tidak akan menzalimi hambanya kerana "La yukallifullahu nafsan illa wus`aha" dan tidaklah Allah menguji seseorang kamu melainkan dengan kemampuaannya. Amanah merupakan sesuatau yang berat dan ingatlah Allah akan bertanya kepada gembala kepada setiap gembalaannya. Jadilkanlah amanah itu sebagai cara untuk Allah mengajar erti kehidupan seorang khalifah kepada kita... Terima kasih abg Hamdi dan timbalan ana diatas kunci yang entum berikan kepada ana untuk ana membuka pintu jawapan keatas persoalan ana selama ini.