Saturday, July 14, 2012

Pelajaran, hubungan dengan Allah.


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Peyayang

Assalamualaikum buat semua sahabat sahabiyah serta saudara seIslam yang cukup ana cintai kerna Allah.

Alhamdulillah seperti biasa kita sebagai insan yang hina perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang menghirup oksigen yang cukup berharga. Bersyukur juga kerana pada pagi ini kita masih dibangunkan oleh Allah dalam keimanan kepada-Nya. Beruntungnya kita...

Selawat dan salam diuntaikan buat Rasulullah, Muhammad S.A.W yang cukup banyak berkorban serta sangat mencintai ummat baginda, ahlul bait baginda, sahabat sahabiyyah yang sentiasa menyokong baginda serta semua pemikul amanah Allah iaitu para dai`e yang sentiasa meneruskan perjuangan baginda.

Setelah hampir sebulan lebih tidak ana menekan keyboard dengan kesibukan pelajaran dan beberapa masyaqqah yang sentiasa mencemburui masa, alhamdulillah pagi ini mampu ana coretkan sedikit post.

Sekadar berkongsi pengalaman ketika berada di Pre-Medic Medic Mesir 2012. Hari ini genap dua minggu ana bermusafir menuntut ilmu di bumi UPM, Serdang, Selangor. Sepanjang dua minggu ini berbagai-bagai dugaan yang hadir.

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,
sebab kamu yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman
(surah ali-Imran : 136)

Friday, June 1, 2012

aku merindui FITYAH itu....

Generasi terbaru lepasan Pensijilan DQ-UIAM (2011/2012)

Kita Huffaz Negarawan

outing last bersama sahabat IQRaC...lepak makan aiskrim jap,.huhu

"apa aku nak beli?", mungkin tue yang tengah acik fikirkan waktu last outing kat Giant Rawang

last dinner bersama-sama sahabat, semangat ketua halaqah Dekat di Hati makan

Sunday, March 4, 2012

Tarbiyyah...memang kena paksa ke?


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzati, tuhan sekalian alam serta kesemua zat-Nya yang agung. Jom sama-sama kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur kerana jika bersyukur itu pasti Allah akan menambah lagi nikmat ke atas kita, dan sekiranya kita kufur, ingatlah azab Allah itu sangat pedih.

Selawat serta salam kerinduan ditagih dari junjungan agung, Muhammad Rasulullah S.A.W, seorang insan yang menjadikan dirinya sebagai galang ganti untuk kesekalian ummatnya. “Ummati,Ummati,Ummati….” terasa begitu disayangi oleh baginda kerana di saat akhir kematian baginda, baginda masih sibuk memikirkan nasib ummatnya. Siapa ummatnya???? KITAlah ummat baginda. So sebagai tanda kasih sayang kita kepada baginda, jom sama-sama kita semakin mencintai baginda, sahabat jilul quran farikh yang mana insan mendapat tarbiyyah secara langsung dari baginda, serta seluruh ummat baginda sendiri(diri kita dan orang ISLAM lain).

“Kamu ummat ISLAM adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan dari sekalian manusia, sekiranya kamu menyuruh kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik”

Surah Ali Imran : 110

Pada posting kali ini, ana bukan hendak memberi tazkirah atau apa-apa yang berbentuk ilmiah, tatapi sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman mengadakan program berbentuk tarbiyyah dan ukhuwwah bersama sahabat serta sahabiyyah IQRaC 11/12 @ Program Pensijilan DQ-UIAM 11/12 untuk adik-adik F4 SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor. Atas semangat kita sebagai sebaik-baik ummat, maka kami pelajar IQRaC 11/12 mengadakan program ULUL ALBAB 2012 untuk permata-permata ISLAM dengan kerjasama Alumni SMKA Maahad Hamidiah bertemakan “Tunduk Sebagai Hamba, Berjalan Seperti Khalifah”. Program ini telah diadakan pada 2-4 Rabiul Akhir 1433 bersamaan 24-26 Februari 2012. Program ini telah mengajar banyak benda kepada diri ana khususnya serta semua KD program tentang perlunya satu gerak kerja yang teratur serta perlunya kesabaran dalam mentarbiyyah. Didalam program ini banyak input-input yang cukup berguna buat adik-adik untuk memahami pentingnya tarbiyyah kerana tarbiyyah itu ibarat nucleus didalam satu cell.

Mengapa tarbiyyah itu sangat penting bagaikan nucleus di dalam cell??? Ini kerana hanya mereka yang pernah ditarbiyyah akan melakukan satu perbuatan berlandaskan syara`. Tarbiyyah juga merupakan perkara ‘base’ didalam mana-mana gerakan haraki. Ini kerena tarbiyyah merupakan satu kompenan yang wajib dalam melengkapkan diri kita sebagai fardhul Muslim berdasarkan apa yang digariskan oleh as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna.

Bagaimana orang fobia dengan tarbiyyah itu sendiri masih bermain dalam benak ana. Tarbiyyah adalah satu proses pembelajaran. Dan melalui apa yang kita dapat hasil dari tarbiyyah itu akan menjadi ‘guide’ kepada diri kita untuk menjadi seorang Muslim yang bukan sekadar nama ISLAM di IC atau di bibir, tetapi ISLAM itu terletak di hati dan dipraktikkan dengan amal.

Berbicara tentang tarbiyyah?Adakah tarbiyyah itu bersifat memaksa. Ana sering mendengar keluhan junior sama ada di bumi MTS, di bumi barokah Darul Quran iaitu, “Abang adakah tarbiyyah itu bersifat memaksa”, “Mengapa perlu wajib hadir program tarbiyyah?”. Untuk merungkai persoalan tersebut, ana suka kita sama-sama mengimbau kembali zaman kita budak-budak dahulu iaitu di usia awal kehidupan kita. Cuba kita bayangkan jika umi ayah,papa mama,bapa mak kita tidak memaksa kita belajar meniarap, merangkak serta berjalan. Adakah kita akan merasa satu nikmat yang cukup besar oleh ALLAH iaitu meniarap, merangkak dan berjalan. Apa yang ana rasa, mungkin kita tidak akan merasai nikmat itu semua. Ya begitu juga dengan tarbiyyah, jika anda semua ingin merasai apa yang dirasai oleh mereka yang ditarbiyyah, maka paksalah diri kalian untuk ditarbiyyah seperti mana anda dipaksa untuk berjalan, meniarap dan merangkak. Jadi rasailah kemanisan tarbiyyah itu kerana itulah kemanisan yang akan membentuk dan menguatkan diri kita seperti mana ubat yang pahit tetapi memberi kita satu nikmat sihat.

Akhir kalam ana bukanlah selayaknya untuk berbicara tentang tarbiyyah kerana ana juga masih didalam proses untuk ditarbiyyah disamping mentarbiyyah. Jadi jika ada sebarang khilaf didalam penulisan ana diminta untuk diperbetulkan. Dikesempatan ini ana juga merakamkan jutaan tahniah dan syabas buat semua barisan coordinator program Ulul Albab SMKA Maahad Hamidiah 2012 diatas kejayaaan kita dalam merangkan gerak kerja tarbiyyah untuk bakal-bakal pemimpin ISLAM. Moga-moga usaha kita yang kecil ini diterima Allah, In sha Allah. Ana juga memohon jutaan kemaafan dari adik2, sahabat sahabiyyah KD dan fasi program dan Timb Ketua Unit Teknikal dan ICT terutamanya sekiranya ana ada khilaf sebelum,semasa dan selepas program dengan antum semua.

Sebagai konklusi, untuk mendapat sesuatu yang berharga itu, kita perlu ada sedikit tadhiyyah. Jika baginda Rasulullah sendiri sanggup untuk tadhiyyah kan seluruh jiwa raga baginda untuk ISLAM, mengapa tidak kita???Fikir-fikirkan

~menjadi Insan yang Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah~

Wednesday, February 1, 2012

Bagaimana permulaan stage seterusnya,...

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pertamanya jom sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T diatas limpah rahmat-Nya kita masih berada di atas cahaya iman dan Islam.

Selawat dan salam rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W, rasul tercinta yang lebih mencintai ummatnya berbanding dirinya sendiri, ahlul bait baginda, sahabat-sahabat, serta semua pendokong-pendokong perjuangan ISLAM.

Bersyukur buat kali kedua, selepas agak sibuk beberapa hari kebelakangan ini dengan komitmen persatuan dan pelajaran, dapat ana menitip sedikit kalam di blog yang lama dah terupdate. Hanya ingin menulis tentang sedikit pengalaman yang dikutip dari menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan anjuran syukbah syariah semester IRSYAD dengan kerjasama JAIS serta hasil diskusi dengan naqib dan ustaz-ustaz.

Walaupun agak malas nak menghadiri kursus tersebut pada awalnya, namun ana rasa cukup bersyukur kerana diberi Allah peluang lebih awal untuk mengenali apa itu sebenarnya Rumah Tangga ataupun lebih glamour Baitul Muslim.

Baitul Muslim iaitu tingkatan kedua selepas fardhul muslim dalam tingkatan yang diperkenalkan Al-Syahid Al-Imam Hassan al-Banna didalam mencapai khilafah Islamiah. Ini menunjukkan bahawa Baitul Muslim merupakan satu bahagian yang cukup penting dalam mencapai misi Khilafah Islamiah yang telah hilang.

Namun kalau kita renungi betul-betul, berapa ramai yang betul-betul faham akan apa yang dimaksudkan Baitul Muslim itu sendiri. Bagaimana kita lihat ramai dikalangan muda-mudi kita memulakan langkah awal dalam pembinaan Baitul Muslim dalam keadaan yang salah. Mereka lebih mengutamakan si gadis (atas kondisi ana sebagai lelaki) berbanding wali si gadis itu sendiri. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih mengutamakan si gadis berbanding Pencipta si gadis itu sendiri. Cuba kita fikirkan adakah bahagia jika kita memulakan langkah awal dengan keadaan sebegitu???

Sahabat-sahabiah yang disayangi,

Rasulullah pernah berpesan dalam ciri memilih calon isteri iaitu:
1) Cantik
2) Kekayaan
3) Keturunan
4) Agama

Walaupun Rasulullah menyebut agama itu yang terakhir, ia bukanlah bermakna CANTIK itu yang paling utama. Rasulullah ingin menyebut bahawa di sini ialah AGAMA adalah segala-galanya. Kalau ditanya kepada golongan yang tidak beragama (baca kurang kefahaman) pasti mereka juga ingin memilih golongan ustazah sebagai pasangan hidup mereka. Jika ditanya mengapa? Mereka akan menjawab kerana boleh bimbing mereka.

Bagaimana dengan golongan ustaz. Ana merasakan sebolehnya golongan ustaz ini juga golongan ini menjadi pendamping serta tulang belakang dalam menelusuri hidup berumah tangga. Jika ditanya mengapa? Ana merasakan jawapan yang akan keluar ialah agar si isteri memahami komitmen suami di atas jalan dakwah serta mampu mendidik anak-anak sebaiknya.

Nah, cuba lihat betapa beruntungnya jika menjadi orang yang baik agamanya. Inilah kehebatan hadis Rasulullah yang meletakkan agama yang paling utama dalam memilih calon pasangan hidup.

Oleh itu sama-sama kita berusaha untuk menjadi mereka yang baik agamanya. Dan ingatlah Firman Allah didalam Surah an-Nur:


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Itulah lumrah alam yang baik untuk baik dan yang buruk untuk buruk. Satu equation yang mudah, jadilah yang baik dan yang baik akan datang kepada kita In Sha Allah. Ana bukanlah orang yang arif untuk memperkatakan tentang hal ini, tetapi sekadar memberi pandangan. Oleh itu jika terdapat khilaf dalam memberi pandangan ana pohon ditunjuki kesalahan ana.