Sunday, May 1, 2011

Jom sama-sama kita buat 'date' malam nie,.

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah segala pujian dititipkan buat Rabbul Alamin yang membenarkan ana untuk kembali menulis setelah hampir lima bulan blog ini menyepi tanpa posting. Segugus salam serta selawat buat penghulu agung, Rasulullah SAW, para sahabat serta seluruh ikhwan-ikhwan seantero dunia dan zaman.

Apa yang ana ingin kongsikan pada hari ini ialah tentang sebuah hadis buat sama-sama kita tatap dan renung.

Pernah suatu ketika Rasulullah bersama-sama sahabatnya,.tiba-tiba baginda menangis. Justeru sahabat pelik dan Saidina Abu Bakar R.A bertanya "Ya Rasulullah mengapa engkau menangis YA Rasulullah,.? Rasulullah menjawab " Aku menangis kerana aku rindukan para ikhwanku,.", Saidina Abu Bakar bertanya lagi, "Ya Rasulullah bukankah kami ini ikhwan-ikhwanmu Ya Rasulullah", Rasulullah menjawab "Bukan, kamu semua nukan ihkwanku, tetapi kamu semua adalah sahabatku,.ikhwanku adalah mereka yang TIDAK PERNAH MELIHATKU, TIDAK BERSAMAKU, TIDAK MENDENGAR KALAMKU, TETAPI MEREKA PERCAYA DAN BERIMAN KEPADAKU,.", selepas mendengar jawapan dari baginda, para sahabat turut sama-sama menangis,.

Ok, para pembaca sekalian,.

selepas kita membaca dan menghayati hadis diatas,.apa yang dapat kita rasa. Adakah kita juga pernah bersedih seperti mana Rasulullah menangis merindui kita,.adakah air mata kita lebih kepada cinta sang kekasih, sang isteri mahupun sang suami,.

Pernah kita terfikir sejenak mengapa air mata kita mahal untuk dikeluarkan kerana rindukan kekasih agung Muhammad S.A.W dan pemilik kita serta pemilik kekasih agung Allah S.W.T.
Mengapa begitu susah dan keras hati kita untuk sejenak mengingati yang sentiasa mengingati kita,.

Rasulullah tengah tunggu,.

Cuba renug2kan,.dan sama-sama kita muhasabah,.Jom sama-sama kita buat 'date' malam nie bersama pencipta dan kekasih agung kita,.Jom sama-sama,.


2 comments:

  1. Masya-Allah.. terfikir sejenak. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna.

    ReplyDelete