"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)." -Al-Anbiyaa` : 1
Alhamdulillah semalam, kami pelajar Mansoura University baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan praktikal Upper Limb. Fuh, agak cuak kerna pertama kali exam sejak bergelar pelajar perubatan.
Dan in sha ALLAH, kami akan menghadapi peperiksaan untuk Mid Year, iaitu exam written pertama kami dalam perjuangan menjadi seorang doktor pada minggu hadapan. Mungkin kalau ketika ini dihadapkan firah iaitu ayam bakar sekalipun, mungkin insan-insan ini akan buat tak tau kat firah tersebut.
Dahsyat penangan imtihan ini kan sahabat-sahabat. Tapi, dalam kesibukan kita dalam fatrah imtihan ini, mungkin kita terlupa. Kita memang sedang berada dalam imtihan.
'Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.' - Al-Hajj : 47
Sesetengah ulama' mena'wilkan bahawa sehari di dunia bersamaan dengan seribu tahun di akhirat berdasarkan ayat ini.
Mari kita buat sedikit kira-kira :
1 hari (dunia) = 1000 tahun (akhirat)
Purata tempoh hidup seorang manusia di dunia = 63 tahun
63 tahun (dunia) = approximately 1 jam 30 minit (akhirat)
Can you understand what does it mean? Biasanya di dunia, 1 jam 30 minit merupakan tempoh standard sesebuah peperiksaan(well, mostly). Dan bila kita guna AST (Akhirat Standard Time) untuk kira tempoh hidup kita di dunia, tempohnya hanyalah 1 jam 30 minit di akhirat! Bukankah 1 jam 30 minit itu standard duration for exams.
Konklusinya HIDUP ADALAH EXAM
Dalam sibuk struggle iadah, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang untuk memastikan kita mencapai gred 4 rata dalam exam akan datang, adakah kita peruntukkan effort yang sama untuk beribadah, beramal soleh, mengerjakan amal kebajikan untuk mencapai gred 4 rata di hadapan Allah nanti?
Allahu Allah.
Sekadar peringatan untuk kita semua. Exam ini (imtihan) tidak sama dengan exam itu (life on earth).
Exam ini dah ditentukan tempoh masa menjawab. Namun exam itu tidak. Bila-bila masa Allah boleh menyuruh kita 'meletakkan pen' dan 'berhenti menjawab' sedangkan ketika itu kita belum habis lagi 'fill in the blanks' dalam 'buku jawapan'. Dan ada sesetengah pula Allah beri 'masa kecemasan' supaya dia dapat 'mengcheck' kembali jawapan-jawapan yang telah ditulis samada bertepatan dengan kehendak 'skema jawapan' atau tidak. Tiada tempoh yang khusus.
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba. Mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"
-Al-A`raaf : 34
Alwajibat aksar minal awqat.
Kewajipan yang perlu kita tunaikan lebih banyak daripada masa yang ada. Apabila Allah telah mengingatkan kita tentang hakikat nyawa kita boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja di dalam Al-Quran, adakah sekarang kita masih berasa selesa apabila mempunyai masa lapang? Sedangkan masa yang Allah peruntukkan itu adalah untuk kita penuhi dengan membuat gerak kerja Islam? Untuk kita berusaha menjadi khalifah dan abid yang terbaik pada pandangan Allah? Namun apa yang telah kita buat dengan masa kita di dunia? Astaghfirullah. Kita kena sedar, dunia ini hanya medium untuk Allah uji sejauh mana ingatan kita kepada Dia dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
" Seorang lelaki bertanya kepada naqibnya, "Akhi, apa hobi seorang daie sebenarnya?" Naqibnya tersenyum, "Hobi itu perkara yang orang buat bila ada masa lapang kan?" Lelaki itu mengangguk. Naqibnya tersenyum lebih lebar, "Daie ada masa lapang ke?"
Next, exam ini kalau fail ada dur (exam ulangan). Exam itu takde dur. Untuk menghadapi exam ini, kita berusaha sungguh-sungguh untuk lulus sebab kita tak nak keputusan yang buruk itu menyebabkan kita diexpell keluar daripada kampus or universiti, sedangkan kalau kita gagal sekalipun, masih ada dur a.k.a peluang kedua untuk kita give our best. Tapi exam itu? Takde dur. Apa yang dicatat oleh Raqib & Atid, itulah satu-satunya 'buku jawapan' yang akan kita berikan kepada Allah. Kalau amalan jahat kita lebih banyak daripada amalan baik, maka itulah yang akan menentukan result kita. Takde peluang kedua.
'(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata. "Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.' - Al-Mu'minun : 99-100
Sekarang, yang mana lebih patut kita takuti? Dibuang kampus atau dicampakkan ke dalam neraka Allah yang apinya marak menyala? Seterusnya, kalau
kita mempunyai bekalan ilmu yang mantap untuk menghadapi exam ini, insyaAllah
kita boleh berjaya. Tapi untuk exam itu, ilmu tak menjamin apa-apa, yang
penting iman. Kalaulah exam ini kita dapat soalan bocor, revise lah
banyak-banyak, insyaAllah boleh succeed dalam imtihan nanti. Tapi untuk exam
itu, walaupun kita revise sebanyak mana sekalipun untuk jawab soalan di kubur
nanti, belum tentu lagi kita boleh jawab. Sebab iman dan amal kita yang akan
jawab ketika itu. Bukan mulut kita yang pandai merekacipta alasan ni mahupun
ilmu kita yang kononnya sangat tinggi berbanding orang lain tu. Bayangkan. Itu
dah dapat soalan bocor. Kalau takde soalan bocor?
'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.' - Al-Baqarah : 155
'Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik. - Ali Imran : 14
'Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.' - Al-Kahfi : 46
"Ujian Allah itu tailor-made. Ukurannya mungkin tak sama untuk semua orang tapi ukurannya akan sentiasa secocok dengan pemiliknya. Allah tak membebani hambaNya melainkan dengan apa yang mereka mampu."
Dalam kehidupan di dunia ni, kita diuji dengan bermacam-macam jenis ujian. Ujian yang mengajar kita bersabar dan juga ujian yang mengajak kita bersyukur. Kadangkala kita mengeluh bila diuji dengan musibah, tapi jarang sekali kita ingat bahawa musibah itu adalah satu wasilah untuk Allah mengingatkan kita kepada Dia. Allah rindu untuk mendengar rintihan dan lirihan hambaNya meminta pertolongan dan kekuatan daripadaNya. Tapi sayang, kita bukan merintih dan melirih, malah kita mempersalah dan mempersoal. Kita bersangka buruk dengan Allah apabila musibah menimpa kita. Hamba jenis apa kita ni sampaikan kita boleh mempersoal takdir yang Pencipta kita dah tetapkan untuk kita? Astaghfirullah.
Dan bila kita diuji dengan kesenangan, kita terlupa kepada Si pemberi kesenangan. Apakah semua ini? Adakah kita fikir jawapan atau reaksi sebegini akan membantu kita berjaya dalam exam itu?
Seram kan exam itu berbanding exam ini?
Tapi jangan risau, Allah itu maha Penyayang. Biasanya dalam exam, kadangkala jawapan kita tak menepati skema pun tapi kita boleh skor mumtaz. Sebab skor kita turut bergantung kepada budi bicara pemeriksa kertas. Begitu juga untuk exam itu. Allah takkan menzalimi hamba-hambaNya.
Allah tahu kita tak sempurna, Allah tahu kita makhluk yang lemah. Sebab itulah, Allah tak masukkan kita dalam syurga kerana banyaknya amalan kita. Tapi kita dapat masuk dalam syurga kerana rahmat dan kasih sayang Allah. Tahu kenapa? Sebab walaupun setiap saat dalam hidup kita peruntukkan untuk beribadah dan melakukan amal kebajikan, tetap amalan itu tak dapat menandingi besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Dan memandangkan manusia ni an-nisyan, memang agak mustahil la untuk kita melakukan amal kebaikan pada setiap detik tanpa ada sesaat pun tertinggal.
'(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap jiwa mendapatkan (balasan) atas kebajikan yang telah dikerjakan dihadapkan kepadanya, (begitu juga balasan) atas kejahatan yang telah dia kerjakan. Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan (hari) itu. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya. Allah Maha Mengasihani terhadap hamba-hambaNya.' - Ali Imran : 30
Kerana Allah kasihkan kita, kerana Allah kasihani kita, Allah mengingatkan kita tentang hari pembalasan yang tidak boleh tidak, pasti berlaku. Sebab Allah tahu manusia ini pelupa, Allah mengingatkan kita berkali-kali tentang hari qiamat dalam Al-Quran. Sebagai huffaz yang hari-harinya sentiasa dipenuhi dengan membaca Al-Quran, kita tak rasa ada 'something' yang terkesan di jiwa ke bila terbaca ayat-ayat yang berkaitan dengan hari pembalasan? .... Exam itu memang dahsyat. Sebab itu Allah selalu peringat.
Post ini dibuat sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan mereka yang lain supaya kita kembali jelas dengan kondisi kita yang sebenar. Kita bukan dalam 'fatrah exam', kita memang dalam 'exam' pun! Kita bukan sahaja nak berjaya dalam exam akademik di dunia, tapi kita juga nak berjaya dalam exam dunia di akhirat.
Exam ini mungkin merupakan satu wasilah untuk Allah mengingatkan kita tentang exam itu. Usaha kita yang tak berbelah bahagi untuk exam ini mungkin merupakan satu medium untuk Allah mengingatkan kita supaya turut berusaha bersungguh-sungguh untuk exam itu.
We must struggle to achieve flying colours for the coming exam, but never forget to strive for Mardhatillah for this ongoing exam.
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, nyawa dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.' - At-Taubah : 111
Exam itu memang susah. Perlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi untuk survive dengan jayanya. Berjuang dan berkorban memang perit. Tapi ingatlah yang Allah dah menjanjikan syurga bagi mereka yang sanggup menjualkan nyawa dan harta mereka ke jalan Allah. Ingat syurga tu murah ke? Itu sebab nilai pengorbanan pun kena banyak. ^^
Dengan kalimah Agung ana memulakan bicara, Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T kerna masih lagi memberi nikmat IMAN dan ISLAM. Bersyukur juga kita kerana Rabbul Alamin memberikan kita, nikmat "tafaqqahuddin" iaitu nikmat untuk menambah baik or belajar ilmu2 agama. Alhamdulillah.
Pertamanya, ana ingin menitipkan ucapan Salam Maal Hijrah buat semua sahabat-sahabiyyah pembaca blog yang cukup ana sayangi. Semoga dengan kehadiran tahun baru HIJRAH ini membuatkan kita semua lebih baik dari sebelum ini bermula dari diri kita, iman dan amal, pelajaran, kecaknaan terhadap isu-isu ISLAM dan ukhuwwah kita. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. In sha Allah.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang menjaganya"
Surah al-Hijr : ayat 9
Dengan kalimah agung aku memulakan bicara, Alhamdulillah, setelah agak lama blog ini tidak dikemas kini, Allah memberikan sedikit ruang masa untuk ana menulis sedikit titipan sebagai inzar buat kita semua. Tergerak tangan ana kali adalah untuk menitipkan sedikit idea or pandangan formula untuk mengulang al-Quran. Sebenarnya, dah lama ana ingin menulis tentang formula al-Quran ana (ana tak masyi pon, just berkongsi), namun belum mempunyai rezeki serta agak malu sebab tak masyi. Tapi setelah ada seorang junior menyatakan kesukaran untuk mengulang setelah keluar dari maahad tahfiz, ana tergerak hati untuk menulis.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, kini dah seminggu lebih ana berada di bumi anbiya`. Seminggu lebih ini juga ana telah menghirup angin mediterranian yang agak berpasir. Seminggu lebih juga ana telah meninggalkan bumi Malaysia, meninggalkan umi, ayah, adik-adik lie, fil, han, che tok, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang cukup ana sayangi. In sha Allah hari ana nak kongsi sedikit kisah hidup yang membuatkan ana lebih bersyukur menjadi hamba-Nya.
Maka tatkala mereka (Nabi Ya`qub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insya Allah kamu berada di dalam aman" Surah Yusuf : 99
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" Surah al-Hujurat : 10
bersama family sebelum berlepas..in sha Allah will be Doctor Huffaz.
bersama ummi, ayah dan che tok..
Alhamdulillah, first impression bila tiba di bumi Mesir ini, ana cukup terasa bahagia. Ana berasa cukup tenang dan aman bila menjejakkan kaki di Cairo Airport. Alhamdulillah, bila keluar dari tempat ketibaan, hilang rasa cuak dan gementar bila berhadapan dengan imegresen Mesir, bila terlihat wajah-wajah abang-abang senior yang smart seperti Abg Imran Jamaat, Abg Aiman Jusri, Abg Aiman Latif, Abg Sahli Mahzuz, Abg Iskandar, akak-akak yang ayu yang menyambut kami.dengan tangan2 tertulis "Ahlan Misr"
Ana juga terasa terlalu bersyukur kerna Allah makbulkan doa dan harapan ana nak ke bumi ini sejak dari sekolah rendah. Ana masih ingat tatkala seorang muallimah yang mengajar ana di Sekolah Rendah Islam Aman dalam subjek aqidah, dia pernah bagitahu kat ana "Kalau enta nak jadi doktor, baik enta sambung kat mesir..dapat jadi dua doktor dan ustaz". Bermula dari situ, ana taklah meletakkan terus nak ke mesir..namun apabila menuntut di Maahad Tahfiz Sains, barulah ana serius nak sambung ke Mesir selepas berbicara dengan murabbi tercinta, Ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzzaman. Masa tue ustaz siap bagitau kalau nak pergi mesir, ustaz nak hantarkan. Nak tunjukkan kat mana nak amik sanad bacaan al-Quran.
"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan" Surah ali Imran : 54
Namun semua yang di rancang tidak menjadi, selepas habis percubaan SPM, abang-abang senior DQ yang juga senior kitaorang iaitu Abg Firdau Rasdi, Abg Eusoffe, Abg Faiz `Ali datang ke MTS. Rupanya, Allah nak aturkan jalan yang lebih baik untuk ana. Ditakdirkan, ana mendaftarkan diri untuk ke Program Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM bagi sesi 11/12. Pada waktu tue, senior memang promote suruh ke DQ, ana cukup resah. Ana pon isi jer borang kemasukan ke DQ. Dan Allah permudahkan ana antara 40 orang pelajar MTS ke temuduga dan Allah pilih ana antara pelajar MTS yang dipilih ke DQ.
Hari pertama daftar, ana dah merasakan yang ana tak akan sampai ke bumi kinanah ini. Ana merasakan ana akan ke UIAM. Ana pon masa tue tak nak fikirkan sangat, hanya lalui kehidupan di bumi barokah DQ. Disini ana kenal apa itu ISLAM. Di DQ ana kenal apa itu usrah yang sebenar. Apa itu dikatakan fikrah dan perjuangan. Selaman 3 semester ana lalui kehidupan di bumi barokah. Ana berada di dalam sahabat-sahabiyyah yang sama-sama mengejar kebaikan. Diasuh dengan biah solehah. Diajar kerja pengurusan.
Seterusnya, satu ketika ummi dan ayah call, tanya nak ke mesir ke?. Fuh, sapa yang taknak. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Masa tue dalam bulan mac. Ana sebenarnya ketika itu, dalam dua sama ada nak ke Mesir atau ke UIAM. Masa tue lah sahabat yang sefikrah bagi pandangan, bagi nasihat sehingga ana ke bumi Mesir.
Bila difikirkan Allah nie cukup sayang akan kita sebenarnya. Ana merasakan cukup bertuah dapat ke bumi DQ sebelum terbang ke Mesir. Semua yang ana dapat kat DQ, harapnya dapat menjadi kekuatan buat ana berada di bumi orang ini.
Alhamdulillah, kini ana telah selamat sampai di bumi Mesir. Bumi yang cukup-cukup banyak sejarahnya. In sha Allah, ana akan cari sebanyak mungkin mutiara-mutiara ilmu sebagai bekalan. Ya Allah, sangat bersyukur. In sha Allah, misi menjadikan al-Quran sebagai satu kehidupan dalam diri belum selesai. Doakan agar diri ini terus berjaya dengan ketaatan kepada Allah sebagai seorang hamba.
Alhamdulillah, Allah telah memberi keizinan dan kekuatan untuk jari ini menari di atas keyboard laptop yang baru dibeli. Laptop barukan?Semangatlah sikit nak menulis lepas dah dapat senjata baru. Selama nie PC kat rumah, laptop ayah, PC Cyber Cafe dan laptop sahabat. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi nikmat ini kepada ana. In sha Allah akan ana gunakan laptop ini untuk terus menulis sebagai inzar buat diri ini dan ummah. Moga-moga amal ini dikira di sisimu Ya Allah. Terima kasih kat ayah juga yang memberikan ana laptop ini. Akan wan gunakan laptop ini untuk study sekuat mungkin untuk menjadi seorang Doktor Bertaqwa. Tue just sekadar muqaddimah. So dari ana terus melalut baik ana terus ke point apa yang ingin ana tulis.
Dalam era globalisasi kini, dunia pada hari ini seolah-olah
bertukar dari sebuah tempat tinggal kehidupan kepada sebuah trek perlumbaan.
Negara-negara bersaing sesama sendiri bagi menunjukkan siapa lebih maju
terkehadapan. Dan Barat nampaknya seolah-olah mendabik dada berbangga dengan
kemajuan infrastruktur dan teknologi yang dibangunkan sekian lama dan
menganggap bahawa hanya dengan kemajuan kebendaan dan mengenepikan system
nilai, ianya akan mampu membawa kepada kejayaan sesebuah ketamadunan. Ide ini berjaya
meresap jauh ke dalam system-sistem pentadbiran Negara sedunia lantas
menjadikan Barat sebuah Negara contoh
ikutan terbaik (role model). Masyarakat lebih cenderung melihat alam ini
menerusi cara pandang alam Barat. Dangkalnya, dengan faham matereialisme ini, senario
pada hari ini menyaksikan kezaliman berlaku di mana-mana sahaja. Peperangan, salah
guna kuasa, nepotisme, korupsi, pergaulan bebas, dan segala bentuk masalah
berluasa di setiap ruang dan waktu. Hampir keseluruhan masyarakat Bumi pada
hari ini mengalami kebejatan aklak yang
maha dasyat dan keruntuhan system nilai yang semakin mustahil untuk dibina
semula.
Alhamdulillah, semalam telah selesai hari pertama Pre-Departure Medic Mesir 2012 yang bertemakan Seeds of Change. Alhamdulillah banyak pengalaman serta input baru yang diperoleh dari program tersebut. Baru sehari program dah banyak yang dapat. First, rasa cukup best bila mana pergi daftar program pagi itu, terus jumpa abang senior dari MTS, iaitu Abg Ahmad Hishamuddin dan Abg Imran Ali, dua orang hebat kat Alexandria University. Cukup bermakna dapat berjumpa dan bersua muka dengan senior-senior dari berbagai universiti. Semua gundah-gelana yang dialami dapat dileraikan sedikit demi sedikit.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah Al-Hujurat: ayat 13
bersama ayah dan umi serta adik bongsu ketika Kovokesyen Darul Quran.
Alhamdulillah, Allah memberi sedikit kekuatan untuk menekan keyboard untuk mengisi sedikit laman sesawang, kembara menuju keredhaanNyadi petang terakhir 10 awal Ramadhan yang menjanjikan RAHMAT dari Allah S.W.T, moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat dari-Nya, in sha Allah. Seterusnya salam rindu akan kekasih hati, Muhammad Rasulullah S.A.W, berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup nikmat IMAN dan ISLAM.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Peyayang
Assalamualaikum buat semua sahabat sahabiyah serta saudara seIslam yang cukup ana cintai kerna Allah.
Alhamdulillah seperti biasa kita sebagai insan yang hina perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang menghirup oksigen yang cukup berharga. Bersyukur juga kerana pada pagi ini kita masih dibangunkan oleh Allah dalam keimanan kepada-Nya. Beruntungnya kita...
Selawat dan salam diuntaikan buat Rasulullah, Muhammad S.A.W yang cukup banyak berkorban serta sangat mencintai ummat baginda, ahlul bait baginda, sahabat sahabiyyah yang sentiasa menyokong baginda serta semua pemikul amanah Allah iaitu para dai`e yang sentiasa meneruskan perjuangan baginda.
Setelah hampir sebulan lebih tidak ana menekan keyboard dengan kesibukan pelajaran dan beberapa masyaqqah yang sentiasa mencemburui masa, alhamdulillah pagi ini mampu ana coretkan sedikit post.
Sekadar berkongsi pengalaman ketika berada di Pre-Medic Medic Mesir 2012. Hari ini genap dua minggu ana bermusafir menuntut ilmu di bumi UPM, Serdang, Selangor. Sepanjang dua minggu ini berbagai-bagai dugaan yang hadir.
"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,
sebab kamu yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada “Malikinnaas” Allah S.W.T. Selawat dan salam rindu buat junjungan Muhammad Rasulullah S.A.W, ahli bait baginda, sahabat-sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan, pejuang dan pendokong perjuangan suci murni ini iaitu ISLAM.
Alhamdulillah,.kini telah masuk tahun 2012 dan sebulan lebih tahun 1433 Hijriah. Setiap orang pasti akan memasang impian masing-masing serta azam baru. Setiap orang pasti ingin mencapai sesuatu yang belum dicapai dan ingin mencipta satu rekod baru untuk diri masing-masing. Setiap orang mungkin terfikir untuk menambah kekayaan, menambah kereta baru, rumah baru dan mungkin 'orang' baru. Hehe, tapi bagi diri ana yang hina ini mungkin belum lagilah.
Sahabat-sahabat sekalian,.
Semakin tahun bertambah, umur kita turut bertambah, namun bagaimana dengan amalan seharian kita?Adakah amalan kita bertambah baik dan bertambah mutunya. Bagaimana dengan hubungan kita sesama ahli keluarga kita? Hubungan dengan tetangga? Serta hubungan dengan Al-Quran kita(bagi yang sama-sama diatas jalan huffaz). Adakah kita merasa sudah cukup dengan apa yang telah kita buat,capai dan lakukan.
Mungkin jika direnung, kita sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang hidup kita. Mungkin jika dinilai pasti buku yang ditulis di sebelah kiri lebih berat dan banyak berbanding dengan sebelah kanan. Mungkin pada masa lalu, kita merasakan diri kita sentiasa gagal dan dihurung kesedihan. Serta mungkin ada yang pernah merasa kecewa untuk meneruskan hidup.
Namun, teruslah melangkah. Mulakan langkahan baru yang lebih positif dan lebih penting mulalah langkahan dengan niat kerana Rabbul Alamin, Allah S.W.T. Teruskan langkahan. Sentiasa check and balance kembali diri kita. Lihat kepada hubungan dengan yang Maha Esa. Mulakan kembali langkahan dengan istighfar dan taubat kepadaNya. Sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang sentiasa merintih dan memohon ampun kepada NYA.
Suka untuk ana kongsikan satu kata-kata oleh naqib tersayang,."Semalam adalah sejarah kita, esok adalah masa hadapan kita, oleh itu coraklah dari sekarang akan masa depan dan sejarah enta". Jom sama-sama kita melangkah kerana Allah.
Selamat Tahun Baru, Selamat Melangkah dengan lebih positif dan kerana Allah
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah S.W.T, rabbul Alamin raja sekalian raja.
Selawat serta salam rindu buat kekasih agung Muhammad Rasulullah S.A.W berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup kemanisan dan kerahmatan ISLAM. Salam sayang turut dititipkan kepada ahli bait baginda, sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan-ikhwan perjuangan baginda.
Hari ini tanggal 3 Muharram 1433 hijriah, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan Salam Maal Hijrah 'Kullu Sannah Wa Antum Toyyiban' buat semua sahabat pembaca sekalian.
Hijrah adalah satu peristiwa yang sangat penting didalam ISLAM. Hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah S.A.W dari Makkah al-Mukarramah ke kota Yathrib setelah mendapat perintah serta izin dari Allah S.W.T. Hijrah adalah satu peristiwa dimana bermulanya sebuah perjuangan yang cukup hebat iaitu negara ISLAM Madinah al-Munawwarah. Disini bermulanya sebuah ketamadunan yang cukup hebat yang dirintis oleh seorang anak yatim.
Namun itu hijrah di zaman Rasulullah S.A.W yang mampu memberi satu transformasi didalam hidup manusia. Bagaimana hijrah tersebut mampu memberi yang cukup besar dalam ketamadunan dunia dari jahiliyyah kepada satu sistem yang cukup hebat dan lengkap serta sebati dengan fitrah manusia.
Hijrah kita?
Pernah kita terfikir bagaimana dunia hari ini telah kembali kepada jahiliyyah, malah mungkin lebih teruk dari jahiliyyah. Jika dizaman Nabi Musa A.S, anak lelaki menjadi mangsa dibunuh sewenang-wenangnya. Kemudian di zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan pula menjadi mangsa pembunuhan sewenang-wenangnya. Namun di zaman yang dikatakan bertamadun serta di era globalisasi ini, anak-anak dibunuh dan dibuang sewenang-wenangnya tanpa mengira jantina lelaki mahupun perempuan.
Nah, cuba kita bandingkan, siapa yang lebih hebat kejahilan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan zaman kini telah menjadi lebih jahil dari kejahilan di zaman jahiliyyah dahulu. Malah apa yang menyedihkan mereka yang ingin mengajak kepada kebaikan turut diperlekeh serta ditahan. Wanita-wanita yang berjubah serta bertudung labuh mengikut sunnah sahabiah serta umahatul mukminin diperlekeh. Malah yang lebih sadia mereka yang berkopiah dan bertudung labuh ini sering menjadi mangsa dianak tirikan dalam apa-apa sahaja proses. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya ISLAM itu bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang dan berbahagialah mereka yang bersama dengan ISLAM pada waktu dagang" hadis riwayat Muslim
Justeru sahabat sekalian sekalian,.
"Kita bukan pemula dan pengakhir perjuangan ISLAM tetapi kita mata rantai kepada perjuangan ISLAM..." itulah kata-kata seorang mujaddid ISLAM Syeikh Imam Hassan al-Banna. Kitalah yang perlu memulakan hijrah bermula dengan diri kita sendiri, kemudian ahli bait kita, masyarakat kita, negara kita sehingga terbentuk sebuah pemerintahan ISLAM.
Sahabat sekalian, kitalah yang perlu berubah ke arah yang lebih baik. Kita perlu berhijrah menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini. Kitalah yang perlu menjadi orang yang membuka lembaran baru untuk melihat ketamadunan ISLAM kembali tertegak. Kitalah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan ISLAM.
Sahabat dan sahabiyah,.
Kitalah yang akan menjadi pencorak dunia ISLAM. Kitalah yang akan membawa ISLAM itu berdiri paling tinggi di dunia ini. Bangkitlah pemuda ISLAM, berdirilah bersama-sama kami wahai puteri-puteri ISLAM dalam memperjuangkan ISLAM. Ayuh sahabat dan sahabiah sekalian. Moga kitalah golongan fityan yang disebut dalam Surah al-Kahfi.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada “Malikinnaas” Allah S.W.T. Selawat dan salam rindu buat junjungan Muhammad Rasulullah S.A.W, ahli bait baginda, sahabat-sahabat Generasi Al-Quran Unik serta semua ikhwan, pejuang dan pendokong perjuangan suci murni ini iaitu ISLAM.
Setelah agak penat kembara semalam bersama sahabat dari Perak iaitu Akh Hakim (DQ) dan Akh Syuaib (MTS TM),.alhamdulillah pagi ini Allah S.W.T mampu memberikan sedikit kekuatan untuk ana menitip sedikit perkongsian yang mungkin bermanfaat atau tidak buat kitasemua. Moga-moga sedikit tinta ini mampu menjadi penguat untuk ana mencapai matlamat akhir kembara hidup kita iaitu Syurga Firdaus,.insyaAllah.
Posting blog ini sebenarnya dah lama ana pendam dalam kepala ana, dan hanya menunggu masa untuk meletus. Alhamdulillah, dalam minggu lepas seorang sahabat ana telah menambat sedikit bahan api untuk ana melancar apa yang ada di kepala otak ana ini kepada tulisan. Sahabat ana di DQ dari Perak (bukan Hakim) bertanya tentang keadaan serta senario di negeri Kelantan. Beliau bertanya tentang isu-isu yang melanda negeri Serambi Mejah tersayang ini. Ana tidak sempat untuk menjawab pertanyaan beliau dan ana berharap agar titipan ini mampu member gambaran kepadanya tentang negeri Kelantan.
Benarlah kata-kata yang sering ana dengar dari Induksi Nuqaba`(MTS TM), Mafatih Mahabbah (DQ), naqib Usrah Janissari (Abg Awie dan Abg Wafi) serta abang2 dan kakak2 yang terlebih dahulu berada diatas jalan ini iaitu “Andai kata satu perjuangan itu tidak ada mehnah serta tribulasi, maknanya mungkin ada sesuatu kesilapan dalam organisasi tersebut”. Ana cuba renung kembali kata-kata ini dengan keadaan atau isu yang cukup panas di bumi Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Jika dilihat sokmo benar negeri Kelantan dibedil dan dilanyak dengan isu-isu yang cukup panas. Mungkin disebabkan perjuangan perjuangan yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz ini benar, maka selalu sahaja negeri Kelantan ini terpaksa menghadapi mehnah dan tribulasi yang sengaja dicipta oleh mereka yang dengki dengan perjuangan ISLAM.
Jika dilihat ketika di awal pemerintahan Membangun Bersama Islam, kerajaan pimpinan TGNA dikatakan tidak akan bertahan lama, namun realitinya sehingga kini pemerintahan ISLAM masih mendapat tempat di hati semua rakyat Kelantan, Melayu, Cina, India serta Siam. Mungkin pada waktu ini diri ana sebelum lahir dan belum bersedia memahami apa yang terjadi kepada kerajaan negeri ana, namun semua ini diceritakan dari satu generasi ke satu generasi agar kekal di ingatan rakyat Kelantan terhadap apa yang pernah dilakukan keatas kerajaan ISLAM pilihan rakyat Kelantan. Inilah yang ana rasa cukup bertuah di Kelantan gandingan “oghe lamo dan anok mudo” terjalin erat.
Kemudian jika dilihat isu-isu yang terkini, bermula dengan penafian royalti minyak kepada negeri Kelantan dan terkini isu air bersih. Ana bukanlah ingin berbicara tentang scenario politik kini, namun ana hanya ingin berkongsi agar kita semua tahu betapa telah lama rakyat Kelantan diburuk-burukkan. Mungkin ada yang mengatakan belum tiba masa untuk ana berbicara tentang ini, namun ana hanya ingin mengatakan sesuatu yang benar “berkatalah benar walaupunia pahit”. Jika dilihat akhbar semasa kini yang lebih banyak mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan sesetengah pihak.
Inilah realiti yang terpaksa rakyat Kelantan, negeri kami dihina, negeri kami direndah-rendahkan serta dihentam. Namun satu senario yang cukup hebat telah berlaku iaitu semakin kuat negeri kami direndahkan serta dihentam, semakin kuat kami menyayangi negeri kami serta semakin sayang akan kerajaan ISLAM TGNA. Moga kerajaan ISLAM di Kelantan terus utuh serta kekal dan menjadi pemangkin untuk kerajaan ISLAM di Malaysia. InsyaAllah.
‘Allahu Akbar’
‘Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung’
adik-adik Banin F5 MTS,. Muqri, Faiz Rosman, Azim, Azim Saha, Muhaimin, Safwan (serta yang laen n sori ramai sangat),.
dan adik-adik Banat F5 MTS,. Nur Fatimatuz Zahrah, Nur Wasitah, Adilah Nasir, Fatimah Ghani Basri, Huda Badrul Hisham (serta yang laen n x kenal)
Bismillahirrahmanirrahim,.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang memberi sedikit kekuatan untuk aku menulis sedikit post di Kembara Seorang Khalifah. Setelah seminggu bercuti dari Darul Quran, hari ini baru timbul sedikit 'mood' untuk menulis di blog.
Walaupun agak terlewat untuk post ucapan Selamat Menempuh Peperiksaan buat adinda-adinda F.5 Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan. Ana sentiasa mendoakan kalian banin dan banat agar memperoleh keputusan yang terbaik buat diri kalian. InsyaAllah moga-moga kejayaan yang bakal adik-adik peroleh akan menaikkan lagi syiar ISLAM di muka bumi ini dan cita-cita kita untuk melihat khilafah berpaksi di muka bumi ini berjaya.
Adik-adik sekalian,
Mungkin tinggal lebih kurang 2 minggu lagi entum bergelar 'budok MTS' dan dengan masa berbaki inilah bagi ana cukup-cukup bernilai kerana fatrah imtihan SPM inilah yang cukup-cukup nostalgia bagi ana. Waktu-waktu kecederaan inilah entum semua ingin mencari mutiara-mutiara yang belum lagi dapat dicungkil atau dalam koleksi kalian.
Cukup penting untuk seseorang pelajar untuk mendapat KEBERKATAN dari guru. Jika kita lihat pada sirah, ramai dikalangan ilmuwan-ilmuwan ISLAM, ulama`-ulama` ISLAM yang cukup menjaga keberkatan dengan guru-guru mereka. Mereka cukup menjaga adab-adab dengan guru-guru mereka. Malah ada diantara tidak akan meluncurkan kaki mereka kearah rumah guru mereka.
Adik-adik yang cukup disayangi,.
Renungilah, muhasabahlah serta fikir dengan zikir bagaimana hubungan dengan guru-guru kita. Apa yang penting, di waktu-waktu akhir kalian inilah mintalah kemaafan dengan guru-guru walaupun kita merasakan kita tidak ada 'khilaf' dengan guru tersebut. Pintalah keberkatan serta halal diatas ilmu yang kita pelajari. Ingat adik-adik, satu equation yang cukup penting dalam kehidupan kita sebagai pelajar iaitu ILMU+KEBERKATAN=KEJAYAAN,.
Semoga KEJAYAAN milik kalian,.dan KEBERKATAN dalam kehidupan...
Dalam ke`izzahan gema takbir dilaungkan, Dustur hidup fatamorgana kita jangan dilupakan, Nabi Ibrahim sanggup korbankan nyawa insan kesayangan, Takkan kita tak sanggup nak tadhiyyah masa kita di atas jalan ISLAM.
Jika kita seorang suami hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim, Jika kita seorang isteri hayatilah pengorbanan Siti Hajar, Jika kita tidak antara keduanya, hayatilah pengorbanan Nabi Ismail, kerna pasti kita seorang ANAK.
Salam Aidiladha buat seluruh umat ISLAM di dunia amnya serta yang mengenali diri ini khususnya.
Segala puji bagi Allah yang masih memberikan dua nikmat yang agung iaitu IMAN dan ISLAM serta nikmat yang tidak terhitung banyaknya kerna ALLAH ada berfirman didalam Al-Quran iaitu "Jika dihitung nikmat Allah maka tidak terhitung"
Selawat serta salam ke atas kekasih agung Muhammad S.A.W serta ahli bait, sahabat generasi Al-Quran yang unik serta semua pendokong serta penyokong ISLAM.
Semalam Aidil Adha menjelma kembali, peristiwa yang diambil sempena kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim yang diperintah oleh ALLAH untuk menyembelih anak kesayangan baginda Nabi Allah Ismail. Ia juga dapat dilihat bagaimana Nabi Allah Ismail begitu ikhlas menerima perintah Allah. S.W.T. Ibrah yang cukup besar dapat kita ambil bagaimana seorang ayah yang begitu tabah serta cekal serta anak yang ikhlas serta taat dalam melaksanakan perintah Allah. S.W.T.
Tetapi satu yang cukup sedih fonemena yang melanda negara kita kini, sang AYAH lebih mengasihani untuk mengejutkan sang ANAK untuk melaksanakan solat subuh. Bagaimana kita lihat AYAH kini hanya melihat sahaja ANAK memakai pakaian yang tidak menutup aurat, melanggar batas-batas pergaulan serta melakukan mungkar kepada ALLAH. S.W.T. Malah ada sesetengah AYAH menjadi contoh yang kurang baik untuk anak-anak.
Satu kerugian yang besar pada hari ini apabila ramai dikalangan kita sibuk untuk melakukan ibadah korban. Namun berapa ramai yang mengambil ibrah dari sejarah mengapa ibadah ini dituntut didalam ISLAM. Jom sama-sama kita muhasabah dan fikir dengan mata hati kita.
InsyaAllah minggu hadapan semua calon2 Penilaian Menengah Rendah akan mula menggunak senjata2 mereka di medan peperiksaan,.Just sekadar perkongsian dengan adinda Lutfil Hadi, adik2 F3 Maahad Tahfiz Sains,.banin mahupun banat,.especially MTS TM walaupun hanya banat di sini,.mungkin ada yang kenal ana terutama bekas-bekas anak buah ana semasa ana memikul taklifat Exco Pusat Sumber Majlis Perwakilan Pelajar MTSTM,.asif ana tak mengenali kalian tetapi kalian kenal ana.
Adik-adik,. Ingatlah PMR yang akan antum sume amik nielah yang akan menentukan hala tuju kalian,.keputusan kalian nantilah yang akan menjawab tohmahan pelajar agama tiada akademik,.keputusan kalian nanti yang akan menjadi kebanggaan ISLAM,.keputusan kalian nanti yang akan menaikkan syiar ISLAM di muka bumi ALLAH.
Adik-adik,. Janganlah antum semua meletakkan kejayaan antum semua pada kegigihan dan usaha antum,.tapi letaklah kepercayaan bahawa keputusan itu dari ALLAH dan ALLAH yang ,mengurniakan untuk kalian,.jangan letakkan usaha semata-mata,.tetapi dampingilah usaha itu dengan DOA serta TAWAKKAL,.
Adik-adik,. terus berDOA walaupun fatrah imtihan telah tamat,.doakanlah untuk sahabat serta sahabiah antum juga,.ingat adik-adik,.bukan KEJAYAAN yang ALLAH lihat tetapi berapa banyak USAHA yang dah adik-adik lakukan untuk capai KEJAYAAN tersebut,.
Adik-adik mintak maaf dengan mak ayah kalian, guru2 kalian, abang dan kakak kalian, senior dan junior kalian sebelum antum masuk ke dewan exam,.
Dengan nama Allah yang maha Penyayang dan maha Pengasih
Minggu lepas dapat mesej dari fathi dan syahir adik-beradik Ghuraba` Group,.insyaAllah mereka akan fly ke Jordan,.huhu,.ingatkan ukhuwwah kita di DQ akan berkekalan seperti di MTS,.namun Allah merancang sebaliknya,."Sesungguhnya kita merancang dan Allah merancang,.Dan Allah sebaik-baik perancangannya"
Dalam minggu lepas jugak kami,.ahli Qurra`3 di DQ telah mengadakan Majlis Wida` bersama Akh Amsyar dan Akh Aizat yang insyaAllah akan berangkat ke luar negara,.terima kasih kepada sahabat yang membantu,.Syeikh Faizuddin(merangkap sayap kiri dalam halaqah tasmi`), Azamuddin, Qhayum, Hafizuddin dan sume sahabat yang menjayakan Majlis Wida` tersebut,.
Kemudian dapat mesej lagi,.dari Ukht Mardhiah,.Timbalan Setiausaha Qurra`3 ITQAN MTS,.insyaAllah beliau juga akan meninggalkan perjuangan kami dalam Qurra`3,.makin hilang srikandi serta pejuang2 dalam organisasi Qurra`3,.sekarang nie ada 3 kekosongan dalam Qurra`3 selepas Akh Fathi, Ukht Nafilah dan terakhir Ukht Mardhiah berangkat ke Mesir,.teruskan perjuangan kalian di jalan kalian,.sape nak isi bleh inform kat ana, Akh Syuaib dan Ukht Khadijah,.
Semalam dapat mesej dari umi,."Umi baru balik dari rumah Fauzan,.". Lalu ana mereply mesej tersebut,."Bakpo?,." umi menjawab,."takdok sajo jah,.umi nak oyap fauzan nak gi mesir doh,."ana menjawab,."Oo,.tau doh,.dio oyap doh aitue,.dia gi next week,."Nampaknya hilang lagi sorang ahli Ghuraba` Group selepas 3 orang yang pergi meninggalkan kami di Malaysia,.takpelah sabar jewlah Akh Azmibullah sebagai CEO Ghuroba` Group,.
Esok ada majlis kesyukuran abang log(fawwaz zuhaili) usrah Janissari yang akan berangkat ke Mesir,.sori abang long,.adik nta sorang nie jew takleh gi,.huhum,sedih jugaklah,.tapi adik kat DQ nie akan sentiasa mendoakan abang long berjaya kat Universiti Alexandaria tue,.moga kita semua berjaya di lapangan kita,.rabbuna yusahhil,.
InsyaAllah minggu depan Amirul Asyraf a.k.a mantan Ketua Pelajar Sri Aman 2005 akan berangkat ke Mesir,.huhu,.sedih jugak kot kehilangan sahabat dari darjah 1 hingga kini masih bersahabat,.takpe yo,.mg janji doh nak balik tahun depan,.aku tunggu mg,.
Eem,.tue sekadar muqaddimah terhadap apa yang ingin ana tulis pada pagi nie,.mungkin kini setelah lama menulis baru ana mengerti mengapa ana menulis,.mungkin lepas nie ana akan menulis berdasarkan suara hati ana,.hehe,.moga-moga amal yang sedikit ini dapat membantu di padang mahsyar kelak. hehe,.ada bunyi perasan sikit,.huhu
Ramai jugak rasanya sahabat serta sahabiah ana yang akan ke luar negara,.ana jew masih merempat kat Malaysia,.takpe,.itu semua tak penting,.yang penting ukhuwwah kita terus utuh,.huhu,.insyaAllah ya sahabat dan sahabiah,.
Sahabat sahabiah,.
"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara,." Satu quote yang baik untuk memulakan penulisan,.kata Tec Afifah pensyarah Bahasa Inggerisku di DQ,.huhu,.tu kata-kata saper sahabat sekalianm,tue bukan kata-kata picisan,.tue lah kalamuLlah,.kata-kata tuhan kita,.tetapi sejauh mana kita semua telah memahami serta beramal dengan potongan ayat quran tersebut,.
Sahabat kalu kita lihat kini berapa ramai yang yang bersedih bila nak berpisah dengan sahabatnya,.berapa ramai yang akan cakap aku sayang kamo bila nak berpisah,.cakap aku takleh hidup tanpa kau,.ana sayang persahabatan kita,.
Namun siapa yang menghargai sahabat apabila mereka berada di depan mata,.siapa yang lebih sayang akan tidur sahabatnya dari mengejutkan sahabatnya solat subuh,.berapa ramai yang akan mengingatkan sahabatnya dikala sahabatnya LAGHO,.
Sahabat adakah nilai persahabatan itu hanya dinilai dengan sayang tanpa dicegah kemungkaran,.takleh berpisah tanpa diertikan betapa manis sebuah pertemuan,.sedih bila berpisah tanpa sedih bila melihat sahabat melakukan kemungkaran,.ana sayang persahabatan tanpa ana tak sanggup tegur kalu tengok nta/nti lagho,.
Renung-renuglah sahabat,. Mungkin kita merasa sedih untuk berpisah tetapi sejauh mana kita menyayangi persahabatan kita,.sejauh mana kita membawa persahabatan kita kepada RedhaNya,.
Renug-renugkanlah sahabat,. ana tidak mahu melihat kalian bersedih dikala kita berpisah,.ana hanya mahu melihat kalian bersedih bila tau ana sedang lagho,.tegurlah ana kali nta melihat ana lagho,.
Salam Ukhuwwh Fillah Abadan Abada ~Segalanya Kita Bersama~tagline Qurra`3,.
buat Abang Long Fawwaz, Yien dan Abbas yang ke oversea,.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat rabbul alamin Allah S.W.T, sejambak salam dan selawat kepada penghulu sekalian anbiya` Muhammad Rasulullah S.A.W sahabat baginda, keluarga baginda serta seluruh mujahidin yang sentiasa mengabdikan diri kepada ISLAM.
waktu kali pertama turun slps keluar MTS
InsyaAllah 7 Ogos 2011 ini adik-adikku di bumi Maahad Tahfiz Sains akan menempuh peperiksaan percubaan bagi SPM, SMU dan juga PMR. Bermula dengan adik-adik form five hingga ke form three banin mahupun banat akan berjuang di medan masing-masing. Ana mewakili abang-abang dan akak-akak Qurra`3 mengucapkan selamat berjuang dan moga adik-adik sama ada banin mahupun banat berjaya dalam imtihan. Allahumma Najjahna fil imtihan fid dunya wal akhirah, InsyaAllah.
Pernahkah kita memikirkan hikmah di sebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, pelari 110m berpagar pun kadang kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya. Tapi pernahkah kita fikir hikmah dan natijah di sebalik kegagalan itu?
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. (Al-baqarah:216)
Lepas tengok ayat ini apa sahabat dan sahabiyah rasa?
Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha. Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu. Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan yang hanya pinjaman dari Allah. Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.
Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.
Maknanya, kalau gagal kena gembira ke? InsyaAllah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa. Akhir sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN Akhirat dan Dunia, insyaAllah sekuat manapun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.
“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)”. [Surah 25: 30]
Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.
1. Before you touch it, check your heart. The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.
2. Do your Wudu' (ablution). Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.
3. Read at least 5 minutes everyday. Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!
4. Make sure you understand what you’ve read. Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.
5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD. In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.
6. Don’t just read; listen too. There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.
7. Make Dua (supplication). Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.