Friday, June 1, 2012

Kita Huffaz Negarawan

outing last bersama sahabat IQRaC...lepak makan aiskrim jap,.huhu

"apa aku nak beli?", mungkin tue yang tengah acik fikirkan waktu last outing kat Giant Rawang

last dinner bersama-sama sahabat, semangat ketua halaqah Dekat di Hati makan


Kita,
Sama berjuang mengejar satu misi,
Sama berusaha merealisasi impian suci,
Sama mengikat janji untuk mengubah dunia,
Sama mematri matlamat menuju keredhaan-Nya.

Kita,
Bukan insan yang mengejar impian kosong,
Bukan insan yang inginkan populariti dunia,
Bukan insan alpa dengan kemewahan dunia,
Bukan insan yang tak cakna akan UMMAH.

Kita,
Dai`e yang menyeru ummah ke arah ISLAM yang agung,
Doktor yang merawat hati insan
Yang kian tepesong jauh dari agama tercinta,
Arkitek yang melakar sinar ISLAM
Yang mampu menyinari kehidupan ummah,
Jurutera yang membina satu ukhuwwah
Yang kukuh antara ummat ISLAM,
Saintis yang mengkaji keagungan ciptaan-Nya
Untuk dihayati ummah,
Juruterbang yang memandu manusia
Kembali ke jalan yang diredhai-Nya
Akauntan yang menyedarkan
Bahawa PAHALA Allah adalah segala-galanya
Pendidik yang membentuk acuan sempurna
Dalam sanubari anak didiknya,
Suami yang sedar serta tahu
Betapa besar peranan institusi keluarga,
Isteri yang tabah, sayang serta lembut
Dalam melentur peribadi pewaris perjuangan ISLAM.

Kita cukup berbeza,
Kita bukan insan biasa,
Kita seorang pembawa AMANAH,
Kita seorang HUFFAZ NEGARAWAN.

didekasikan khas buat semua sahabat sahabiyah IQRaC 11/12 tercinta.
Moga Ukhuwwah dan Ikatan Rabithah antara kita terus utuh.

RABITHAH XII GEN



No comments:

Post a Comment