Monday, July 19, 2010

21 Ogos 1969

Adakah Masjid Al-Aqsa pernah terbakar? Barangkali ramai lagi yang akan bertanya soalan yang sama. Ramai lagi umat Islam sekarang yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Cuba kita bayangkan sekiranya berlaku penjajahan di negara kita, lalu Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita. Masjidil Aqsa merupakan Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga buah masjid,
Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid Al-Aqsa.”


TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?


Kini, Al Quds dan Palestin yang penuh berkat menjadi tawanan para Yahudi laknatullah. Mereka juga meninggalkan luka yang sangat mendalam di segenap penjuru hati setiap Muslim yang inginkan kiblat pertama dibebaskan daripada cengkaman mereka. apakah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim? Takkanlah nak biarkan begitu sahaja? Marilah bersama-sama kita sampaikan kepada mereka yang jahil mengenai hal ini....


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Mimbar ini dulu digunakan oleh Solahhuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Quds dari tentera Salib Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulurkan bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah dibantai.

Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan. Lucunya, Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.

Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun

menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Maka atas dasar apakah kita berdiam diri selama lebih 41 tahun penaklukan kota Al-Quds pada 7 Jun 1967 yang membawa kepada peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan lawatan kontroversi Ariel Sharon memasuki dataran Masjid Al-Aqsa pada 28 Sept 2000 dengan 600 tentera siap bersenjata dan lebih 3000 orang Yahudi untuk mengelilingi tempat suci itu?

Kejadian tersebut meningkatkan kemarahan umum sehingga berlaku Intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin yang sehingga ke hari ini api perjuangan dan penentangan mereka masih belum dapat dipadamkan. Rakyat Palestin sudah cukup terseksa dengan pembunuhan dan kekejaman zionis saban hari. Kematian sudah menjadi perkara biasa di bumi jihad itu. Akan tetapi, mengapakah Intifadhah meledak pada saat itu? Jawapannya kerana kesucian Masjid Al-Aqsa telah dinodai oleh tapak kaki Sharon yang mana merupakan Pemimpin Parti Likud yang kemudiannya

menjadi Perdana Menteri Israel , malah dia juga adalah watak utama dalam peristiwa berdarah Sabra dan Shatila (1982).

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam. Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.



No comments:

Post a Comment