Tuesday, March 30, 2010

Duka Berjuang

"Alhamdulillah, hari ini berpeluang juga aku menitip sedikit posting di blog yang juga diari keduaku untuk aku menyimpan segala jenis pengetahuan serta nostalgia hidupku..."

Begitulah yang terdetik dihatiku tatkala berpeluang untuk menitip sedikit bicara di blogku ini. 1 hari lagi genap 3 bulan aku memegang Exco Badan Maktabah di dalam Soff Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Sains. Begitu memeritkan sekali. Aku tahu bahawa ini peluang kepadaku dan juga tiket untuk ke syurga jika ia dilaksanakan sebaik mungkin. Tetapi perlu diingat ia juga mungkin menjadi tiket ke neraka andai tugas itu tidak dilaksanakan.

"Sudah 3 bulan nta memegang exco maktabah...tapi ape yang telah enta lakukan?ape yang telah enta sumbangkan?"

Pasti aku menjawab,

"Timbalan Exco Maktabah tak lakukan apa-apapun. Ana rasa macam ana seorang jer yang pikir..."

Lalu sahabatku menjawab,

"Kenapa kita sering mempersoalkan apa yang orang lain beri sedangkan kita tak menilai sebanyak mana kita beri? Hiduplah untuk memberi"

Aku terkesima dan satu persoalan timbul dibenakku,

"Tetapi kenapa dari mula ana berada didalam kerja organisasi ini, ana sering mendapat rakan gandingan yang kurang memuaskan? Sedangkan enta atau exco lain tidak mengalami masalah tersebut?"

"Ingatlah seperti mana yang ana tulis dalam blog ana, Allah ingin menguji enta melalui dia. Mungkin dengan diuji ini, enta akan lebih dekat dengan Allah. Contohnya, kalau enta dan timbalan enta sama-sama malas, silap-silap maktabah akan mengalami zaman kehancurannya pada zaman enta. Kalau dua-dua rajin, mungkin enta akan berdepan zaman kegemilangan tapi sejauh mana enta merasai kemanisan berjuang dan pahit maung yang mematangkan. Tiada manusia yang sempurna, tapi ingatlah, kamal wa istikmal, kita dicipta untuk saling lengkap-melengkapi"

"But you must understand my situation, sekarang ana rasa macam ana seorang jer yang berfikir?"

"Kan ana dah kata tadi, tiada manusia yang sempurna. Enta tidak boleh mengharap untuk sentiasa mendapatkan orang sempurna. Allah mengamanahkan dia kepada enta untuk menimba pengalaman, dan insya Allah tahun depan dia akan menyambung kegemilangan maktabah berbekalkan pengalaman bertugas bersama enta!"

Tidak kira mudah dan lancar, atau pahit dan maung, semuanya harus disandarkan kembali kepada Allah. Semuanya bertujuan ibadah, untuk bersama Allah. Kamal wa istikmal - lengkap-melengkapilah kerana we are here to complete, not to compete! (kita berada di sini untuk saling melengkapi, bukan saling bersaing!)

Duka berjuang itu mematangkan!

No comments:

Post a Comment