BismilLahirRahmaniRahim
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian diuntaikan buat Rabbul Alamin,.Allah Azzawajalla,.
Allahumma solli `ala Saidina Muhammad wa `ala ahlili wa sohbihi wa Sallam,.gugusan selawar buat baginda Muhammad S.A.W, ahli bait, sahabat serta ikhwan-ikhwan baginda.
Alhamdulillah, pagi ini ana terasa satu keinginan untuk membelek buku Sultan Muhammad al-Fateh atau lebih glamour di Turki dengan Sultan Mehmed al-Fateh.
Aduh,.rupanya dua hari lepas merupakan satu yang cukup bersejarah didalam Islam apabila satu hadis yang diucapkan oleh baginda Rasulullah ketika sedang menggali parit bersama sahabat-sahabat didalam perang Khandak ataupun Ahzab,.baginda bersabada:
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
"Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel".
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya pada tanggal,.
29 MEI 1453
No comments:
Post a Comment