Tuesday, January 25, 2011

berimpin tangan ke SYURGA

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ukhuwwah??

Adakah kita mengerti apa itu ukhuwwah? Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwwah islamiah? Adakah ukhuwwah islamiah sama dengan persahabatan biasa? Best ke ukhuwwah islamiah? Mungkin itu antara persoalan yang sering tinbul dibenak fikiran kita apabila berbicara tentang ukhuwwah.

Sahabat sekalian,

Ukhuwwah islamiah bukanlah satu hubungan persahabatan yang biasa. Ia merupakan satu hubungan yang cukup istimewa disisi ISLAM. Melalui ukhuwwah islamiah kita akan dapat membina satu kekuatan yang pernah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat R.A ketika dizaman awal permulaan islam.

Rasulullah bersabda:

" Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Begitu tinggi nilai ukhuwwah didalam ISLAM sehingga Rasulullah sendiri mengajar kita agar kita sentiasa mengasihi sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Ukhuwwah Islamiah dikatakan amat penting didalam pembangunan Khilafah Islamiah adalah kerana melalui ukhuwwah islamiah kita akan salingi ingat mengigati sesama muslim agar tingkat asas dalam maratibul amal yang digariskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Bannaiaitu fardhul muslim dapat direalisasikan yang seterusnya melahirkan baitul muslim, mujtama` muslim, daulah islam dan akhir sekali mencapai khilafatul muslim.

Sahabat sekalian,

Sedarlah kita adakah selama ini kita bersahabat berlandaskan untuk mendapat mardhatillah atau ukhuwwah insaniah. Ayuh sahabat, mari kita tukarkan kembali ukhuwwah insaniah kita kepada mencapai mardhatillah melalui kita mentrensformasikan ukhuwwah insaniah kita kepada ukhuwwah islamiah, agar kita dapat sama-sama merasai halawah didalam berukhuwwah. Ingatlah sahabatku, amalkanlah berlapang dada dalam serendah-rendah ukhuwwah dan ithar dalam setinggi-tinggi ukhuwwah kita

Sahabat, andai suatu hari nanti, dikau dicampakkan kedalam neraka jahannam,INSYAALLAH, aku berjanji yang aku akan turut sama terjun kedalam neraka, mengambil untuk sama-sama kita berpimpin tangan ke Syurga milik-NYA

kini aku memahami dan tahu apa itu Mafateh Mahabbah

Saturday, January 8, 2011

Kehidupan awal di Darul Quran

hari pertama di bumi barokah Darul Quran

Bismillahirrahmanirrahim...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

Alhamdulillah hari ini dapat untuk aku kembali menekan kembali keyboard setelah hampir dua minggu aku berkelana dalam kembara ilmuku di bumi barokah Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Kembara untuk menambah ilmu di dada disamping menambah pengalaman asam garam hidup.

Diterima masuk ke Darul Quran bagaikan satu peluang daripada Allah untuk aku memasyikan al-Quran. Aku bagaikan dilahirkan semula ke dalam hafalan al-Quran. Aku terasa bagaikan al-Quran kembali datang kepadaku. Terasa kemanisan ataupun halawah hidup dalam suasana al-Quran di sini.

Apa yang ingin aku kongsikan disini ialah tentang program Haluan Siswa dan Mafatih Mahabbah yang merupakan program pertama buat kami siswa dan siswi semester pertama Progran Persijilan Tahfiz Darul Quran UIAM. Mengikuti program ini bagaikan berada di bumi MTS. Program Haluan Siswa yang seratus peratusnya dikelolai oleh para pensyarah di bumi barokah Darul Quran. Disini kami diuji dengan kekuatan, ketepatan masa serta persahabataban antara kami. Aku terasa bagaikan 'zero' ketika menyertai program tersebut. Aku berasa begitu kerdil dibandingkan dengan keilmuan sahabat-sahabat dari sekolah lain. Mungkin itu hikmahnya kita mempunyai rakan yang pelbagai.

Kemudian sehari kami berehat, kami terus ke Kem Siti Khadijah di Batang Kali untuk program Mafatih Mahabbah anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ). Satu program yang aku rasa agak syadid berbanding beberapa program yang pernah aku sertai. Program ini diuruskan oleh abang serta kakak diploma yang merupakan pimpinan PERKEMAT DQ sesi 2010/2011. Masih terbayang dimindaku tentang suasana semasa program yang penuh dengan disiplin agar kami sedar bukan mudah untuk menjaga al-Quran dan betapa sukar untul menjadi Jilul Quran Farid. Masih terbayang wajah abang Faizul, abang Miftah serta abang koordinator program yang garang dalam sayang kepada kami ketika mentarbiah kami. Ntah aku sendiri tak tahu nak cakap macamana, ketika program mereka bagaikan mendera kami, tetapi ketika mantan YDP PERKEMAT DQ sesi 09/10 dan abg marwan iaitu Exco LADA PERKEMAT DQ 09/10 datang pada malam terakhir program untuk membalas kembali perbuatan abang serta kakak koordinator program kepada kami, kami boleh menangis dan rasa tak sanggup untuk melihat mereka dijalan itikkan, dibasahkan serta didera oleh mantan YDP dan abang marwan. Ntah mungkin itu dikatakan mahabbah serta benda yang paling bernilai didalam program tersebut.

Mungkin cukup disini aku menitip cerita yang tak berapa bernila bagi orang lain tetapi cukup bernilai buat aku. Terima kasih para pensyarah Darul Quran serta abang-abang yang banyak mengajar kami tentang ukhuwwah. Abg Faizul, Abg Sidek, Abg Tengku, Abg Fakhrul, Abg Zaki serta semua abang koordinator serta abang-abang IQRAC semester tiga, Abg Hanif, Abg Miftah, Abg Firdaus, Abg Azkar (fasilatator kumpulan aku dalam Mafatih Mahabbah), Abg Ismat, Abg Faiz Ali, Abg Zaki serta semua abang persijilan semester tiga.

Terima kasih YA ALLAH kerana mencampakkan aku ke bumi barokah Darul Quran

Sunday, December 26, 2010

Umat Islam Perlu Cipta Pengaruh

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...


Mungkin kali ini merupakan titipan terakhir untuk tahun 2010...mungkin kot...insyaAllah petang ini aku akan berangkat ke Kuala Lumpur sebelum mendaftarkan diri Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Doakan agar aku berjaya disana dan terus dapat mengislah diri aku menjadi seorang muslim yang sejati.



Mungkin apa yang ingin aku kongsikan hari ini, satu artikel dari seorang blogger merangkap junior di bumi MTS, iaitu al-Akh Luqman Afifi. Seorang junior yang cukup aku hormati. Jom kita sama-sama telusuri tulisannya.



Lihatlah pada matahari nescaya engkau akan mendapati pengaruhnya sebagai sumber utama bumi ini. Lihat pada bulan nescaya engkau akan mendapati ia berpengaruh sebagai sebuah planet yang memberikan pantulan cahaya matahari ke bumi tika malam menyelebungi. Lihat pada Islam kini apa pengaruhnya kalau nak dibandingkan dengan pengaruhnya Islam pada zaman empayar kegemilangan Islam yang dengannya telah berjaya menakluki 3/4 bumi ???

Umat Islam perlu bangkit mencipta pengaruh dengan meneladani orang-orang Islam terdahulu terutamanya yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai contoh teladan terbaik buat sekalian ummat. Kata-katanya, tingkah laku dan pengkuan sifat akhlak baik baginda harus dijadikan sebagai panduan buat selama-lamanya. Apa yang penting di sini adalah pengaruh dari segi tingkah lakunya yang turut juga diakui oleh kaum kuffar ketika itu yang telah menyebabkan kebanyakan orang kuffar menerima layanan akhlaknya, bakal mengikat hati seseorang tersebut akan keindahan Islam. Itu masalah ummat, dan masalah ummat ini juga harus di persoalkan kepada diri kita. Bak kata pepatah, 'Tepuk dada tanya Iman'. Adakah perkara tersebut yang harus direalitikan menjadi sebuah hakikat yang sebenar-benarnya, bakal terjadi? Cuba tanya pada diri. Kerana Allah SWT tudak akan mengubah sesuatu ummat itu melainkan ia mengubah perka tersebut dengan ikhtiar dan usaha mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah sebagai satu renungan buat kita sebagai ummat Nabi Akhir Zaman, Muhammad SAW. Adakah pesanan Nabi buat kali terakhir kita berjaya amati dan laksanakan agar tersemat rasa cinta dan rindu kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, "Gigitlah Sunnahku dengan gigi gerahammu". Itu amanat Nabi kepada ummatnya agar ia bakal menjadi panduan hidup buat ummatnya yang tercinta.

Kembalilah bangkit menegakkan Islam dengan kembali semula ke dasar
ajaran Islam yang betul dan lurus dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Cuba lihat kejayaan para sahabat yang menjadi pemerintah bagi kaum Muslimin. Mereka tidak lari daripada berpegang dengan 2 perkara tersebut agar pengaruh Islam bakal tersebar dan tidak goyah diserbu dan disergah musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap ummat Islam harus kembali mencipta pengaruh demi kejayaan yang bakal dinantikan. Wallahua'alam.

Friday, December 17, 2010

Coretan Hati Seorang EXMTS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

dengan nama Allah yang maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG

Saat diri ini mula menekan 'keyboard' untuk meluahkan rasa hati, isi hati, dan segala perasaan yang terkandung didalam hati, kini aku bukan lagi bergelar seorang pelajar MAAHAD TAHFIZ SAINS, TANAH MERAH, KELANTAN.

Kini baru aku mengerti bahawa beginilah perasaan yang dialami, dirasai dan terpaksa ditempuhi oleh setiap abang-abang dan kakak-kakak yang telah dahulu meninggalkan medan ini tetapi perjuangan ini. Kini aku hanya bergelar bekas pelajar MTS sahaja. Kalu dahulu aku kemana sahaja orang bertanya "Adik sekoloh mano?" dengan izzah serta rendah diri aku menjawab kembali "Sekoloh Maahad Tahfiz Sains"...


hari terakhir selepas SPM 2010

Tidak dapatku ertikan, ungkapkan serta lukiskan keindahan serta kemanisan ketika bergelar seorang pelajar MTS yang baru sahaja aku lepas gelaran tersebut pada 16 Disember 2010. Pelajar Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah kebanggaan kerajaan negeri Kelantan pimpinan seorang ulama'. Maahad Tahfiz Sains, sebuah sekolah yang melahirkan permata serta mutiara yang akan mengangkat kembali Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun.


bersama guru penasihat Third Batch MTS, Tec Ima Hafiza

Cg,. Nik Maziah, guru penasihat Badan Maktabah(kiri) dan Tec Adilah

Sir Raja, Tec Fadzilah, Tec Salina dan Tec Azura

Ust Anuar guru BAT dan Guru Dakwah MTS 2010

2006, aku mula menceburi serta menjadi sebahagian dalam diri Maahad Tahfiz Sains. Namun mungkin Allah yang Maha Esa ingin memberikan aku peluang serta pengalaman yang lebih, lantas aku dihantar ke Maahad Tahfiz Nurul Hidayah, sebagai tempat pengajianku. Kemudian pada 2007, aku neneruskan kembara ke kampus induk Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan yang Adunnya merupakan Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa cakna akan keperluan dan kebajikan pelajar di sekolah anak emas kerajaan negeri.
Disini aku mula mengenali serta mengerti hidup seorang muslim. Disini aku diajar segala-galanya, tentang pelajaran dunia dan akhirat, penulisan serta kepimpinan. Disi aku mula mengenali gerak kerja dakwah dan tarbiah.

Dan apa yang aku rasa, pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan mungkin kekuatan setiap warden dan murabbi di Maahad Tahfiz Sains dalam mentarbiah diri kami selaku huffaz di Maahad Tahfiz Sains.


semasa menerima watikah perlantikan Exco Maktabah MPP 2010

Satu suasana yang aku rasa tidak ada di sekolah lain ialah seorang guru akademik boleh mengamalkan satu sunnah yang aku rasa tidak ada di sekolah lain iaitu guru akademik lelaki memakai jubah masuk mengajar didalam kelas. Apa yang lebih manis mereka ini boleh dianggap bagaikan seorang ustaz dan ustazah walaupun mereka merupakan guru akademik. Sentiasa menitip dibibir mereka nasihat serta mutiara sebakai bekalan buat kami selaku seorang huffaz.
Masih terngiang di minda aku kata-kata guru physicsku, "Sir kalau boleh tengok kamu semua dapat berbakti untuk ISLAM sudah cukup..." dan kata-kata guru chemistryku, "Bagi teacher, kamu semua dapat beramal dan faham semua ilmu yang teacher dah cukup...teacher dah cukup berbangga dapat mengajar orang menghafal al-Quran". Kata-kata yang aku rasa tidak dapat didengar di sekolah lain.


kelas terakhirku

Aku rasa bagaikan tidak kena jika tidak dititipkan kisah-kisah bersama warden MTS. Warden yang tidak pernah berfikir tentang elaun serta gajinya. Apa yang aku tahu elaun warden hanyalah RM250 sebulan. Cukup ke? Subhannallah nila RM250 digantikan dengan masa bersama keluarga dan hanya untuk menjaga kami para huffaz MTS yang penuh dengan kerenah serta perangai masing-masing. Setiap pagi, kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik serta suara warden yang lantang. Setiap lepas maghrib kami diberi tazkirah serta nasihat dari para warden sebagai bekalan kami diluar. Kekadang kami diberi peluang oleh warden untuk memberi tazkirah sebagai medan latihan untuk kami sebelum kami melangkah kedalam masyarakat. Sakit, demam dan luka kami, para warden jaga dan sanggup berhabis wang dan minyak kereta semata-mata untuk menghantar kami anak-anak didiknya ke hospital. Apabila kami ada masalah dan tekanan mereka hadir dengan senyuman manis menghiburkan kami.
Dan pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan ialah warden menangis mengenangkan akhlak serta perangai sesetengah huffaz yang agak nakal. Pernah satu malam, aku menghampiri bilik seorang warden, aku terdengar tangisan munajat kepada Allah memohon agar kami para huffaz MTS dapat berbakti dan memberi sumbangan kepada ISLAM. Subhanallah begitu tulus serta ikhlas para warden menggantikan tugas para ibu bapa huffaz MTS.

Kini 17 Disember 2010, aku bukan lagi huffaz MTS, aku rindu akan bi`ah solehah yang hadir di bumi Maahad Tahfiz Sains. Aku rindu akan ketukan pintu serta laungan warden mengingatkan kami kepada kewajipan seorang hamba kepada Rabbul Alamin. Aku rindu akan tazkirah para warden. Aku rindu akan suara-suara ustaz,ustazah,sir dan teacher yang sentiasa mencurahkan mutiara ilmu kepadaku. Aku rindukan suasana kelas al-Quran dan akademik di MTS. Aku rindukan suasana tarbiah dan al-Quran di MTS.

YA ALLAH, BERIKANLAH KEKUTAN KEPADA HAMBAMU INI UNTUK BERDIRI DENGAN AGAMA DAN AL-QURANMU, YA ALLAH SESUNGGUHNYA, HAMBAMU RINDUKAN KASIH SAYANGMU, RINDUKAN RASULMU, MUHAMMAD S.A.W DAN RINDUKAN AKAN SUASANA DI MAAHAD TAHFIZ SAINS. YA ALLAH, BERIKANLAH AGAR HATIKU SENTIASA TERIKAT DENGANMU, RASULMU, ISLAM DAN MAAHAD TAHFIZ SAINS...
YA ALLAH AKU RINDUKAN MAAHAD TAHFIZ SAINS....

Saturday, November 6, 2010

marwan bila enta nak update blog nta tue? ke khalifah dah tak berjalan?"

Salam ukhuwwah...
dah lama rasanya tak terupdate blog nie...samapai satu mesej kepada ana

"marwan bila enta nak update blog nta tue? ke khalifah dah tak berjalan?"

Ya Allah aku memohon keampunan kepada MU kerana SPM aku lupa akan tanggungjawab kepada agamaMU, aku lupa bahawa aku seorang ISLAM, aku seorang pemegang amanahmu...maafkan aku YA ALLAH..."

Mungkin bukan ana sahaja yang merasai betapa pentingnya peperiksaan kepada kita selaku manusia yang hidup di muka bumi ini. Mungkin semua persoalan yang timbul disebabkan peperiksaan telah ALLAH jawab didalam AL-QURAN. Mungkin posting kali ini ana cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ALLAH kurniakan kepada diri yang hina ini...

Mungkin kita selalu bertanya : KENAPA RASA FRUST?

Lantas QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


Apabila kita gagal(tak berjaya mana) dalam exam : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Lalu QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


Lantas timbul pula persoalan : AKU NAK MINTAK TOLONG DENGAN SIAPA??

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

Kemudian kita terus berfikir dengan akal yang serba kekuranga : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

Kemudian terus berfikir: KEPADA SIAPA AKUBERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129


Mungkin kekadang kita beeKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Para pembaca yang disayangi, teruskanlah mendampingi kla ALLAh S.W.T. Mungkin selama ini kita lupa bahawa segala persoalan dalam hidup kita telah AL-QURAN jawab...

SO BE WITH QURAN ALWAYS AND YOU CAN GET ALL SOLUTION IN YOUR LIFE...AL-QURAN IS THE BEST ANSWER FOR ANY YOUR QUESTION...

OH MY LOVE PLEASE DON`T LEAVE ME....I`M PROMISE WITH YOU THAT I ALWAYS BE WITH YOU...YOU ARE MY LOVE...AL-QURAN KAREEM...

Thank to all MTSian that always support me as friends, students and sons.