Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
Pertamanya macam biasa,.bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat ana menitip di blog nie untuk kali pertama bulan nie.
Sebenarnya terdapat beberapa event yang cukup penting bagi ana di awal bulan Oktober nie,.Sebagai mana penting event tersebut, maka sepenting itu juga duit ana terpaksa dikeluarkan untuk bayar charge Cyber Cafe di bandar Rawang nie,.tak bayar sori lah tak dapat untuk ana menjenguh blog nie,.hehe,.
Ok dari mengarut panjang,.baik ana terus kepada event yang paling penting iaitu Bithday kepada Ayahanda yang cukup disayangi,.so "Happy Birthday ayah, Selamat Hari Jadi ayah, Sanah Helwah Abi,."hehe,.tiga2 bahasa yang mampu untuk ana kuasai (walaupun belum mahir 2 daripada 3) ana kasi kat Ayahanda. Jadi orang pertama kali nie,.hehe,.Walaupun birthday ayah 5 Oktober tapi takpelah hari pun kira ok jugaklah kan. Lagipun ketika ana masih menuntut di MTS, ayahanda sering akan marah kalu lewat memesan barang yang ingin ana minta dia beli,.So ayah kali nie wan yang paling awal,.
Ayahanda ana bernama Mohd Ariff bin Mohd Noor bin Munam bin Engku Bendahara(setakat tue sahaja ana tahu salasilah keturunan ana). Menurut ayahanda, keturunan ana nie berasal dari Indonesia,.
Apabila berada berjauhan kini, ana baru mengerti betapa iri hati sahabat-sahabat ana melihat ana yang setiap minggu dikunjungi oleh ayahanda serta bonda. Setiap minggu di MTS, pasti kami akan lunch sekeluarga dan kekadang minum petang atau outing di bandar Tanah Merah. Setiap minggu dapat kucup tangan ayah dan umi. Kekadang apabila terdesak di tengah minggu (hari kerja) sanggup ayah drive kereta datang ke MTS semata-mata ana memerlukan barang yang cukup penting.
Tapi satu jew kenangan yang paling ana rasa ayahanda ana nie cukup sayang kepada ana dan adik2 yang lain iaitu, dia jarang menyuruh kami balik dengan bas,.Ana dan adinda Saiful Adli hanya akan balik dengan bas jika kami sendiri meminta untuk balik sendiri,.seingat ana, ana tidak pernah naik bas SKMK melainkan bermula di form 4, bayangkan sahabat ana ada yang di Form 1 naik bas sendiri,.ana form 4 baru nak kenal bas,.bukan kerana ayah tak percaya pada kami adik-beradik tetapi tu tanda ayah sangat sayang kat kami. Ayah nak tengok kami sampai rumah dari MTS. Tue baru ana dan adinda Saiful Adli. Adinda Lutfil Hadi lagilah setiap hari berulang alik dari Kota Bhari ke sekolah,.Adinda Farhan Ilmi lagilah sentiasa diambil setiap waktu cuti,.dilawati setiap hujung minggu dan hari Selasa.
Adinda-adinda yang ana sayangi,.tulah tanda ayahanda sayang kita,.tue kira sedikit jew tue,.kalu kira duit-duit yang dah dia beri setiap kali kita meminta,.yuran sekolah kita,.semua main duit adik-adikku. Satu jew yang ana respect dengan ayah dia tidak manjakan anak-anak dia dengan duit walapun dia mampu,.
Mungkin setakat nie sahaja ana berceloteh tentang ayah,.Apa yang pasti kalu ana menjadi AYAH suatu hati nanti pasti ana akan menjadi seperti AYAH ana,.Wan, Lie, Fil dan Han sentiasa SAYANG ayah dan umi sentiasa,.
No comments:
Post a Comment