Alhamdulillah, Allah memberi sedikit kekuatan untuk menekan keyboard untuk mengisi sedikit laman sesawang, kembara menuju keredhaanNya di petang terakhir 10 awal Ramadhan yang menjanjikan RAHMAT dari Allah S.W.T, moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat dari-Nya, in sha Allah. Seterusnya salam rindu akan kekasih hati, Muhammad Rasulullah S.A.W, berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup nikmat IMAN dan ISLAM.
Sahabat dan sahabiyyah tercinta kerna Allah,.
Maahad Tahfiz Sains, aq merindui segenap isi mu. |
bumi tarbiyyahku Maahad Tahfiz Sains |
terima kasih buat murabbi MTS yang sentiasa mencurah pentarbiyyahan buat pejuang2 agama
Allah ada berfirman dalam al-Quran,
"Dan tuhanmu berfirman, Berdoalah kepadaku nescaya akanku perkenan bagimu"
Surah Ghafir : 60
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"
Surah Qaf : 16
sentiasa memohon kepada Allah,.jangan risau kalau tak maqbul doa kita, tetapi runsing kalau kita dah taknak mintak tolong dengan ALLAH |
Pernah tak kita mengalami perasaan gementar apabila tiba musim imtihan or exam? Pernah tak kita rasa ketika kita nak exam, semua jenis amalan kita lakukan, 24 jam mengingati Allah, solat sunat hajat tiap-tiap malam, solat sunat rawatib dan mungkin ada yang melakukan amal kepada Allah melebihi dari kebiasaannya. Ana bukanlah ingin menyangkal atau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, namun pernah tak kita terfikir, kalau masa exam kita mampu buat segalanya seperti qiamullail, solat hajat dan baca quran, tetapi kenapa amalan itu tak dapat berterusan sehingga selepas exam.
"Dan diantara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan, dia berbalik ke belakang.
Dia rugi di dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata"
Surah al-Hajj : 11
Sebagai konklusinya, janganlah kita beramal kerana nak exam or nakkan sesuatu, tapi beramallah kerana ALLAH. Sedikit nasihat dari seorang murabbi MTS yang mengajar subjek Chemistry, Tec Nurul Adilah,
"tec tak pernah berhenti berdoa sejak dari dulu, ketika nak SPM, mintak Allah permudahkan, lepas SPM, mintak result yang baik, then lepas keluar result, mintak Allah bagi universiti dan bidang terbaik, kat universiti mintak Allah permudahkan belajar dan takde sangkut year, then dan konvo mintak Allah permudahkan kerja, n then dah jadi cikgu, mintak Allah permudahkan segala untuk tec dan kejayaan kamu semua anak didik tec"
Walaupun nasihat ini tec Adilah berikan ketika nak PMR dulu, ia cukup memberi kesan kepada diri ini. Khulasohnya, terus meminta dan dekat dengan ALLAH setiap masa, bukan ketika exam or nak sesuatu hajat. Bittaufiq wannajah buat adik-adik huffaz MTS TM dalam trial PMR, SMU dan SPM. In sha Allah kejayaan ada dengan antum semua. Ukhuwwah Fillah Till Jannah.
strive for Mardhatillah |
~menjadi Doktor Bertaqwa~
~menjadi Insan yang Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah~
RR
ReplyDelete