Banyak kenangan yang tak dapat ana lupakan sepanjang bersama belajar, makan dan minum bersama-sama abang ' Second Batch of MTS ' (abg eusoffe, abg hisye, abg imran ali, abg firdaus n others...sori tak sebut belako ramai sangat). Antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah ketika Mantan Ketua Umum MTS 2009, Abg Ahmad Hisyamuddin memberi amanat terakhir mewakili abang-abang dan kakak-kakak ' Second Batch of MTS ' ketika malam terakhir kita bersama (16 disember 2009) tentang carrot, telur dan kopi. Jom sama-sama kita hayati kata-kata Mantan Ketua Umum MTS2009.
Ada seorang ayah mempunyai tiga orang anak. Si ayah menyediakan sebekas air, sebatang lobak merah, sebutir telur dam sepaket kopi. Lalu dipanggil anak-anaknya. Pertamanya si ayah menjerang air tersebut sehingga mendidih. Lalu si ayah memasukkan lobak merah tersebut ke dalam air yang panas mendidih. Hasilnya lobak merah tadi menjadi lembut. Kemudian si ayah memasukkan telur kedalam air yang panas mendidih dan telur tersebut menjadi keras. Kemudian si ayah memasukkan serbuk kopi tadi kedalam air yang panas dan hasilnya iair tersebut menjadi warna hitam.
Lalu si ayah bertanya kepada anak-anaknya " wahai anak-anakku, apa yang kamu boleh simpulkan dari apa yang kamu lihat tadi" Lantas berbagai jawapan yang keluar seperti lobak merah itu sedap dimakan kerana lembut, telur tersebut sedap dimakan bersama nasi lemak dan air kopi tadi sedap di minum pada waktu malam. Si ayah hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut anak-anaknya. lantas si ayah berkata:
"wahai anak-anakku, air itu ibarat kehidupan kamu sebenar apabila keluar kelak. Anakku janganlah kamu menjadi lobak yang sebelum dimasukkan kedalam air panas ia keras tetapi setelah masuk kedalam air panas tersebut kamu menjadi lembut. Ia bekmakna sebelum kamu masuk ke dalam kehidupan realiti yang lebih hebat serta mencabar, kamu berprinsip, berhati waja dan kuat semangat. Namun apabila kamu masuk ke dalam kehidupan sebenar kamu menjadi dayus, lemah dan mudah menyerah kalah."
"Jangan juga kamu menjadi seperti telur. Sebelum dimasukkan kedalam air panas, ia cair tetapi apabila telur tersebut masuk kedalam air yang panas ia menjadi keras. Ia bermaksud sebelum kamu masuk kedalam kehidupan yang penuh pancaroba kamu seorang yang bersabar, mudah berbincang serta istiqamah dengan amalan harian kamu, tetapi apabila kamu masuk kedalam kehidupan sebenar kamu menjadi seorang yang baran, pemarah, memetingkan diri sendiri dan berhati keras serta mudah untuk meninggalkan suruhan ALLAH s.w.t."
"Dan jadilah kamu sepertimana serbuk kopi tadi. Yang mana sebelum masuk kedalam air panas ia berwarna hitam dan apabila dimasukkan kedalam air panas ia mewarnai air yang putih menjadi hitam. Ini bermaksud sebelum kamu masuk ke kehidupan sebenar kamu mencukupkan secukup-cukupnya ilmu di dadamu, kamu seorang yang istiqamah dalam ketaatan kepada ALLAH s.w.t dan apabila kamu masuk kedalam kehidupan sebenar bersama masyarakat yang penuh mehnahnya, kamu mampu istiqamah dengan amalanmu dan kamu mampu untuk mewarnai masyarakat kamu dengan cara kamu iaitu cara ISLAM."
Apa yang dapat kita simpulkan dari kisah diatas ialah kita hendaklah menjadi serbuk kopi yang mana kita mampu untuk mengubah masyarakat kepada ketaatan kepada ALLAH s.w.t dan mampu untuk membawa ISLAM yang kita ada kedalam masyrakat kita.
Semoga kita menjadi kopi yang pekat bukannya lobak merah yang lembut atau telus yang keras....
No comments:
Post a Comment