بسم آلله الرحمن الرحيم
آقرأ بآ سم ربك آلذي
خلقْْ خلق اللإنسن من علقْْ إقرأ وربك آلأكرمٌُ آ لذي علم با لقلمِِ علم الإ نسن
ما لم يعلمُُ
Dalam era globalisasi kini, dunia pada hari ini seolah-olah
bertukar dari sebuah tempat tinggal kehidupan kepada sebuah trek perlumbaan.
Negara-negara bersaing sesama sendiri bagi menunjukkan siapa lebih maju
terkehadapan. Dan Barat nampaknya seolah-olah mendabik dada berbangga dengan
kemajuan infrastruktur dan teknologi yang dibangunkan sekian lama dan
menganggap bahawa hanya dengan kemajuan kebendaan dan mengenepikan system
nilai, ianya akan mampu membawa kepada kejayaan sesebuah ketamadunan. Ide ini berjaya
meresap jauh ke dalam system-sistem pentadbiran Negara sedunia lantas
menjadikan Barat sebuah Negara contoh
ikutan terbaik (role model). Masyarakat lebih cenderung melihat alam ini
menerusi cara pandang alam Barat. Dangkalnya, dengan faham matereialisme ini, senario
pada hari ini menyaksikan kezaliman berlaku di mana-mana sahaja. Peperangan, salah
guna kuasa, nepotisme, korupsi, pergaulan bebas, dan segala bentuk masalah
berluasa di setiap ruang dan waktu. Hampir keseluruhan masyarakat Bumi pada
hari ini mengalami kebejatan aklak yang
maha dasyat dan keruntuhan system nilai yang semakin mustahil untuk dibina
semula.
Menurut salah seorang tokoh
pemikir abad moden, Syed Muhammmad Naquib Al-attas, dalam membahaskan
permasalahan yang berlaku dalam kalangan manusia pada hari ini, beliau menyimpulkan bahawa pokok pangkalnya berpunca
daripada kebingungan dan kekeliruan persepsi tentang ilmu pengetahuan (1), yang
seterusnya menciptakan kehilangan adab dalam masyarakat (the loss of adab)(2).
Akhirnya, muncullah para pemimpin yang bukan sahaja tidak layak memimpin umat,
malah juga tidak memiliki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan
spiritual mencukupi, yang sangat diperlukan dalam kepemimpinan Islam(3). Mereka
akan mempertahankan kedudukan dan akan
terus mengawal permasalaham social-kemasyarakatan melalui tangan pemimpin lain
yang berwatak sama denngan mereka serta mendominasi pelbagai sector kehidupan.
Faktor pertama (1) sebagaimana diterangkan Al-Attas dalam Risalah adalah
factor yang paling bertanggungjawab bagi terbentuknya lingkaran ganas (vicious
circle) dalam kalangan umat hari ini
Kekeliruan dan kesilapan
persepsi terhadap ilmu pengetahuan yang belaku dalam sistem pendidikan hari ni
bukan sahaja dapat dilihat di peringkat rendah dan menengah sahaja, bahkan dihayati sama oleh institusi pengajian tinggi
kerajaan dan swasta Negara ini. Sehingga kini tujuan pendidikan di semua
peringkat mirip kepada apa yang disebut oleh Ronald Dore sebagai “penyakit
diploma” (diploma disease), iaitu “pengejaran yang tergesa-gesa untuk
mendapatkan sijil bukan kerana nilai dalaman kependidikannya tetapi kerana
nilai ekonomi dan martabat social yang mungkin diperolehi melaluinya. Budaya
peperiksaan (exam oriented), dalam system pendidikan Negara telah
menggantikan budaya ilmu apabila mengambil kriteria terpenting kecemerlangan
murid, guru, pensyarah dan institusi pendidikan atas dasar pencapaian peperiksaan semata!
Tanpa penghayatan dan pemahaman yang jelas, pelajar Program Pensijilan Tahfiz
DQ-UIAM (termasuk penulis) juga bakal mengalami ‘penyakit’ yang serupa bahkan
tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t, “seperti keldai
yang membawa kitab-kitab yang tebal” (Surah
Al-Jumua’h 62:5)
Untuk
umat Islam merobah nasibnya dan keluar dari lingkaran kesalahan dalam kurun Masihi
yang baru bermula ini, usaha pembudayaan ilmu perlulah disuburkan dan
dikembangkan dengan rancaknya. Budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu
keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung
mahupun tidak langsung, dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Budaya
ilmu juga merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia
baik di tahap individu dan masyarakat bahkan di peringkat pemerintahan kerajaan
diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan
ilmu pengetahuan sama ada melalui
pengkajian, penelitian fakta mahupun syura.
Namun demikian, usaha penyuburan budaya ilmu ini terbantut
dengan munculnya jelmaan sikap malas, bebalisme dan sikap ‘tidak apa’ terhadap
ilmu melalui tabiat membaca. Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia telah menunjukkan bahawa
majority daripada mereka yang disoal
selidik yakni 58% daripada sampel kajian, tidak membaca sebuah buku pun dalam
masa enam bulan; dan kebanyakan mereka yang memberi sebab kenapa mereka tidak
membaca, jawapan terbanyaknya ialah “tidak ada masa” (iaitu 59%) dan “perkara
lain lebih penting” (11%). Hanya 7% yang menyatakan mereka susah untuk
mendapatkan bahan bacaan. Sebab terakhir ini masih boleh boleh diperbaiki
dengan memudahkan mereka mendapatkan bahan bacaan, tetapi bagaimana dengan
mereka yang tidak ada masa atau mengira perkara lain lebih penting daripada
membaca? Masa tidak boleh ditambah-tambah, oleh sebab hanya terdapat 24jam
dalam sehari. Mereka yang berasa ada perkara lain yang lebih penting daripada
membaca, tidak akan boleh dibantu tanpa perubahan system nilai yang radikal.
Masyarakat berbudaya ilmu tidak akan dicapai sekiranya sikap ini (tidak menghormati ilmu pengetahuan
dan selesa dengan kejahilan dan kebebalan) masih utuh tersemai dalam kalangan
masyarakat.
“ Sesunggunghnya
tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa”. Imam Hasan Al-Banna
Selaku generasi muda pada hari ini, mahasiswa perlulah berusaha untuk keluar dari kepompong
kemalasan dan zon selesa (comfort zone). Amalan 3K (Kelas, Kafe, Katil)
yang menjadi rutin kebiasaan mahasiswa perlu diperbetulkan dengan membudayakan
semula budaya lmu yang sebenar. Selagi sikap malas dan biadap diamalkan,
title seorang mahasiswa yang
berperanan sebagai imej keintelektualan masyarakat akan terus dihina dan dipandang
sebelah mata. Ciri seorang mahasiswa yang merangkumi intelektualisme,
idealisme, dan aktivisme perlulah dihayati kembali dan dipasak kukuh dalam diri
setiap pemuda pemudi. Para mahsiswa juga
perlu menjauhkan diri dari virus “blanket specialization” dengan
menerokai dan menguasai setiap bidang keilmuan bermula dengan pemupukan
semangat dan sikap rajin membaca dan mengkaji. Bahan-bahan ilmiah bermula daripada
helaian-helaian kertas kerja hinggalah kitab-kitab tebal berjilid yang tersusun
kemas di dalam perpustakaan dan toko-toko ilmu perlulah dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin. Anak-anak muda dan mahasiswa Islam juga tidak boleh sama sekali
meninggalkan tradisi berguru atau talaqqi dalam bidang-bidang berkaitan
yang berkaitan dengan akademik dan pengajian masing-masing. Akhirnya dengan
penghayatan yang sebenar akan kepentingan ilmu pengetahuan, kelahiran
masyarakat berbudaya ilmu akan kelihatan dan kegemilangan ketamadunan Islam
akan mampu bersinar kembali. Wallahu’alam.
tulisan entry ini oleh Akh Mohd Husny Fahmy bin Hairi,
merupakan sahabat dunia dan akhirat kepada ibnu ariff.
Mantan Pengerusi Intellectual Quranic Generation Club 11/12.
Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya.
Uhuwwah Fillah till Jannah, In sha Allah.
salam..maaf mganggu...boleh share lebih lanjut x ciri2 “blanket specialization”?
ReplyDeleteterima kasih...