Showing posts with label kembara MTSTM. Show all posts
Showing posts with label kembara MTSTM. Show all posts

Friday, August 31, 2012

Layak ke kita digelar orang bawak AGAMA

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Allah telah  memberi keizinan dan kekuatan untuk jari ini menari di atas keyboard laptop yang baru dibeli. Laptop barukan?Semangatlah sikit nak menulis lepas dah dapat senjata baru. Selama nie PC kat rumah, laptop ayah, PC Cyber Cafe dan laptop sahabat. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi nikmat ini kepada ana. In sha Allah akan ana gunakan laptop ini untuk terus menulis sebagai inzar buat diri ini dan ummah. Moga-moga amal ini dikira di sisimu Ya Allah. Terima kasih kat ayah juga yang memberikan ana laptop ini. Akan wan gunakan laptop ini untuk study sekuat mungkin untuk menjadi seorang Doktor Bertaqwa. Tue just sekadar muqaddimah. So dari ana terus melalut baik ana terus ke point apa yang ingin ana tulis.

Layak ke kita digelar orang bawak AGAMA

Tuesday, August 7, 2012

Why must Medic???

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, semalam telah selesai hari pertama Pre-Departure Medic Mesir 2012 yang bertemakan Seeds of Change. Alhamdulillah banyak pengalaman serta input baru yang diperoleh dari program tersebut. Baru sehari program dah banyak yang dapat. First, rasa cukup best bila mana pergi daftar program pagi itu, terus jumpa abang senior dari MTS, iaitu Abg Ahmad Hishamuddin dan Abg Imran Ali, dua orang hebat kat Alexandria University. Cukup bermakna dapat berjumpa dan bersua muka dengan senior-senior dari berbagai universiti. Semua gundah-gelana yang dialami dapat dileraikan sedikit demi sedikit.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Surah Al-Hujurat: ayat 13

bersama ayah dan umi serta adik bongsu ketika Kovokesyen Darul Quran.

Monday, July 30, 2012

usaha dan doa,.adakah ketika exam jer..?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah memberi sedikit kekuatan untuk menekan keyboard untuk mengisi sedikit laman sesawang, kembara menuju keredhaanNya di petang terakhir 10 awal Ramadhan yang menjanjikan RAHMAT dari Allah S.W.T, moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat dari-Nya, in sha Allah. Seterusnya salam rindu akan kekasih hati, Muhammad Rasulullah S.A.W, berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup nikmat IMAN dan ISLAM.

Sahabat dan sahabiyyah tercinta kerna Allah,.

Maahad Tahfiz Sains, aq merindui segenap isi mu.

Thursday, November 24, 2011

SPM 2011,.keberkatan,.?

khas buat adikku Saiful Adli,

adik-adik Banin F5 MTS,.
Muqri, Faiz Rosman, Azim, Azim Saha,
Muhaimin, Safwan (serta yang laen n sori ramai sangat),.

dan adik-adik Banat F5 MTS,.
Nur Fatimatuz Zahrah, Nur Wasitah, Adilah Nasir,
Fatimah Ghani Basri, Huda Badrul Hisham (serta yang laen n x kenal)

Bismillahirrahmanirrahim,.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang memberi sedikit kekuatan untuk aku menulis sedikit post di Kembara Seorang Khalifah. Setelah seminggu bercuti dari Darul Quran, hari ini baru timbul sedikit 'mood' untuk menulis di blog.

Walaupun agak terlewat untuk post ucapan Selamat Menempuh Peperiksaan buat adinda-adinda F.5 Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah, Kelantan. Ana sentiasa mendoakan kalian banin dan banat agar memperoleh keputusan yang terbaik buat diri kalian. InsyaAllah moga-moga kejayaan yang bakal adik-adik peroleh akan menaikkan lagi syiar ISLAM di muka bumi ini dan cita-cita kita untuk melihat khilafah berpaksi di muka bumi ini berjaya.

Adik-adik sekalian,

Mungkin tinggal lebih kurang 2 minggu lagi entum bergelar 'budok MTS' dan dengan masa berbaki inilah bagi ana cukup-cukup bernilai kerana fatrah imtihan SPM inilah yang cukup-cukup nostalgia bagi ana. Waktu-waktu kecederaan inilah entum semua ingin mencari mutiara-mutiara yang belum lagi dapat dicungkil atau dalam koleksi kalian.

Cukup penting untuk seseorang pelajar untuk mendapat KEBERKATAN dari guru. Jika kita lihat pada sirah, ramai dikalangan ilmuwan-ilmuwan ISLAM, ulama`-ulama` ISLAM yang cukup menjaga keberkatan dengan guru-guru mereka. Mereka cukup menjaga adab-adab dengan guru-guru mereka. Malah ada diantara tidak akan meluncurkan kaki mereka kearah rumah guru mereka.

Adik-adik yang cukup disayangi,.

Renungilah, muhasabahlah serta fikir dengan zikir bagaimana hubungan dengan guru-guru kita. Apa yang penting, di waktu-waktu akhir kalian inilah mintalah kemaafan dengan guru-guru walaupun kita merasakan kita tidak ada 'khilaf' dengan guru tersebut. Pintalah keberkatan serta halal diatas ilmu yang kita pelajari. Ingat adik-adik, satu equation yang cukup penting dalam kehidupan kita sebagai pelajar iaitu ILMU+KEBERKATAN=KEJAYAAN,.

Semoga KEJAYAAN milik kalian,.dan KEBERKATAN dalam kehidupan...

ILMU+KEBERKATAN=KEJAYAAN,.

Saturday, October 1, 2011

Good Luck for Fil n geng PMR 2011

buat Fil yang akan amik PMR

Bismillahirrahmanirrahim,.

Just sambung dari posting sabelum nie,.

InsyaAllah minggu hadapan semua calon2 Penilaian Menengah Rendah akan mula menggunak senjata2 mereka di medan peperiksaan,.Just sekadar perkongsian dengan adinda Lutfil Hadi, adik2 F3 Maahad Tahfiz Sains,.banin mahupun banat,.especially MTS TM walaupun hanya banat di sini,.mungkin ada yang kenal ana terutama bekas-bekas anak buah ana semasa ana memikul taklifat Exco Pusat Sumber Majlis Perwakilan Pelajar MTSTM,.asif ana tak mengenali kalian tetapi kalian kenal ana.

Adik-adik,.
Ingatlah PMR yang akan antum sume amik nielah yang akan menentukan hala tuju kalian,.keputusan kalian nantilah yang akan menjawab tohmahan pelajar agama tiada akademik,.keputusan kalian nanti yang akan menjadi kebanggaan ISLAM,.keputusan kalian nanti yang akan menaikkan syiar ISLAM di muka bumi ALLAH.

Adik-adik,.
Janganlah antum semua meletakkan kejayaan antum semua pada kegigihan dan usaha antum,.tapi letaklah kepercayaan bahawa keputusan itu dari ALLAH dan ALLAH yang ,mengurniakan untuk kalian,.jangan letakkan usaha semata-mata,.tetapi dampingilah usaha itu dengan DOA serta TAWAKKAL,.

Adik-adik,.
terus berDOA walaupun fatrah imtihan telah tamat,.doakanlah untuk sahabat serta sahabiah antum juga,.ingat adik-adik,.bukan KEJAYAAN yang ALLAH lihat tetapi berapa banyak USAHA yang dah adik-adik lakukan untuk capai KEJAYAAN tersebut,.

Adik-adik
mintak maaf dengan mak ayah kalian, guru2 kalian, abang dan kakak kalian, senior dan junior kalian sebelum antum masuk ke dewan exam,.

Moga KEJAYAAN milik kalian,.

Saturday, September 24, 2011

Mereka akan meninggalkan aku,.

Bismillahirahmanirrahim,.


Dengan nama Allah yang maha Penyayang dan maha Pengasih

Minggu lepas dapat mesej dari fathi dan syahir adik-beradik Ghuraba` Group,.insyaAllah mereka akan fly ke Jordan,.huhu,.ingatkan ukhuwwah kita di DQ akan berkekalan seperti di MTS,.namun Allah merancang sebaliknya,."Sesungguhnya kita merancang dan Allah merancang,.Dan Allah sebaik-baik perancangannya"

Dalam minggu lepas jugak kami,.ahli Qurra`3 di DQ telah mengadakan Majlis Wida` bersama Akh Amsyar dan Akh Aizat yang insyaAllah akan berangkat ke luar negara,.terima kasih kepada sahabat yang membantu,.Syeikh Faizuddin(merangkap sayap kiri dalam halaqah tasmi`), Azamuddin, Qhayum, Hafizuddin dan sume sahabat yang menjayakan Majlis Wida`
tersebut,.

Kemudian dapat mesej lagi,.dari Ukht Mardhiah,.Timbalan Setiausaha Qurra`3 ITQAN MTS,.insyaAllah beliau juga akan meninggalkan perjuangan kami dalam Qurra`3,.makin hilang srikandi serta pejuang2 dalam organisasi Qurra`3,.sekarang nie ada 3 kekosongan dalam Qurra`3 selepas Akh Fathi, Ukht Nafilah dan terakhir Ukht Mardhiah berangkat ke Mesir,.teruskan perjuangan kalian di jalan kalian,.sape nak isi bleh inform kat ana, Akh Syuaib dan Ukht Khadijah,.

Semalam dapat mesej dari umi,."Umi baru balik dari rumah Fauzan,.". Lalu ana mereply mesej tersebut,."Bakpo?,." umi menjawab,."takdok sajo jah,.umi nak oyap fauzan nak gi mesir doh,."ana menjawab,."Oo,.tau doh,.dio oyap doh aitue,.dia gi next week,."Nampaknya hilang lagi sorang ahli Ghuraba` Group selepas 3 orang yang pergi meninggalkan kami di Malaysia,.takpelah sabar jewlah Akh Azmibullah sebagai CEO Ghuroba` Group,.

Esok ada majlis kesyukuran abang log(fawwaz zuhaili) usrah Janissari yang akan berangkat ke Mesir,.sori abang long,.adik nta sorang nie jew takleh gi,.huhum,sedih jugaklah,.tapi adik kat DQ nie akan sentiasa mendoakan abang long berjaya kat Universiti Alexandaria tue,.moga kita semua berjaya di lapangan kita,.rabbuna yusahhil,.

InsyaAllah minggu depan Amirul Asyraf a.k.a mantan Ketua Pelajar Sri Aman 2005 akan berangkat ke Mesir,.huhu,.sedih jugak kot kehilangan sahabat dari darjah 1 hingga kini masih bersahabat,.takpe yo,.mg janji doh nak balik tahun depan,.aku tunggu mg,.

Eem,.tue sekadar muqaddimah terhadap apa yang ingin ana tulis pada pagi nie,.mungkin kini setelah lama menulis baru ana mengerti mengapa ana menulis,.mungkin lepas nie ana akan menulis berdasarkan suara hati ana,.hehe,.moga-moga amal yang sedikit ini dapat membantu di padang mahsyar kelak. hehe,.ada bunyi perasan sikit,.huhu

Ramai jugak rasanya sahabat serta sahabiah ana yang akan ke luar negara,.ana jew masih merempat kat Malaysia,.takpe,.itu semua tak penting,.yang penting ukhuwwah kita terus utuh,.huhu,.insyaAllah ya sahabat dan sahabiah,.

Sahabat sahabiah,.

"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara,."
Satu quote yang baik untuk memulakan penulisan,.kata Tec Afifah pensyarah Bahasa Inggerisku di DQ,.huhu,.tu kata-kata saper sahabat sekalianm,tue bukan kata-kata picisan,.tue lah kalamuLlah,.kata-kata tuhan kita,.tetapi sejauh mana kita semua telah memahami serta beramal dengan potongan ayat quran tersebut,.

Sahabat kalu kita lihat kini berapa ramai yang yang bersedih bila nak berpisah dengan sahabatnya,.berapa ramai yang akan cakap aku sayang kamo bila nak berpisah,.cakap aku takleh hidup tanpa kau,.ana sayang persahabatan kita,.

Namun siapa yang menghargai sahabat apabila mereka berada di depan mata,.siapa yang lebih sayang akan tidur sahabatnya dari mengejutkan sahabatnya solat subuh,.berapa ramai yang akan mengingatkan sahabatnya dikala sahabatnya LAGHO,.

Sahabat adakah nilai persahabatan itu hanya dinilai dengan sayang tanpa dicegah kemungkaran,.takleh berpisah tanpa diertikan betapa manis sebuah pertemuan,.sedih bila berpisah tanpa sedih bila melihat sahabat melakukan kemungkaran,.ana sayang persahabatan tanpa ana tak sanggup tegur kalu tengok nta/nti lagho,.

Renung-renuglah sahabat,.
Mungkin kita merasa sedih untuk berpisah tetapi sejauh mana kita menyayangi persahabatan kita,.sejauh mana kita membawa persahabatan kita kepada RedhaNya,.

Renug-renugkanlah sahabat,.
ana tidak mahu melihat kalian bersedih dikala kita berpisah,.ana hanya mahu melihat kalian bersedih bila tau ana sedang lagho,.tegurlah ana kali nta melihat ana lagho,.

Salam Ukhuwwh Fillah Abadan Abada
~Segalanya Kita Bersama~tagline Qurra`3,.

buat Abang Long Fawwaz, Yien dan Abbas yang ke oversea,.



buat sahabat dan sahabat Qurra`3 yang ke oversea

Friday, July 29, 2011

Khas Buat Adik-adik MTS,.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat rabbul alamin Allah S.W.T, sejambak salam dan selawat kepada penghulu sekalian anbiya` Muhammad Rasulullah S.A.W sahabat baginda, keluarga baginda serta seluruh mujahidin yang sentiasa mengabdikan diri kepada ISLAM.


waktu kali pertama turun slps keluar MTS

InsyaAllah 7 Ogos 2011 ini adik-adikku di bumi Maahad Tahfiz Sains akan menempuh peperiksaan percubaan bagi SPM, SMU dan juga PMR. Bermula dengan adik-adik form five hingga ke form three banin mahupun banat akan berjuang di medan masing-masing. Ana mewakili abang-abang dan akak-akak Qurra`3 mengucapkan selamat berjuang dan moga adik-adik sama ada banin mahupun banat berjaya dalam imtihan. Allahumma Najjahna fil imtihan fid dunya wal akhirah, InsyaAllah.

Pernahkah kita memikirkan hikmah di sebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, pelari 110m berpagar pun kadang kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya. Tapi pernahkah kita fikir hikmah dan natijah di sebalik kegagalan itu?


Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
(Al-baqarah:216)


Lepas tengok ayat ini apa sahabat dan sahabiyah rasa?


Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha. Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu. Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan yang hanya pinjaman dari Allah. Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.


Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.


Maknanya, kalau gagal kena gembira ke? InsyaAllah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa. Akhir sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN Akhirat dan Dunia, insyaAllah sekuat manapun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.


SALAM UKHUWWAH FILLAH,.


ANA UHIBBUKUM FILLAH,.


SEMOGA BERJAYA!!




Friday, December 17, 2010

Coretan Hati Seorang EXMTS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

dengan nama Allah yang maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG

Saat diri ini mula menekan 'keyboard' untuk meluahkan rasa hati, isi hati, dan segala perasaan yang terkandung didalam hati, kini aku bukan lagi bergelar seorang pelajar MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH, KELANTAN.

Kini baru aku mengerti bahawa beginilah perasaan yang dialami, dirasai dan terpaksa ditempuhi oleh setiap abang-abang dan kakak-kakak yang telah dahulu meninggalkan medan ini tetapi perjuangan ini. Kini aku hanya bergelar bekas pelajar MTS sahaja. Kalu dahulu aku kemana sahaja orang bertanya "Adik sekoloh mano?" dengan izzah serta rendah diri aku menjawab kembali "Sekoloh Maahad Tahfiz Sains"...


hari terakhir selepas SPM 2010

Tidak dapatku ertikan, ungkapkan serta lukiskan keindahan serta kemanisan ketika bergelar seorang pelajar MTS yang baru sahaja aku lepas gelaran tersebut pada 16 Disember 2010. Pelajar Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah kebanggaan kerajaan negeri Kelantan pimpinan seorang ulama'. Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah yang melahirkan permata serta mutiara yang akan mengangkat kembali Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun.


bersama guru penasihat Third Batch MTS, Tec Ima Hafiza

Cg,. Nik Maziah, guru penasihat Badan Maktabah(kiri) dan Tec Adilah

Sir Raja, Tec Fadzilah, Tec Salina dan Tec Azura

Ust Anuar guru BAT dan Guru Dakwah MTS 2010

2006, aku mula menceburi serta menjadi sebahagian dalam diri Maahad Tahfiz Sains. Namun mungkin Allah yang Maha Esa ingin memberikan aku peluang serta pengalaman yang lebih, lantas aku dihantar ke Maahad Tahfiz Nurul Hidayah, sebagai tempat pengajianku. Kemudian pada 2007, aku neneruskan kembara ke kampus induk Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan yang Adunnya merupakan Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa cakna akan keperluan dan kebajikan pelajar di sekolah anak emas kerajaan negeri.
Disini aku mula mengenali serta mengerti hidup seorang muslim. Disini aku diajar segala-galanya, tentang pelajaran dunia dan akhirat, penulisan serta kepimpinan. Disi aku mula mengenali gerak kerja dakwah dan tarbiah.

Dan apa yang aku rasa, pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan mungkin kekuatan setiap warden dan murabbi di Maahad Tahfiz Sains dalam mentarbiah diri kami selaku huffaz di Maahad Tahfiz Sains.


semasa menerima watikah perlantikan Exco Maktabah MPP 2010

Satu suasana yang aku rasa tidak ada di sekolah lain ialah seorang guru akademik boleh mengamalkan satu sunnah yang aku rasa tidak ada di sekolah lain iaitu guru akademik lelaki memakai jubah masuk mengajar didalam kelas. Apa yang lebih manis mereka ini boleh dianggap bagaikan seorang ustaz dan ustazah walaupun mereka merupakan guru akademik. Sentiasa menitip dibibir mereka nasihat serta mutiara sebakai bekalan buat kami selaku seorang huffaz.
Masih terngiang di minda aku kata-kata guru physicsku, "Sir kalau boleh tengok kamu semua dapat berbakti untuk ISLAM sudah cukup..." dan kata-kata guru chemistryku, "Bagi teacher, kamu semua dapat beramal dan faham semua ilmu yang teacher dah cukup...teacher dah cukup berbangga dapat mengajar orang menghafal al-Quran". Kata-kata yang aku rasa tidak dapat didengar di sekolah lain.


kelas terakhirku

Aku rasa bagaikan tidak kena jika tidak dititipkan kisah-kisah bersama warden MTS. Warden yang tidak pernah berfikir tentang elaun serta gajinya. Apa yang aku tahu elaun warden hanyalah RM250 sebulan. Cukup ke? Subhannallah nila RM250 digantikan dengan masa bersama keluarga dan hanya untuk menjaga kami para huffaz MTS yang penuh dengan kerenah serta perangai masing-masing. Setiap pagi, kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik serta suara warden yang lantang. Setiap lepas maghrib kami diberi tazkirah serta nasihat dari para warden sebagai bekalan kami diluar. Kekadang kami diberi peluang oleh warden untuk memberi tazkirah sebagai medan latihan untuk kami sebelum kami melangkah kedalam masyarakat. Sakit, demam dan luka kami, para warden jaga dan sanggup berhabis wang dan minyak kereta semata-mata untuk menghantar kami anak-anak didiknya ke hospital. Apabila kami ada masalah dan tekanan mereka hadir dengan senyuman manis menghiburkan kami.
Dan pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan ialah warden menangis mengenangkan akhlak serta perangai sesetengah huffaz yang agak nakal. Pernah satu malam, aku menghampiri bilik seorang warden, aku terdengar tangisan munajat kepada Allah memohon agar kami para huffaz MTS dapat berbakti dan memberi sumbangan kepada ISLAM. Subhanallah begitu tulus serta ikhlas para warden menggantikan tugas para ibu bapa huffaz MTS.

Kini 17 Disember 2010, aku bukan lagi huffaz MTS, aku rindu akan bi`ah solehah yang hadir di bumi Maahad Tahfiz Sains. Aku rindu akan ketukan pintu serta laungan warden mengingatkan kami kepada kewajipan seorang hamba kepada Rabbul Alamin. Aku rindu akan tazkirah para warden. Aku rindu akan suara-suara ustaz,ustazah,sir dan teacher yang sentiasa mencurahkan mutiara ilmu kepadaku. Aku rindukan suasana kelas al-Quran dan akademik di MTS. Aku rindukan suasana tarbiah dan al-Quran di MTS.

YA ALLAH, BERIKANLAH KEKUTAN KEPADA HAMBAMU INI UNTUK BERDIRI DENGAN AGAMA DAN AL-QURANMU, YA ALLAH SESUNGGUHNYA, HAMBAMU RINDUKAN KASIH SAYANGMU, RINDUKAN RASULMU, MUHAMMAD S.A.W DAN RINDUKAN AKAN SUASANA DI MAAHAD TAHFIZ SAINS. YA ALLAH, BERIKANLAH AGAR HATIKU SENTIASA TERIKAT DENGANMU, RASULMU, ISLAM DAN MAAHAD TAHFIZ SAINS...
YA ALLAH AKU RINDUKAN MAAHAD TAHFIZ SAINS....

Saturday, November 6, 2010

marwan bila enta nak update blog nta tue? ke khalifah dah tak berjalan?"

Salam ukhuwwah...
dah lama rasanya tak terupdate blog nie...samapai satu mesej kepada ana

"marwan bila enta nak update blog nta tue? ke khalifah dah tak berjalan?"

Ya Allah aku memohon keampunan kepada MU kerana SPM aku lupa akan tanggungjawab kepada agamaMU, aku lupa bahawa aku seorang ISLAM, aku seorang pemegang amanahmu...maafkan aku YA ALLAH..."

Mungkin bukan ana sahaja yang merasai betapa pentingnya peperiksaan kepada kita selaku manusia yang hidup di muka bumi ini. Mungkin semua persoalan yang timbul disebabkan peperiksaan telah ALLAH jawab didalam AL-QURAN. Mungkin posting kali ini ana cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ALLAH kurniakan kepada diri yang hina ini...

Mungkin kita selalu bertanya : KENAPA RASA FRUST?

Lantas QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


Apabila kita gagal(tak berjaya mana) dalam exam : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Lalu QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


Lantas timbul pula persoalan : AKU NAK MINTAK TOLONG DENGAN SIAPA??

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Kemudian kita terus berfikir dengan akal yang serba kekuranga : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

Kemudian terus berfikir: KEPADA SIAPA AKUBERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129


Mungkin kekadang kita beeKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Para pembaca yang disayangi, teruskanlah mendampingi kla ALLAh S.W.T. Mungkin selama ini kita lupa bahawa segala persoalan dalam hidup kita telah AL-QURAN jawab...

SO BE WITH QURAN ALWAYS AND YOU CAN GET ALL SOLUTION IN YOUR LIFE...AL-QURAN IS THE BEST ANSWER FOR ANY YOUR QUESTION...

OH MY LOVE PLEASE DON`T LEAVE ME....I`M PROMISE WITH YOU THAT I ALWAYS BE WITH YOU...YOU ARE MY LOVE...AL-QURAN KAREEM...

Thank to all MTSian that always support me as friends, students and sons.

Sunday, September 19, 2010

exam semasa kita tadika, UPSR, PMR, SPM

SALAM UKHUWWAH DAN SALAM PERTEMUAN...

Aduh nampaknya dah hampir dua bulan lagi ana n others form 5 student akan menduduki SPM.
Alhamdulillah, kini kami pelajar kelas 5 Ibnu Sina yang dulunya macam tiada wawasan (kata Syuaib) kini, bagaikan baru dilahirkan bersemangat lebih dari wawasan 2020.

Sahabat pembaca yang dikasihi khasnya pembaca yang berada di Form 5. InsyaAllah buat kali ini ana akan berkongsi satu message dari seorang murabbi iaitu Ustaz Wan Al-Hafiz dalam facebook ana baru-baru ini.

Sekarang ialah saat getir bagi kita semua. Memerlukan pengurusan dan disiplin masa yang teratur. Pada saat ini juga, kita dituntut untuk lebih menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. selain menjauhi maksiat. Sebagai contoh, semasa sedang study, tiba-tiba otak 'stuck' @ tension @ stress @ masalah-masalah lain, tempat rujukan pertama mestilah Allah s.w.t. Terus pergi ambil wudhu, dirikan solat sunat dua rakaat dan mengadu secara langsung masalah tadi kepada-Nya. Itulah cara yang telah diajarkan kepada kita oleh Nabi-nabi a.s. dan para salafussoleh.

INGAT! Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita tidak berlaku dengan sia-sia. Bukan juga untuk menzalimi kita. Sesungguhnya segala perkara tersebut didatangkan sesuai dengan tahap dan kemampuan kita. Yakinlah bahawa kita pasti berupaya menghadapinya. Biasalah. Ujian yang menimpa dari hari ke hari bukan semakin senang.

Namun bukan juga diluar capaian kuasa kita.
Contoh, exam semasa kita tadika, UPSR, PMR, SPM, dan seterusnya. Ketika tadika, Fuhh..!! Kita sudah rasa amat payah. Tetapi bila sudah lepas dan tengok balik ujian tersebut, pasti kita rasa amat senang. Samalah juga dengan exam lain. Ini juga boleh diumpamakan dengan ujian Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Setiap ujian adalah untuk mengangkat tahap dan darjat keimanan kita supaya lebih dekat kepada-Nya.

Sahabat... Allah s.w.t. tidak menuntut kita supaya menjadi sempurna. Tetapi menyuruh kita supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada sekarang.
Susunlah masa sebaik mungkin dan ikut apa yang kita sudah susun. Buatlah segala tanggungjawab itu mengikut kemampuan kita. Selebihnya, serah kepada Allah s.w.t.

Ana doakan kejayaan buat semua sahabat termasuk diri ana di dunia dan di akhirat. Amin.


Tazkirah tersebut telah ana edit sedikit berdasarkan situasi sekarang. Kalau Ustaz Al-Hafiz ada membaca lain tu kira ana dah edit nasihat ustaz kepada ana.

Doakan kejayaan kami para huffaz MTS di medan SPM, SMU dan PMR...InsyaAllah...

Salam juang!

Wassalam.

Monday, September 13, 2010

Pemuda Acuan Al-Quran...

Assalamualaikum...

Zaman Rasulullah dan para sahabat telah membuktikan kegemilangan Islam telah dijualng tika itu disebabkan oleh pegangan dan keyakinan yang teguh terhadap A-Quran dan assunnah
serta kekuatan ukhuwwah di antara para sahabat.


Kini dapat dilihat kepincangan yang sedang melanda umat Islam terutama para pemuda dan pemudi. Para pemuda bukan sahaja tidak dapat dijadikan pemimpin masyarakat bahkan kebanyakan pemuda kita kini nak pimpin diri sendiri pun tak mampu...Mengapa semua ini terjadi? Adakah ISLAM itu yang salah?...


Disini ingin ana bicara seorang insan yang serba kekurangan nya dari segi fizikal,namun dengan semangat jihad dan kebiaksanaannya dapat menggeruni pihak musuh. Ikuti pesanan Syeikh Ahmed Yaseen kepada muda-mudi sebelum beliau dianugerahkan syahid oleh Allah swt:


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah S.W.T dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengn akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Muhammad S.A.W.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.Lebih dari itu,aku mengajak kalian wahai anak-anakku,untuk mendekat diri dengan sunnah Nabi kalian yang agung.


Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah S.W.T dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian agar menghormati orang yang lebih
tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusa dan dunia serta menggantinya dengan kata amal ,kerja dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Berlajarlah bagaimana hidup dalam
kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan bertawakkallah kepada Allah.”


Barisan Majlis Perwakilan Pelajar MTS 2010

Kata-kata salah seorang pemuda Hamas:

"Setiap pejuang tidak pernah takutkan kematian kerana kematian itu merupakan asam garam kepada perjuangan itu sendiri. Kebahagiaan dalam berjuang telah dijamin oleh syariat Islam. Sewaktu memutuskan untuk melibatkan diridalam perjuangan ini, kami telah pun betul-betul faham segala cabaran dan rintangan yang ada."

Semoga semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar MTSTM 2010 terus thabat dengan jamaah dan melayani mehnah student dengan penuh kesabaran dan hikmah.

Asif jiddan kepada Timb. Exco Pusat Sumber MPP 2010 kerana ana acap kali menyusahkan ukhti. Thanks for your support.

Thursday, July 15, 2010

KEIKHLASAN SEBUAH TANGGUNGJAWAB


Apabila menyentuh soal tanggungjawab, ramai di antara kita yang merasakannya satu bebanan yang cukup berat untuk dipikul. Namun ada juga yang berasa resah jika tidak diberikan tanggungjawab kerana beranggapan dirinya tidak diperlukan atau tidak memainkan peranan dalam sesuatu perkara.

Soal tanggungjawab tidak mengira umur sama ada kita masih muda, tua, abang, adik, pekerja, majikan, kawan atau musuh, masing-masing memikul tanggungjawab yang tersendiri. Tanggungjawab tidak semestinya digariskan pada sehelai kertas yang perlu diikuti tetapi perlu juga lahir daripada diri kita sendiri. Memikul tanggungjawab seumpama melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kita dan perlu dilakukan sebaik mungkin.

Seorang abang perlu menghantar adiknya ke sekolah, meskipun hanya di seberang jalan, namun itu tanggungjawabnya. Seorang ibu membasuh pakaian suami dan keluarganya juga tanggungjawab. Bapa mencari wang untuk menyekolahkan anak-anaknya juga tanggungjawab yang biasa kita lihat, bagaimana pula yang kita tidak nampak namun sebenarnya tanggungjawab kita? Itu yang menjadi persoalan.

Bohong kalau hendak dikatakan diri kita ini benar-benar insan yang bertanggungjawab. Ada sesetengah perkara yang kita pandang remeh kerana merasakannya bukan tanggungjawab kita.misalnya mengutip sampah yang kita nampak di perhentian bas atau menggunakan tandas awam sebaik-baiknya. Berapa ramai di antara kita yang sanggup mengutip sampah jika tidak disuruh atau mungkin menggunakan tisu tandas hanya yang perlu sahaja?

“ Bukan sampah aku? “ atau “Aku tak buat” itu ayat yang biasa kita dengar dan juga kita sendiri kadangkala beralasan yang sama. Semua untuk menampakkan kita ini hendak mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab, walhal hakikatnya itulah yang berlaku.

Cuba kita fikirkan jika kita semua bertanggungjawab, bukankah keadaan akan lebih baik. Baik untuk diri kita, baik untuk diri keluarga, insan yang kita kasihi dan orang lain. Sebagai contoh, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Jika kita memainkan peranan menjaga kebersihan, mungkin kita tidak akan mendengar lagi kes-kes pencemaran, keracunan makanan dan sebagainya. Meskipun sekecil-kecil peranan yang kita pikul, mampu membuat perubahan besar jika semua melaksanakan perkara yang sama.

Ada masanya ibu dan ayah anda ke luar bandar untuk urusan kerja dan meminta anda menjaga keselamatan rumah. Itu tanggungjawab yang perlu anda pikul dan laksanankan, bukannya keluar atau mengajak rakan-rakan membuat parti di rumah. Perbuatan anda itu bukan sahaja mengecewakan ibu bapa anda malah boleh mengundang perkara-perkara yang tidak baik berlaku.

Jangan mengharapkan pujian atau balasan apabila anda melaksanakan tanggungjawab kerana ia mungkin tidak akan berlaku. Laksanakan tanggungjawab seikhlas hati, baru anda dapat melakukan semua perkara dengan mudah tanpa mengharapkan balasan.

Tidak semua perkara boleh berlaku sekelip mata, namun jika kita ‘mendayung sampan perlahan-perlahan, kita tetap sampai ke muara’. Jika kita memikul tanggungjawab kita sedikit demi sedikit sekali pun, kita tetap membuat perubahan akhirnya. Ingatlah kehidupan sentiasa mengajar kita…………


Wednesday, June 16, 2010

Remaja Hari Ini Pemangkin Masa Hadapan

Assalamualaikum...

Entah mengapa malam ini tergerak hati untuk menyelongkar bahan-bahan Buletin Kampus terbitan BAKTIMTS yang pernah ana menjadi Ketua Editornya tahun lepas. Rasa rindu pun ada dengan suasana yang pernah ana alami tahun lalu. Tidur lambat bersama akh Syuaib MAIN DESIGNER BK semata-mata nak siapkan satu majalah bulanan BAKTIMTS. Paling best yang edisi bumper sempena Ramadhan al-Mubarak, kami editorial termasuk dari banat MTS yang diketuai oleh Ukht Nur Wasitah binti Azmi (adik kot, sebab dia junior ana) sama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan edisi yang gempak punyalah.Hehe... Nie dah banyak melalut nie...Untuk kenangan penerbitan Buletin Kampus nanti ana citer dalam posting lain. Ok Jom kita telusuri satu artikel yang cukup bermakna buat santapan kita bersama...

kita harapan ummah...majulah RIJAL MTS

PESAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A,

“jika ingin melihat sesebuah Negara itu maju dan Berjaya, maka lihatlah kepada generasi mudanya pada waktu ini”.

Kita boleh melihat krisis minda yang berlaku ke atas remaja pada masa ini boleh dikatakan makin tenat dan nazak. Justeru itu, ana ingin berkongsi sesuatu yang kalau kita tidak boleh buat semua jangan tinggalkan semua kebaikan tersebut.

Zaman remaja merupakan suatu zaman ingin mencuba sesuatu yang belum pernah dikecapi. Umpamanya, kita menjangkakan kita mampu untuk berbuat sesuatu kerana pada ketika itu kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kemahuan yang membuak-buak, tetapi terkadang kita lalai bahawa ianya diselubungi oleh pengaruh musuh-musuh iman dan taqwa. Manusia diiringi dengan nafsu di dunia ini. Maka, nafsu tersebut perlu dibimbing dan dijinakkan melalui apa yang telah baginda Rasulullah pesan:

“Daku telah meninggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang kepadanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.”

Kita sendiri melihat reality ramai remaja hari ini yang celik Valentine’s Day, clubbing, dating dan segala –ings yang sewaktu dengannya. Ana akui kita semua pernah melalui zaman tersebut, malangnya virus penyerangan fikiran Ghozatul Fikr (Serangan Minda) dari musuh-musuh iman dan taqwa ini, lebih hebat berjangkit dan menular serta membarah ke dalam masyarakat remaja kita pada hari ini berbanding celik Al-Quran, terpanggil bila azan berkumandang, rasa zouq bila halwa telinganya diperdengarkan lagu-lagu, syair-syair, atau zikir-zikir yang mengagungkan kebesaran tuan punya dunia. Sekaligus, fenomena ini membuktikan bahawa ramai remaja yang takutkan hantu daripada Tuhan.

Memang! Kita tidak rasa takut dengan benda yang kita tidak Nampak ( Allah, azab kubur, nikmat syurga, kedahsyatan neraka, bil-bil berupa pahala juga saman yang berupa dosa daripada tuan punya dunia ) sebab itu Nabi berusaha memantapkan aqidah kepada mereka yang baru memeluk Islam di Makkah hampir 13 tahun berbanding 10 tahun di Madinah untuk mensyariatkan hukum Allah sebagai perundangan Negara yang wajib diikuti oleh penduduk-penduduk Yathrib ketika itu.

Nama-nama seperti Saidina Ali, sanggup mati kerana Nabi, kerana Islam. Kita sanggup mati kerana dadah dan rempit. Kita lihat Saidatina Asma’ bt. Abu Bakar, yang sanggup merentasi kegersangan Padang Pasir untuk membawa bekalan makanan kepada Rasul dan ayahandanya di Gua Thur dalam peristiwa hijrah. Sedangkan kita sanggup menggadaikan aqidah, syariat dan akhlak dalam perjalanan menuju puncak glamor demi menempa apa yang dihajati dan realitinya, di Barat, di Timur, ramai ikon-ikon remaja yang lost!!!! Akhirnya telah pun membunuh diri mereka.

Walau bagaimana pun remaja masih meletakkan mereka-mereka ini sebagai ikon (tuhan) kerana penangan nafsu sememangnya tidak pernah memikirkan akibat. Apa yang mereka fikirkan ialah kepuasan.

Umpama firman Allah yang bermaksud

“ Dalam diri manusia itu ada 2 bendera. Satu bendera al-Fujur (panglimanya berajakan nafsu dan satu lagi bendera at-Taqwa (panglimanya Rasulullah sebagai role model)”

Justeru itu, langkah pertama yang perlu bagi remaja untuk memandu diri mereka kearah yang kondusif dan barakah ialah bendera yang mana satukah akan menjadi pegangan? Tepuk dada Tanya iman.

Semoga kita bertemu lagi dengan izinnya.

saje je...gambar ketika pendaftaran awal tahun...01.01.10...(arief,syuaib, ana)

Saturday, May 15, 2010

Aku, ibu dan guru

Sesunguhnya bulan Mei , menyaksikan pelbagai variasi hari perayaan sempena menyambut seseorang.Ada hari Guru ,ada juga hari Ibu dan ada juga hari pekerja.Buat semua yang terlibat dalam perayaan menyambut mereka sempena segala jasa mereka telah taburkan selama ini , ana dengan muka berseri-seri ingin mengucapkan selamat apa-apalah untuk apa jua mereka lakukan dalam profession masing-masing.

Ana masih seorang pelajar.Jadi bagi ana,Hari Pekerja ini tidaklah seberapa penting sangat.Ana seorang pelajar,maka hari Guru bukanlah penting sangat bagi ana.Ana seorang anak,tetapi hari Ibu tidak penting.Yang penting bagi ana ialah penghargaan yang ana bagi dan curahkan kepada semua.Ibu perlu dihormati sepanjang masa.Manakala segala tunjuk ajar guru perlu digunakan sebaik mungkin dalam kehidupan.

Hadiah? Apa kepentingan hadiah.Tidakkah hadiah itu menampakan rakyat Malaysia ini materialistik.Tidak bukan? Tetapi hadiah itu hanya sebagai lambang penghargaan kita kepada mereka.Yang penting pengargaan secara tuntasnya dalam jiwa nurani kita.

Sebelum apa-apa perkara yang hendak kita buat,fikirkan apa yang bagus sangat pasal diri kita ni.Kalau ibu ana tak ajar ana bercakap,tak mungkin ana akan pandai bercakap.Kalau guru ana tidak mengajar ana membaca,tidak mungkin ana dapat membaca.Ya dengan kehendak Allah mungkin semua itu boleh berlaku dengan semulajadinya..namun ana bukan insan yang dapat anugerah sebegitu rupa.Lahir-lahir dah pandai.Ana insan biasa…..

Kehadapan Guru dan Ibu…
Ana ingin coretkan sebuah sajak buat insan yang banyak mengajar erti kehidupan kepadaku..

Ibu..
Engkaulah guru..dan rumah kita menjadi sekolah
Kedutan wajah,ditutupi dengan ceria..
Pagi petang,gusarkan aku..
Makan dan minum,tidak dikira..
Asal dapat penuhi kehendakku
Kiranya dapat kubalas jasamu..
Bangga kepalang..tidak terperi..
namun Ibu bukan mengharapkan balasan..
tetapi kasih sayang dari seorang anak..

Guru..
Dicubit dipinggang kerana salah..
Dikejar dan ditarik untuk ke kelas..
Dirotan dan dimarahi..berulang kali..
Adakah itu jasa untuk guru?
Tidak bukan..hanya pengorbanan..
dan tunjuk ajarmu..
Ilmu diwarisi perlu disebarkan..
Untuk menjadi insan yang sejati
Untuk guru..terima kasih.

Wednesday, March 31, 2010

Andai diberi peluang...

Andai ana diberi peluang oleh Allah untuk menjadi seperti Sang Matahari,
sudah pasti ana mahu menjadi seperti sang matahari,
matahari yang sentiasa bersabar dengan segala sungutan serta kemarahan orang.

Sentiasa setia memberi cahayanya untuk segenap makhluk, walau dicerca dan dihina.

Sang setia memberi kecantikan dan keserian kepada si bulan di waktu malam.



Namun aku adalah aku yang sentiasa ego, pentingkan diri sendiri,
serta hamba yang sentiasa lupa untuk mensyukuri nikmat pemberian dari-Nya.
Manusia yang merasakan diri sendiri sentiasa berul dan tidak pernah salah.

Manusia yang merasakan orang lain tidak mempunyai apa-apa nilai...



Ya Allah,
Aku mensyukuri dengan kegagalan yang engkau berikan,

begitu payah untuk aku menerima kemerosotan aku didalam imtihan baru-baru ini,

namun aku mengerti, mungkin ini salah satu cara
untuk Mu mengajarku tentang erti kehidupan ini.


Ya Allah,
aku berterima kasih kepada Mu kerana aku hanya mengalami sedikit kegagalan,
aku masih mempunyai teman sebilik yang sentiasa memberi dorongan,

aku masih mempunyai rakan setugas yang sentiasa mem'back up' dari belakang
,
aku masih mempunyai anak buah yang dedikasi dalam bekerja,
dan yang paling penting, Engkau tidak meninggalkan aku...



Terima kasih Ya Rahman, Ya Rahim.....


Aku mensyukuri nikmatMu...

Tuesday, March 30, 2010

Duka Berjuang

"Alhamdulillah, hari ini berpeluang juga aku menitip sedikit posting di blog yang juga diari keduaku untuk aku menyimpan segala jenis pengetahuan serta nostalgia hidupku..."

Begitulah yang terdetik dihatiku tatkala berpeluang untuk menitip sedikit bicara di blogku ini. 1 hari lagi genap 3 bulan aku memegang Exco Badan Maktabah di dalam Soff Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Sains. Begitu memeritkan sekali. Aku tahu bahawa ini peluang kepadaku dan juga tiket untuk ke syurga jika ia dilaksanakan sebaik mungkin. Tetapi perlu diingat ia juga mungkin menjadi tiket ke neraka andai tugas itu tidak dilaksanakan.

"Sudah 3 bulan nta memegang exco maktabah...tapi ape yang telah enta lakukan?ape yang telah enta sumbangkan?"

Pasti aku menjawab,

"Timbalan Exco Maktabah tak lakukan apa-apapun. Ana rasa macam ana seorang jer yang pikir..."

Lalu sahabatku menjawab,

"Kenapa kita sering mempersoalkan apa yang orang lain beri sedangkan kita tak menilai sebanyak mana kita beri? Hiduplah untuk memberi"

Aku terkesima dan satu persoalan timbul dibenakku,

"Tetapi kenapa dari mula ana berada didalam kerja organisasi ini, ana sering mendapat rakan gandingan yang kurang memuaskan? Sedangkan enta atau exco lain tidak mengalami masalah tersebut?"

"Ingatlah seperti mana yang ana tulis dalam blog ana, Allah ingin menguji enta melalui dia. Mungkin dengan diuji ini, enta akan lebih dekat dengan Allah. Contohnya, kalau enta dan timbalan enta sama-sama malas, silap-silap maktabah akan mengalami zaman kehancurannya pada zaman enta. Kalau dua-dua rajin, mungkin enta akan berdepan zaman kegemilangan tapi sejauh mana enta merasai kemanisan berjuang dan pahit maung yang mematangkan. Tiada manusia yang sempurna, tapi ingatlah, kamal wa istikmal, kita dicipta untuk saling lengkap-melengkapi"

"But you must understand my situation, sekarang ana rasa macam ana seorang jer yang berfikir?"

"Kan ana dah kata tadi, tiada manusia yang sempurna. Enta tidak boleh mengharap untuk sentiasa mendapatkan orang sempurna. Allah mengamanahkan dia kepada enta untuk menimba pengalaman, dan insya Allah tahun depan dia akan menyambung kegemilangan maktabah berbekalkan pengalaman bertugas bersama enta!"

Tidak kira mudah dan lancar, atau pahit dan maung, semuanya harus disandarkan kembali kepada Allah. Semuanya bertujuan ibadah, untuk bersama Allah. Kamal wa istikmal - lengkap-melengkapilah kerana we are here to complete, not to compete! (kita berada di sini untuk saling melengkapi, bukan saling bersaing!)

Duka berjuang itu mematangkan!

Thursday, February 11, 2010

Pesanan seorang murabbi...




11 FEBRUARI 2010 bersamaan 26 SAFAR 1431


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Entah apa yang ingin ana tulis hari ini...nak mengarut ke? nak buat lucu? atau buat ape?
Entah mengapa pagi ini apabila melihat gambar2 kenangan rakan-rakan Third Batch United, ramai yang dah takdek kat MTS. Mengapa semua ini terjadi? Baru ana teringat satu nasihat dari seorang murabbi yang cukup disegani di MTS iaitu Ustaz Yusri Ahmad sewaktu di awal bulan Januari yang lalu, ketika mana ramai antara kami pelajar Form 5 ingin berpindah atau nak ambil SPM di sekolah lain.


Katanya " Alangkah beruntungnya ana dan entum semua kerana ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk menjadi seorang yang menghafal AL-QUR`AN. Ana tahu memang letih, perit dan penuh cabaran untuk entum semua menghafal AL-QUR`AN, namun ana pasti apabila tepat pada masanya semua usaha entum akan berbaloi"


Aku bertanya didalam hati, "Bila masanya?"


Lalu Ustaz Yusri menyambung " Cuba entum bayangkan yang mana satu lebih beruntung antara seorang yang membawa peti harta karun yang berat dan penuh dengan harta karun dan yang membawa RM 2 didalam poket?"


Lantas kami menjawab "Yang bawa harta karun"


"Baiklah, yang membawa harta karun itu lebih beruntung. Jika didalam satu perjalanan, cuba entum bayangkan antara yang bawa harta karun dan bawa RM 2, yang mana lebih cepat untuk sampai di garisan penamat? Sudah tentu yang bawa RM 2 sebab, dia boleh berlari dengan laju tetapi yang bawa harta karun perlu berjalan perlahan-lahan untuk menjaga hartanya dari jatuh dan dicuri oleh perompak."


"Tapi entum semua perlu ingat, antara yang bawa RM 2 dan bawa harta karun yang mana lebih beruntung apabila sampai digarisan penamat. Orang yang bawa RM 2 mungkin hanya mampu untuk membeli sebotol air mineral RM 1 dan kacang RM 1, tetapi yang bawa harta karun walupun sampai lewat lewat dan letih tetapi boleh berbelanja sesuka hati di garisan penamat kerana mempunyai banyak harta."


"Ooo, macam tue" antaranya yang terkeluar dari mulut kami.


"Ok, sekarang bandingkan entum dengan mereka yang tak menghafaz al-Qur`an. Tentu entum lebih beruntung diakhirat kelak. Memang entum rasa perit, letih dan susah nak jaga al-Qur`an tetapi entum beruntung di akhirat kelak. Ana hanya boleh tunjukkan cara tetapi kuasa memilih ditangan entum semua" kata Usta Yusri akhir sekali.


Sebagai konklusinya, memang tak dapat disangkal bahawa orang yang menghafaz al-Qur`an bagaikan mereka yang membawa harta karun. "AHLUL QURAN AHLULLAH" Tetapi ingatlah jangan biarkan al`Qur`an menjadi hujjah keatas kita, tetapi menjadi hujjah buat kita untuk masuk ke syurga ALLAH S.W.T



"SEBAIK-BAIK KAMU ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA KEMBALI"

Wednesday, February 10, 2010

Seribu Satu Kenangan di Gunung Stong...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemuarh Lagi Maha Penyayang



begitu besar ciptaanmu YA ALLAH...


Jumaat, 5 Februari 2010 bersamaan 20 Safar 1431...

Hari ini ana dan rakan-rakan Third Batch of MTS akan menawan Gunung Stong. Pelbagai persiapan telah dilakukan dengan persiapan dari segi makanan, keperluan, khemah serta fizikal kami...maklumlah pertama kali nak menawan gunung nie... kalau sebelum ini bukit jer...tupun Bukit Panau yang terletak dekat dengan MTS. Sebenarnya ekspedisi kali ini lebih kepada merapatkan ukhuwwah kami yang telah sedia terjalin.




pendakian dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Hamidie Hamzah




bermula sebuah perjuangan...


Pagi tersebut kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi ke GunungStong. Lebih kurang dalam pukul 12.15 tengah hari kami tiba di Jelawang dan menunaikan solat Jumaat serta jama` taqdim asar. Tetapi ada jugak yang nak solat asar kat atas Gunung Stong. Pertamanya, kami diberi taklimat dan diberi 'guide' seramai 5 orang untuk menjaga kami sermai lebih kurang 80 orang termasuk Ust. Hamidie dan Cg. Jazlan. Antaranya ialah abang Shahril, abg Botak dan beberapa orang yang ana tak ingat nama mereka.




kebesaran mu ILAHI




bersama Sir Jazlan dan Ust Hamidie ketika sunrise


Begitu sukar dan berjuta cabaran dan rintangan seperti memanjat dinding batu, tanah licin dan berbagai halangan lagi yang terpaksa kami lalui untuk sampai di BaseCamp Gunung Stong yang berada di kemuncak air terjun tertinggi asia tenggara. Kalau diikutkan hati, tak nak teruskan pendakian. Namun berkat kesabaran serta sokongan dan bantuan raka-rakan akhirnya sampai juga ana ke puncak air terjun tertinggi di asia tenggara.


Begitu banyak proses tarbiah serta pengajaran yang dapat diambil oleh kami para huffaz yang akan terjun ke dalam lautan masyarakat tidak lama lagi. Antaranya Ukhuwwah Islamiah, usaha tanpa jemu, doa serta tawakkal. Cuba bayangkan andai kami mudah mengalah, pasti kami tidak akan dapat merasai nikmat untuk sampai di kemuncaknya. Kerana perlu diinggat bahawasanya hanya orang yang lallui sesuatu perkara dapat merasai sesuatu perkara. Melalui ekspidisi ini, kami dapat mempelajari satu perkara agar tidak mudah berputus asa. Paling utama ialah melihat kebesaran Allah ketika sunrise dan perjalanan kami.


'YA ALLAH, engkau telah sampaikan kami pelajar tingkatan 5 Maahad Tahfiz Sains 2010 di puncak Gunung Stong bersama-sama, oleh itu berilah kami kegembiraan mencapai KEJAYAAN di dunia dan akhirat bersama-sama dan jangan biarkan ada antara kami yang kesedihan kerana kegagalan...'




ALHAMDULILLAH kejayaan kita bersama...