Sunday, May 29, 2011

CINTA?LOVE?AL-HUB?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan yang telah memberikan kita sebuah nikmat yang cukup agung iaitu dapat hidup dengan nikmat ISLAM dan IMAN.

Segala pujian diuntaikan buat baginda Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda dan para ikhwan baginda yang sentiasa berjuang untuk melihat ISLAM tertegak di bumi ini.

Sahabat serta sahabiah yang cukup dicintai kerana Allah,

"CINTA?LOVE?AL-HUB? Apa yang dimaksudkan dengan cinta,.?Apakah ada cinta ISLAMI,.?Tak boleh ke nak COUPLE,.?"

Itulah antara soalan yang sering timbul di benak dan kotak fikiran pemuda dan pemudi termasuklah diri ana ini sendiri. Itulah juga soalan yang akan dilontarkan oleh para pelajar apabila diadakan satu seminar ataupun diskusi tentang cinta. Tidak kira pelajar sekolah agama mahupun aliran biasa. Mungkin soalan-soalan ini turut menghantui para penghafaz al-Quran yang baru mengenjak usia remaja.

Ikhwan dan Akhawat sekalian,.

ISLAM adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.

Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah S.A.W. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengaasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah sepasang ADAM dan HAWA bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Para pemuda dan pemudi sekalian,.

Nah, betapa rapinya ISLAM itu yang membuktikan bahawa ISLAM itu sebuah agama yang cukup lengkap dan menepati fitrah manusia. Islam sendiri diberikan oleh ALLAH sebagai suatu nikmat buat seluruh alam sepertimana sabda Rasulullah. S.A.W,

"Sesungguhnya aku diutuskan sebagai satu rahmat"

Disebabkan ISLAM itu satu agama yang membawa rahmat, maka bertepatan ISLAM itu mengharamkan COUPLE. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. didalam kitab al-Furqan Surah al-Isra` ayat 32 di dalam yang bermaksud,

"Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang keji"

Lantas ada yang menyanggah, "Kami bukannya berzina, kami just keluar dan kami boleh jaga diri kami,.". Memang benar just keluar dan boleh jaga diri masing-masing, tetapi jangan kita lupa sebuah hadis daripada baginda Rasulullah S.A.W,

"Apabila seorang anak dikalangan lelaki dan perempuan yang bukan MUHRIM, maka akan hadir yang ketiga. Yang ketiga itu adalah SYAITAN"

Wahai RIJAL dan NISA` yang dicintai kerana ALLAH,

Sekarang sudah jelas, COUPLE itu juga merupakan salah satu wasilah kepada ZINA dan juga salah satu jalan yang keji.

Renunglah wahai harapan ISLAM,

Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka berKAHWINlah.

Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diajarkann oleh ISLAM. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM

Para pembawa harapan ISLAM sekalian

Kita semua pemuda dan pemudi yang ditakdirkan berjuang untuk ISLAM. Bukan haram untuk menzahirkan cinta kita, ia halal jika kita memilih cara yang halal dan haram sekiranya kita memilih yang haram. Pilihlah yang halal sepertimana yang telah ditunjukkan oleh ISLAM iaitu melalui PERKAHWINAN. Suntinglah gadis yang diminati dengan cara yang sah. Mintalah dari PENCIPTA gadis itu terlebih dahulu dan ibu bapa si gadis itu dahulu.

Ingatlah kata-kata Ust Pahrol Mohd Juoi didalam bukunya TENTANG CINTA,

" JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN MASA, CINTA ADALAH KUASA LUAR BIASA YANG TIADA BANDINGANNYA,."

No comments:

Post a Comment