Friday, December 17, 2010

Coretan Hati Seorang EXMTS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

dengan nama Allah yang maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG

Saat diri ini mula menekan 'keyboard' untuk meluahkan rasa hati, isi hati, dan segala perasaan yang terkandung didalam hati, kini aku bukan lagi bergelar seorang pelajar MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH, KELANTAN.

Kini baru aku mengerti bahawa beginilah perasaan yang dialami, dirasai dan terpaksa ditempuhi oleh setiap abang-abang dan kakak-kakak yang telah dahulu meninggalkan medan ini tetapi perjuangan ini. Kini aku hanya bergelar bekas pelajar MTS sahaja. Kalu dahulu aku kemana sahaja orang bertanya "Adik sekoloh mano?" dengan izzah serta rendah diri aku menjawab kembali "Sekoloh Maahad Tahfiz Sains"...


hari terakhir selepas SPM 2010

Tidak dapatku ertikan, ungkapkan serta lukiskan keindahan serta kemanisan ketika bergelar seorang pelajar MTS yang baru sahaja aku lepas gelaran tersebut pada 16 Disember 2010. Pelajar Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah kebanggaan kerajaan negeri Kelantan pimpinan seorang ulama'. Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah yang melahirkan permata serta mutiara yang akan mengangkat kembali Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun.


bersama guru penasihat Third Batch MTS, Tec Ima Hafiza

Cg,. Nik Maziah, guru penasihat Badan Maktabah(kiri) dan Tec Adilah

Sir Raja, Tec Fadzilah, Tec Salina dan Tec Azura

Ust Anuar guru BAT dan Guru Dakwah MTS 2010

2006, aku mula menceburi serta menjadi sebahagian dalam diri Maahad Tahfiz Sains. Namun mungkin Allah yang Maha Esa ingin memberikan aku peluang serta pengalaman yang lebih, lantas aku dihantar ke Maahad Tahfiz Nurul Hidayah, sebagai tempat pengajianku. Kemudian pada 2007, aku neneruskan kembara ke kampus induk Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan yang Adunnya merupakan Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa cakna akan keperluan dan kebajikan pelajar di sekolah anak emas kerajaan negeri.
Disini aku mula mengenali serta mengerti hidup seorang muslim. Disini aku diajar segala-galanya, tentang pelajaran dunia dan akhirat, penulisan serta kepimpinan. Disi aku mula mengenali gerak kerja dakwah dan tarbiah.

Dan apa yang aku rasa, pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan mungkin kekuatan setiap warden dan murabbi di Maahad Tahfiz Sains dalam mentarbiah diri kami selaku huffaz di Maahad Tahfiz Sains.


semasa menerima watikah perlantikan Exco Maktabah MPP 2010

Satu suasana yang aku rasa tidak ada di sekolah lain ialah seorang guru akademik boleh mengamalkan satu sunnah yang aku rasa tidak ada di sekolah lain iaitu guru akademik lelaki memakai jubah masuk mengajar didalam kelas. Apa yang lebih manis mereka ini boleh dianggap bagaikan seorang ustaz dan ustazah walaupun mereka merupakan guru akademik. Sentiasa menitip dibibir mereka nasihat serta mutiara sebakai bekalan buat kami selaku seorang huffaz.
Masih terngiang di minda aku kata-kata guru physicsku, "Sir kalau boleh tengok kamu semua dapat berbakti untuk ISLAM sudah cukup..." dan kata-kata guru chemistryku, "Bagi teacher, kamu semua dapat beramal dan faham semua ilmu yang teacher dah cukup...teacher dah cukup berbangga dapat mengajar orang menghafal al-Quran". Kata-kata yang aku rasa tidak dapat didengar di sekolah lain.


kelas terakhirku

Aku rasa bagaikan tidak kena jika tidak dititipkan kisah-kisah bersama warden MTS. Warden yang tidak pernah berfikir tentang elaun serta gajinya. Apa yang aku tahu elaun warden hanyalah RM250 sebulan. Cukup ke? Subhannallah nila RM250 digantikan dengan masa bersama keluarga dan hanya untuk menjaga kami para huffaz MTS yang penuh dengan kerenah serta perangai masing-masing. Setiap pagi, kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik serta suara warden yang lantang. Setiap lepas maghrib kami diberi tazkirah serta nasihat dari para warden sebagai bekalan kami diluar. Kekadang kami diberi peluang oleh warden untuk memberi tazkirah sebagai medan latihan untuk kami sebelum kami melangkah kedalam masyarakat. Sakit, demam dan luka kami, para warden jaga dan sanggup berhabis wang dan minyak kereta semata-mata untuk menghantar kami anak-anak didiknya ke hospital. Apabila kami ada masalah dan tekanan mereka hadir dengan senyuman manis menghiburkan kami.
Dan pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan ialah warden menangis mengenangkan akhlak serta perangai sesetengah huffaz yang agak nakal. Pernah satu malam, aku menghampiri bilik seorang warden, aku terdengar tangisan munajat kepada Allah memohon agar kami para huffaz MTS dapat berbakti dan memberi sumbangan kepada ISLAM. Subhanallah begitu tulus serta ikhlas para warden menggantikan tugas para ibu bapa huffaz MTS.

Kini 17 Disember 2010, aku bukan lagi huffaz MTS, aku rindu akan bi`ah solehah yang hadir di bumi Maahad Tahfiz Sains. Aku rindu akan ketukan pintu serta laungan warden mengingatkan kami kepada kewajipan seorang hamba kepada Rabbul Alamin. Aku rindu akan tazkirah para warden. Aku rindu akan suara-suara ustaz,ustazah,sir dan teacher yang sentiasa mencurahkan mutiara ilmu kepadaku. Aku rindukan suasana kelas al-Quran dan akademik di MTS. Aku rindukan suasana tarbiah dan al-Quran di MTS.

YA ALLAH, BERIKANLAH KEKUTAN KEPADA HAMBAMU INI UNTUK BERDIRI DENGAN AGAMA DAN AL-QURANMU, YA ALLAH SESUNGGUHNYA, HAMBAMU RINDUKAN KASIH SAYANGMU, RINDUKAN RASULMU, MUHAMMAD S.A.W DAN RINDUKAN AKAN SUASANA DI MAAHAD TAHFIZ SAINS. YA ALLAH, BERIKANLAH AGAR HATIKU SENTIASA TERIKAT DENGANMU, RASULMU, ISLAM DAN MAAHAD TAHFIZ SAINS...
YA ALLAH AKU RINDUKAN MAAHAD TAHFIZ SAINS....

2 comments:

  1. doakan agar kami di MTS sntiasa ditarbiah , spt tarbiah alumni trdahulu :)

    ReplyDelete
  2. in sha Allah adik IfahMie..moga kelangsungan tarbiyyah yang ada dapat diteruskan..antum semua beruntung berada didalam bi`ah al-Quran,.gunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan Allah untuk menjadi orang yang menjaga kalam-Nya

    ReplyDelete