Entah mengapa malam ini tergerak hati untuk menyelongkar bahan-bahan Buletin Kampus terbitan BAKTIMTS yang pernah ana menjadi Ketua Editornya tahun lepas. Rasa rindu pun ada dengan suasana yang pernah ana alami tahun lalu. Tidur lambat bersama akh Syuaib MAIN DESIGNER BK semata-mata nak siapkan satu majalah bulanan BAKTIMTS. Paling best yang edisi bumper sempena Ramadhan al-Mubarak, kami editorial termasuk dari banat MTS yang diketuai oleh Ukht Nur Wasitah binti Azmi (adik kot, sebab dia junior ana) sama-sama bertungkus lumus untuk menyiapkan edisi yang gempak punyalah.Hehe... Nie dah banyak melalut nie...Untuk kenangan penerbitan Buletin Kampus nanti ana citer dalam posting lain. Ok Jom kita telusuri satu artikel yang cukup bermakna buat santapan kita bersama...
kita harapan ummah...majulah RIJAL MTS
PESAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A,
“jika ingin melihat sesebuah Negara itu maju dan Berjaya, maka lihatlah kepada generasi mudanya pada waktu ini”.
Kita boleh melihat krisis minda yang berlaku ke atas remaja pada masa ini boleh dikatakan makin tenat dan nazak. Justeru itu, ana ingin berkongsi sesuatu yang kalau kita tidak boleh buat semua jangan tinggalkan semua kebaikan tersebut.
Zaman remaja merupakan suatu zaman ingin mencuba sesuatu yang belum pernah dikecapi. Umpamanya, kita menjangkakan kita mampu untuk berbuat sesuatu kerana pada ketika itu kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kemahuan yang membuak-buak, tetapi terkadang kita lalai bahawa ianya diselubungi oleh pengaruh musuh-musuh iman dan taqwa. Manusia diiringi dengan nafsu di dunia ini. Maka, nafsu tersebut perlu dibimbing dan dijinakkan melalui apa yang telah baginda Rasulullah pesan:
“Daku telah meninggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang kepadanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.”
Kita sendiri melihat reality ramai remaja hari ini yang celik Valentine’s Day, clubbing, dating dan segala –ings yang sewaktu dengannya. Ana akui kita semua pernah melalui zaman tersebut, malangnya virus penyerangan fikiran Ghozatul Fikr (Serangan Minda) dari musuh-musuh iman dan taqwa ini, lebih hebat berjangkit dan menular serta membarah ke dalam masyarakat remaja kita pada hari ini berbanding celik Al-Quran, terpanggil bila azan berkumandang, rasa zouq bila halwa telinganya diperdengarkan lagu-lagu, syair-syair, atau zikir-zikir yang mengagungkan kebesaran tuan punya dunia. Sekaligus, fenomena ini membuktikan bahawa ramai remaja yang takutkan hantu daripada Tuhan.
Memang! Kita tidak rasa takut dengan benda yang kita tidak Nampak ( Allah, azab kubur, nikmat syurga, kedahsyatan neraka, bil-bil berupa pahala juga saman yang berupa dosa daripada tuan punya dunia ) sebab itu Nabi berusaha memantapkan aqidah kepada mereka yang baru memeluk Islam di Makkah hampir 13 tahun berbanding 10 tahun di Madinah untuk mensyariatkan hukum Allah sebagai perundangan Negara yang wajib diikuti oleh penduduk-penduduk Yathrib ketika itu.
Nama-nama seperti Saidina Ali, sanggup mati kerana Nabi, kerana Islam. Kita sanggup mati kerana dadah dan rempit. Kita lihat Saidatina Asma’ bt. Abu Bakar, yang sanggup merentasi kegersangan Padang Pasir untuk membawa bekalan makanan kepada Rasul dan ayahandanya di Gua Thur dalam peristiwa hijrah. Sedangkan kita sanggup menggadaikan aqidah, syariat dan akhlak dalam perjalanan menuju puncak glamor demi menempa apa yang dihajati dan realitinya, di Barat, di Timur, ramai ikon-ikon remaja yang lost!!!! Akhirnya telah pun membunuh diri mereka.
Walau bagaimana pun remaja masih meletakkan mereka-mereka ini sebagai ikon (tuhan) kerana penangan nafsu sememangnya tidak pernah memikirkan akibat. Apa yang mereka fikirkan ialah kepuasan.
Umpama firman Allah yang bermaksud
“ Dalam diri manusia itu ada 2 bendera. Satu bendera al-Fujur (panglimanya berajakan nafsu dan satu lagi bendera at-Taqwa (panglimanya Rasulullah sebagai role model)”
Justeru itu, langkah pertama yang perlu bagi remaja untuk memandu diri mereka kearah yang kondusif dan barakah ialah bendera yang mana satukah akan menjadi pegangan? Tepuk dada Tanya iman.
No comments:
Post a Comment