Tuesday, August 28, 2012

BUDAYA ILMU: PAUCIS VERBIS


بسم آلله الرحمن الرحيم

آقرأ بآ سم ربك آلذي خلقْْ خلق اللإنسن من علقْْ إقرأ وربك آلأكرمٌُ آ لذي علم با لقلمِِ علم الإ نسن ما لم يعلمُُ

Dalam era globalisasi kini, dunia pada hari ini seolah-olah bertukar dari sebuah tempat tinggal kehidupan kepada sebuah trek perlumbaan. Negara-negara bersaing sesama sendiri bagi menunjukkan siapa lebih maju terkehadapan. Dan Barat nampaknya  seolah-olah mendabik dada berbangga dengan kemajuan infrastruktur dan teknologi yang dibangunkan sekian lama dan menganggap bahawa hanya dengan kemajuan kebendaan dan mengenepikan system nilai, ianya akan mampu membawa kepada kejayaan sesebuah ketamadunan. Ide ini berjaya meresap jauh ke dalam system-sistem pentadbiran Negara sedunia lantas menjadikan Barat sebuah  Negara contoh ikutan terbaik (role model). Masyarakat lebih cenderung melihat alam ini menerusi cara pandang alam Barat. Dangkalnya, dengan faham matereialisme ini, senario pada hari ini menyaksikan kezaliman berlaku di mana-mana sahaja. Peperangan, salah guna kuasa, nepotisme, korupsi, pergaulan bebas, dan segala bentuk masalah berluasa di setiap ruang dan waktu. Hampir keseluruhan masyarakat Bumi pada hari ini  mengalami kebejatan aklak yang maha dasyat dan keruntuhan system nilai yang semakin mustahil untuk dibina semula.

Sunday, August 12, 2012

Ukhuwwah Fillah Till Jannah

Bismillahirrahmanirrahim,

ukhuwwah fillah till jannah

Group 6 Megusta, Pre-Medic, Medic Mesir 2012


Alhamdulillah, pagi ini ana telah selamat sampai di negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim, negeri tadahan wahyu. Satu suasana yang nyaman menyambut ana ketika sampai dengan sahabat dan sahabiyyah Pre-Medic Medic Mesir. Hujan renyai-renyai membasahi bumi Kota Bharu. Alhamdulillah, mungkin semalam malam Lailatul Qadr kot. Ntahlah, hanya Pemilik sekalian Alam yang mengetahui bila malam Lailatul Qadr yang sebenarnya.

Tuesday, August 7, 2012

Why must Medic???

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, semalam telah selesai hari pertama Pre-Departure Medic Mesir 2012 yang bertemakan Seeds of Change. Alhamdulillah banyak pengalaman serta input baru yang diperoleh dari program tersebut. Baru sehari program dah banyak yang dapat. First, rasa cukup best bila mana pergi daftar program pagi itu, terus jumpa abang senior dari MTS, iaitu Abg Ahmad Hishamuddin dan Abg Imran Ali, dua orang hebat kat Alexandria University. Cukup bermakna dapat berjumpa dan bersua muka dengan senior-senior dari berbagai universiti. Semua gundah-gelana yang dialami dapat dileraikan sedikit demi sedikit.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
Surah Al-Hujurat: ayat 13

bersama ayah dan umi serta adik bongsu ketika Kovokesyen Darul Quran.

Monday, July 30, 2012

usaha dan doa,.adakah ketika exam jer..?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah memberi sedikit kekuatan untuk menekan keyboard untuk mengisi sedikit laman sesawang, kembara menuju keredhaanNya di petang terakhir 10 awal Ramadhan yang menjanjikan RAHMAT dari Allah S.W.T, moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat Rahmat dari-Nya, in sha Allah. Seterusnya salam rindu akan kekasih hati, Muhammad Rasulullah S.A.W, berkat perjuangan baginda kita dapat menghirup nikmat IMAN dan ISLAM.

Sahabat dan sahabiyyah tercinta kerna Allah,.

Maahad Tahfiz Sains, aq merindui segenap isi mu.

Saturday, July 21, 2012

Orang Berilmu = Orang Taat / Dekat dengan Allah


Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafakkan setinggi-tinggi ke hadrat Allah S.W.T, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W serta ahlul bait, sahabat generasi awal ISLAM serta semua pejuang-pejuang ISLAM.

Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita agar dipertemukan semula dengan Ramadhan al-Mubarak setelah setahun kita berpisah dengannya. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mengutip sebanyak mungkin rahmat,keampunan serta pelepasan dari api neraka buat kesekian kali. Moga-moga hati kita gembira kerana kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat serta rahmat seperti mana hati-hati sahabat dan sahabiyyah di awal perjuangan ISLAM.

Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud;

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang mendapati Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan menjauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu aku pun menyebut: “Amin.”

Sahabat dan Sahabiyyah yang disayangi.

Kini kita berada di bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang didalamnya terdapat rahmat (10 awal Ramadhan), keampunan (10 pertengahan Ramadhan) dan perlepasan dari api neraka (10 akhir Ramadhan). Moga kita tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang mendapat Rahmat, Keampunan dan Perlepasan Api Neraka in sha Allah.