Bismillahirrahmanirrahim...
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Alhamdulillah hari ini dapat untuk aku kembali menekan kembali keyboard setelah hampir dua minggu aku berkelana dalam kembara ilmuku di bumi barokah Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Kembara untuk menambah ilmu di dada disamping menambah pengalaman asam garam hidup.
Diterima masuk ke Darul Quran bagaikan satu peluang daripada Allah untuk aku memasyikan al-Quran. Aku bagaikan dilahirkan semula ke dalam hafalan al-Quran. Aku terasa bagaikan al-Quran kembali datang kepadaku. Terasa kemanisan ataupun halawah hidup dalam suasana al-Quran di sini.
Apa yang ingin aku kongsikan disini ialah tentang program Haluan Siswa dan Mafatih Mahabbah yang merupakan program pertama buat kami siswa dan siswi semester pertama Progran Persijilan Tahfiz Darul Quran UIAM. Mengikuti program ini bagaikan berada di bumi MTS. Program Haluan Siswa yang seratus peratusnya dikelolai oleh para pensyarah di bumi barokah Darul Quran. Disini kami diuji dengan kekuatan, ketepatan masa serta persahabataban antara kami. Aku terasa bagaikan 'zero' ketika menyertai program tersebut. Aku berasa begitu kerdil dibandingkan dengan keilmuan sahabat-sahabat dari sekolah lain. Mungkin itu hikmahnya kita mempunyai rakan yang pelbagai.
Kemudian sehari kami berehat, kami terus ke Kem Siti Khadijah di Batang Kali untuk program Mafatih Mahabbah anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ). Satu program yang aku rasa agak syadid berbanding beberapa program yang pernah aku sertai. Program ini diuruskan oleh abang serta kakak diploma yang merupakan pimpinan PERKEMAT DQ sesi 2010/2011. Masih terbayang dimindaku tentang suasana semasa program yang penuh dengan disiplin agar kami sedar bukan mudah untuk menjaga al-Quran dan betapa sukar untul menjadi Jilul Quran Farid. Masih terbayang wajah abang Faizul, abang Miftah serta abang koordinator program yang garang dalam sayang kepada kami ketika mentarbiah kami. Ntah aku sendiri tak tahu nak cakap macamana, ketika program mereka bagaikan mendera kami, tetapi ketika mantan YDP PERKEMAT DQ sesi 09/10 dan abg marwan iaitu Exco LADA PERKEMAT DQ 09/10 datang pada malam terakhir program untuk membalas kembali perbuatan abang serta kakak koordinator program kepada kami, kami boleh menangis dan rasa tak sanggup untuk melihat mereka dijalan itikkan, dibasahkan serta didera oleh mantan YDP dan abang marwan. Ntah mungkin itu dikatakan mahabbah serta benda yang paling bernilai didalam program tersebut.
Mungkin cukup disini aku menitip cerita yang tak berapa bernila bagi orang lain tetapi cukup bernilai buat aku. Terima kasih para pensyarah Darul Quran serta abang-abang yang banyak mengajar kami tentang ukhuwwah. Abg Faizul, Abg Sidek, Abg Tengku, Abg Fakhrul, Abg Zaki serta semua abang koordinator serta abang-abang IQRAC semester tiga, Abg Hanif, Abg Miftah, Abg Firdaus, Abg Azkar (fasilatator kumpulan aku dalam Mafatih Mahabbah), Abg Ismat, Abg Faiz Ali, Abg Zaki serta semua abang persijilan semester tiga.
Terima kasih YA ALLAH kerana mencampakkan aku ke bumi barokah Darul Quran
caiyok wan!!!tabah!!quran payah nk jage!!!tee~
ReplyDeletesalam ziarah..... sahabat sedarul quran sijil...gen 11
ReplyDeletesalam,, nak tanya masuk dq mula2 diploma dulu 3 tahun n than masuk uia ke?
ReplyDelete