Friday, August 31, 2012

Layak ke kita digelar orang bawak AGAMA

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Allah telah  memberi keizinan dan kekuatan untuk jari ini menari di atas keyboard laptop yang baru dibeli. Laptop barukan?Semangatlah sikit nak menulis lepas dah dapat senjata baru. Selama nie PC kat rumah, laptop ayah, PC Cyber Cafe dan laptop sahabat. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi nikmat ini kepada ana. In sha Allah akan ana gunakan laptop ini untuk terus menulis sebagai inzar buat diri ini dan ummah. Moga-moga amal ini dikira di sisimu Ya Allah. Terima kasih kat ayah juga yang memberikan ana laptop ini. Akan wan gunakan laptop ini untuk study sekuat mungkin untuk menjadi seorang Doktor Bertaqwa. Tue just sekadar muqaddimah. So dari ana terus melalut baik ana terus ke point apa yang ingin ana tulis.

Layak ke kita digelar orang bawak AGAMA



Realiti hari ini kita lihat semakin ramai dilahirkan golongan beragama. Semakin ramai dilahirkan golongan penghafal al-Quran. Golongan ini semakin ramai bertambah, semakin ramai anak-anak didaftarkan di maahad-maahad tahfiz. Maahad-maahad tahfiz juga semakin banyak bertambah, bercambah bagaikan cendawan-cendawan yang tumbuh selepas hujan. Semakin banyak juga institusi or universiti yang mula menawarkan program twin antara sains dan agama or menghafal al-Quran. Itulah realiti yang terjadi di bumi Malaysia, negara tumpah darahku tercinta. Alhamdulillah, moga makin bertambah golongan yang mampu berjalan sebagai sebagai khalifah dan tunduk sebagai hamba. Namun, bukan itu yang ingin ana timbulkan persoalan. Persoalan yang sepatutnya timbul, bagaimana dengan kualiti yang lahir dari kuantiti yang banyak ini. Adakah golongan agamawan yang ingin dilahirkan ini menepati ciri-ciri yang ingin dilahirkan. Bagaimana dengan akhlak golongan agamawan ini?

Siapa yang harus dipersalahkan. Adakah salah mereka yang menubuhkan pusat-pusat institusi ini? Adakah salah mereka yang mencetuskan yang idea untuk melahirkan golongan hafiz profesional? Sebenarnya, kita sebagai golongan yang betul-betul ingin berada di bidang ini atau golongan yang di'paksa' ibu bapa odr golongan 50-50, kitalah sepatutnya dipersalahkan. Kita sepatutnya sedar kita bukan sahaja membawa maruah atau nama kita sendiri sahaja, tetapi kita juga membawa nama ISLAM diatas bahu kita.

Hari ini jika orang lihat kepada orang beragama, akan timbul dua persepsi di minda orang tersebut. First, orang akan kagum dan alhamdulillah sejuk mata yang memandang akan akhlak dan peribadi mereka. Second, orang akan terkejut dan nauzubillah akan perangai mereka. Mengapa semua persepsi ini terjadi.

Ikhlas...

Pertama sekali pada ana, mungkin persepsi kedua berlaku kerana orang yang nak belajar agama ini sejak awal lagi tidak ikhlas. Yes, mungkin alasan yang diberi adalah "aku dipaksa kedua ibu bapa", "dah mak ayah aku nak aku belajar agama". Ana tahu dan ana pernah berjumpa dengan golongan ini malah rapat dengan sahabat yang dipaksa oleh kedua ibu-bapa untuk menghafaz al-Quran. Awalnya sahabat ini begitu susah untuk menghafaz dan hampir keluar dari institusi tahfiz tersebut, namun setelah berfikir, muhasabah dan ingat akan harapan ibu bapa, beliau mampu mengkhatamkan hafazan dan antara sahabat yang ana respect.

Mungkin diawal kita berada di bidang ini, tahfiz, agama atau apa bidang yang kita tak minat dan tak suka, kita akan memberontak dan susah untuk ikhlas. First, tajdid niat kita balik, kita bukan hafal quran suka-suka tetapi kita nak bawak al-Quran itu dalam hidup kita. Kita nak penuhi hasrat ibu bapa kita. So, bila kita dah nampak nape kita hafal Quran or belajar agama, pasti kita akan berakhlak dan jaga segenap segi perbuatan dalam hidup kita. Kerana apa kita jaga?kerana kita tahu seorang yang betul-betul ingin menjaga kalam Allah dan jaga agama Allah perlu beramal dengan apa yang kita belajar dan kita tahu yang kita kena jaga imej orang-orang yang turut sama jaga kalam Allah dan agama Allah.

Persekitaran kita...

Kedua perkara yang membuatkan golongan beragama tidak kelihatan seperti orang beragama ialah kerana persekitaran kita or dengan siapa kita berkawan. Ada satu kata-kata yang ana tak ingat sumbernya, "seseorang itu dikenali melalui rakannya". Kenapa? Ana bukanlah ingin menghukum tetapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ana, ana melihat kebanyakan golongan huffaz or orang-orang beragama yang mempunyai masalah akhlak adalah mereka yang turut berkawan dengan golongan yang agak kurang berakhlak. Kebanyakan golongan agama yang ber'couple', merokok, or melakukan akhlak yang kurang baik ialah mereka yang hidup didalam persekitaran yang negatif.

Ya, ana setuju bahawa kita perlu memulakan dakwah or ajakan ke arah kebaikan tidak perlu bila kita cukup ilmu. Namun, kita perlu ingat bahawa sebelum kita memulakan dakwah kita, kita perlu memastikan yang protection diri kita dah cukup-cukup kebal. Inilah yang menyebabkan gerak kerja dakwah itu terbantut. Belum cukup ilmu tapi kita dah nak tunjuk kita punya power. Pada ana tak salah nak mula berdakwah, tapi pastikan defend diri kita dah cukup, bukan sekadar pertahanan lapisan pertama. Bukan sahaja skin tapi semua antibody yang diperlukan untuk melawan persekitaran yang negatif.


Culture Shock...

Seterusnya, pada pengalaman dan penglihatan kepada sahabat-sahabat ana, ana melihat golongan agamawan yang agak kurang akhlak mereka ialah setelah mereka keluar dari maahad-maahad tahfiz or sekolah-sekolah agama dan masuk ke IPT or Pusat Matrikulasi. Mungkin ramai di kalangan golongan agamawan agak terkejut or culture shock apabila mula menjejak kaki ke IPT. Ya, ana juga turut mengalami perkara tersebut apabila menghadiri Pre-Medic di UPM. Ana juga melihat golongan ber'couple' di depan mata ana sendiri. Ana melihat golongan wanita yang tidak berpenampian seperti seorang ustazah ketika di MTS or DQ. Ana turut mengalami bagaimana susah untuk mengulanga al-Quran.

Namun sahabat dan sahabiyyah yang disayangi..

Adakah kita hanya ingin menjadi mereka yang culture shock dan terikut-ikut dengan gaya kehidupan orang biasa. Adakah kita hanya merasakan yang perwatakan agama kita hanya di sekolah. Adakah kita tidak merasa bangga dengan tittle agamawan yang ada pada kita. Ana mengakui pada awalnya, agak mula nak beritahu yang kita asal sekolah agama, ana budak DQ. Namun, bila difikirkan balik, mengapa ana nak malu?salahkah aku belajar agama dulu?salahkah aku menghafal al-Quran?

Pada pandangan ana, sebenarnya semua sahabat-sahabat kita di IPT itu sebenarnya insan yang turut mencari sinar dalam hidup mereka. Mereka juga sebenarnya ingin belajar agama. Pernah ana ditanya oleh seorang sahabat tentang hukum-hukum yang pada dasarnya merupakan perkara basic diadalam agama. Mungkin pada kita, budak nie tu pun taktau. Namun, sahabat sekalian disitulah satu aset yang cukup besar. Itulah aset dakwah kita. Janganlah kita menjadi insan yang sombong. Janganlah jadi insan yang turut membawa sahabat kita kearah kehidupan.

Ana merasakan dah panjang dan lama ana menekan keyboard ni, so pada ana, buat sahabat-sahabiyyah yang sudah ada di IPT dan adik-adik agamawan yang bakal ke IPT, jagalah diri antum semua, tajdid dan ingat balik niat kita ketika diawal kita mula menghafal al-Quran dahulu, niat ketika kita berada di pintu pagar maahad kita. Janganlah antum menjadi insan yang membawa sahabat-sahabat kita kearah kenegatifan. Pandailah antum mencari sahabat. Pandailah antum mencari kekuatan ketika berada di IPT.

Konklusi nya :

Ikhlas + Sahabat yang baik + kelangsungan tarbiyyah (usrah) = AGAMAWAN OR HUFFAZ TERBAIK

p/s : tulisan ini hanyalah pandangan ana sebagai seorang yang masih belajar. Sekiranya ada komen atau kritikan amat dialu-alukan.

~menjadi insan Ditarbiyyah dan Mentarbiyyah~
~to be a Doctor Bertaqwa~


No comments:

Post a Comment