Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. diatas segala nikmat serta rahmat yang dikurniakan olehNya. Sejambak salam ke atas junjungan mulia Muhammad Rasulullah S.A.W. keluarga baginda serta sahabat baginda. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan rahmat bagi sekalian alam”.
Sempena dengan bulan Rabiul Awwal yang mulia ini, alangkah ruginya seorang muslim itu jika ia tidak mengetahui bahawa dalam bulan ini dilahirkan seorang insan yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Oleh itu, marilah kita kenang, ingat serta muhasabah diri kita sejauh manakah kita telah mencintai kekasih agung MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. Sudah padankah cinta serta kasih kita kepada baginda jika ingin diukur dengan pengorbanan serta penat lelah baginda dalam menyampaikan risalah ISLAM sehingga kita dapat merasai nikmat tersebut.
Wahai pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T. Ingatlah kerja dakwah yang dilakukan oleh baginda masih perlu diteruskan lagi oleh generasi akhir zaman. Oleh itu marilah kita sama-sama menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh baginda. Ini kerana tugas ini bukan hanya untuk golongan tabligh sahaja. Setiap mereka yang berpegang kepada kalimah لااله الا الله محمد رسول الله maka terpikul satu amanah yang tidak dipikulkan kepada kaum sebelum ini iaitu amanah DAKWAH.
Akhir kalam marilah sama-sama kita menghayati serta muhasabah diri kita dengan perjuangan, sirah serta riwayat hidup Junjungan Mulia serta Uswah dan Qudwah Hasanah kita, iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment