Saturday, July 21, 2012

Orang Berilmu = Orang Taat / Dekat dengan Allah


Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafakkan setinggi-tinggi ke hadrat Allah S.W.T, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W serta ahlul bait, sahabat generasi awal ISLAM serta semua pejuang-pejuang ISLAM.

Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita agar dipertemukan semula dengan Ramadhan al-Mubarak setelah setahun kita berpisah dengannya. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mengutip sebanyak mungkin rahmat,keampunan serta pelepasan dari api neraka buat kesekian kali. Moga-moga hati kita gembira kerana kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat serta rahmat seperti mana hati-hati sahabat dan sahabiyyah di awal perjuangan ISLAM.

Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud;

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang mendapati Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan menjauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu aku pun menyebut: “Amin.”

Sahabat dan Sahabiyyah yang disayangi.

Kini kita berada di bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang didalamnya terdapat rahmat (10 awal Ramadhan), keampunan (10 pertengahan Ramadhan) dan perlepasan dari api neraka (10 akhir Ramadhan). Moga kita tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang mendapat Rahmat, Keampunan dan Perlepasan Api Neraka in sha Allah.

Sahabat dan Sahabiyyah yang disayangi,


study group,.
berlainan jantina tidak menjadi masalah namun SYARA` tetap dipatuhi

Orang Berilmu = Orang Taat/Dekat dengan Allah

Sebenarnya ana bukan ingin menulis Ramadhan, ia sekadar muqaddimah jer. In sha Allah ana nak tulis sedikit perkongsian tentang kehidupan di Pre-Medic 2012.

Allah S.W.T ada berfirman didalam al-Quran :

"Dana seandainya pohon-pohon di bumi dijadikan pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan kepadanya tujuh lautan setelah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Surah Luqman 31 : 27

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada tuhanlah mereka bertawakkal"
Surah al-Anfal 8 : 2

Masih teringat ketika di bumi huffaz, Maahad Tahfiz Sains, ketika guru Biology kami, Tec Nor Zalena mengajar, ana selalu terbayang cam dah habis detail kami belajar. Rupa-rupanya itu baru sedikit sahaja dari ilmu-ilmu yang sedang aku pelajari dan aku pelajari dalam perubatan ini seperti Anatomy, Histology, Terminology dan seangkatannya. Kemudian teringat pula akan wajah Tec Salina Zakaria dan Tec Nurul Adilah yang mengajar subjek chemistry. "Ya Allah betapa sedikit pengatahuan aku tentang ilmu-ilmuMu" bila membandingkan dengan subjek Biochemistry yang diajar oleh Dr Abdah dan Dr S.A Sharifah.

Sahabat-sahabiyyah...

Semakin banyak kita belajar sebenarnya semakin banyak kita tak tahu. Betul ke statement tue? Sebenarnya itulah realitinya, sebagai seorang muslim kita seharusnya semakin banyak ilmu yang kita ketahui, kita seharusnya semakin merasai kebesaran ilmu Allah. Betapa hebatnya Allah yang cukup teliti dalam setiap perancagannya. Inilah yang ditunjukkan oleh para ilmuwan ISLAM dahulu, semakin mereka mengkaji, semakin mereka merasai betapa hebatnya Allah S.W.T dan semakin mereka menyedari masih banyak yang mereka tidak tahu akan sesuatu ilmu.


bakal2 doktor BERTAQWA...group 6 Pre-Medic Medic Mesir 2012
(gambar bersama Ustaz Najeeb, lecturer Arab dan Ummi MM)

Belajar Medic = Dekat dengan ALLAH.

Sahabat dan sahabiyyah..

Sepanjang berada di Pre-Medic 2012 kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Serdang nie, ana sering terfikir dan memuhasabah diri bahawa betapa hebatnya ciptaan Allah. Masih terbayang ketika "mana di akhir lecture Embryology oleh Dr Aris, ada seorang sahabat memberitahu alangkah rugi bagi seorang pelajar Perubatan tidak melihat tanda kekuasaan Allah". Yup, memang tadi ketika di Anatomy Disection Hall (ADH) petang tadi, ana melihat betapa hebat Allah menciptakan organ-organ Respiratory System seperti lung, heart dan angkatan-angkatannya. Cukup unik ciptaan Allah, masing-masing berperanan. Cuba bayangkan kalau Allah tak ciptakan lung, hanya ciptakan heart, maybe gases exchange still terjadi, tapi bagaimana darah nak di pam ke seluruh badan kita.


berapa ramai Doktor or bakal Doktor yang ada masa dengan Al-Quran? fikir-fikirkan
(gambar sekadar hiasan)

Alhamdulillah, jika dulu ketika ana bersama sahabat dan sahabiyyah ke UIA kampus Kuantan, ada akak bagitahu tentang cabaran amik Medic. Akak tue bagitau yang student medic kena struggle dan membuatkan ana memikirkan dua tiga kali nak sambung medic ke tak. Namun, Alhamdulillah, kini ana sudah merasakan bahawa jalan ini (medic) adalah yang terbaik. In sha Allah, ana rasa ana akan dapat merasai kekuasaan Allah apabila belajar subjek-subjek perubatan.

In sha Allah, doakan ana menjadi seorang Doktor yang bukan hanya menjadi seorang doktor yang mampu merawat penyakit dan fizikal pesakit semata-mata, tapi mampu menjadi seorang doktor yang turut mampu merawat rohani serta hati pesakit. Ana rasa cukup sekadar tue je ana menulis untuk Kembara Seorang Khalifah pada malam ini. Ala kulli hal..

Orang Berilmu = Orang Taat/Dekat dengan Allah
Medical Student = Lihat Kekuasaan Allah.

~to be a Doctor Muslim~
~menjadi Insan yang Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah~


mencuri masa bersama 'zaujah' tercinta

No comments:

Post a Comment