11 FEBRUARI 2010 bersamaan 26 SAFAR 1431
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Entah apa yang ingin ana tulis hari ini...nak mengarut ke? nak buat lucu? atau buat ape?
Entah mengapa pagi ini apabila melihat gambar2 kenangan rakan-rakan Third Batch United, ramai yang dah takdek kat MTS. Mengapa semua ini terjadi? Baru ana teringat satu nasihat dari seorang murabbi yang cukup disegani di MTS iaitu Ustaz Yusri Ahmad sewaktu di awal bulan Januari yang lalu, ketika mana ramai antara kami pelajar Form 5 ingin berpindah atau nak ambil SPM di sekolah lain.
Katanya " Alangkah beruntungnya ana dan entum semua kerana ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk menjadi seorang yang menghafal AL-QUR`AN. Ana tahu memang letih, perit dan penuh cabaran untuk entum semua menghafal AL-QUR`AN, namun ana pasti apabila tepat pada masanya semua usaha entum akan berbaloi"
Aku bertanya didalam hati, "Bila masanya?"
Lalu Ustaz Yusri menyambung " Cuba entum bayangkan yang mana satu lebih beruntung antara seorang yang membawa peti harta karun yang berat dan penuh dengan harta karun dan yang membawa RM 2 didalam poket?"
Lantas kami menjawab "Yang bawa harta karun"
"Baiklah, yang membawa harta karun itu lebih beruntung. Jika didalam satu perjalanan, cuba entum bayangkan antara yang bawa harta karun dan bawa RM 2, yang mana lebih cepat untuk sampai di garisan penamat? Sudah tentu yang bawa RM 2 sebab, dia boleh berlari dengan laju tetapi yang bawa harta karun perlu berjalan perlahan-lahan untuk menjaga hartanya dari jatuh dan dicuri oleh perompak."
"Tapi entum semua perlu ingat, antara yang bawa RM 2 dan bawa harta karun yang mana lebih beruntung apabila sampai digarisan penamat. Orang yang bawa RM 2 mungkin hanya mampu untuk membeli sebotol air mineral RM 1 dan kacang RM 1, tetapi yang bawa harta karun walupun sampai lewat lewat dan letih tetapi boleh berbelanja sesuka hati di garisan penamat kerana mempunyai banyak harta."
"Ooo, macam tue" antaranya yang terkeluar dari mulut kami.
"Ok, sekarang bandingkan entum dengan mereka yang tak menghafaz al-Qur`an. Tentu entum lebih beruntung diakhirat kelak. Memang entum rasa perit, letih dan susah nak jaga al-Qur`an tetapi entum beruntung di akhirat kelak. Ana hanya boleh tunjukkan cara tetapi kuasa memilih ditangan entum semua" kata Usta Yusri akhir sekali.
Sebagai konklusinya, memang tak dapat disangkal bahawa orang yang menghafaz al-Qur`an bagaikan mereka yang membawa harta karun. "AHLUL QURAN AHLULLAH" Tetapi ingatlah jangan biarkan al`Qur`an menjadi hujjah keatas kita, tetapi menjadi hujjah buat kita untuk masuk ke syurga ALLAH S.W.T
"SEBAIK-BAIK KAMU ORANG YANG MEMPELAJARI AL-QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA KEMBALI"
No comments:
Post a Comment