"Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal." Surah at-Taubah 129
Sunday, September 19, 2010
exam semasa kita tadika, UPSR, PMR, SPM
Aduh nampaknya dah hampir dua bulan lagi ana n others form 5 student akan menduduki SPM.
Alhamdulillah, kini kami pelajar kelas 5 Ibnu Sina yang dulunya macam tiada wawasan (kata Syuaib) kini, bagaikan baru dilahirkan bersemangat lebih dari wawasan 2020.
Sahabat pembaca yang dikasihi khasnya pembaca yang berada di Form 5. InsyaAllah buat kali ini ana akan berkongsi satu message dari seorang murabbi iaitu Ustaz Wan Al-Hafiz dalam facebook ana baru-baru ini.
Sekarang ialah saat getir bagi kita semua. Memerlukan pengurusan dan disiplin masa yang teratur. Pada saat ini juga, kita dituntut untuk lebih menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. selain menjauhi maksiat. Sebagai contoh, semasa sedang study, tiba-tiba otak 'stuck' @ tension @ stress @ masalah-masalah lain, tempat rujukan pertama mestilah Allah s.w.t. Terus pergi ambil wudhu, dirikan solat sunat dua rakaat dan mengadu secara langsung masalah tadi kepada-Nya. Itulah cara yang telah diajarkan kepada kita oleh Nabi-nabi a.s. dan para salafussoleh.
INGAT! Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita tidak berlaku dengan sia-sia. Bukan juga untuk menzalimi kita. Sesungguhnya segala perkara tersebut didatangkan sesuai dengan tahap dan kemampuan kita. Yakinlah bahawa kita pasti berupaya menghadapinya. Biasalah. Ujian yang menimpa dari hari ke hari bukan semakin senang.
Namun bukan juga diluar capaian kuasa kita. Contoh, exam semasa kita tadika, UPSR, PMR, SPM, dan seterusnya. Ketika tadika, Fuhh..!! Kita sudah rasa amat payah. Tetapi bila sudah lepas dan tengok balik ujian tersebut, pasti kita rasa amat senang. Samalah juga dengan exam lain. Ini juga boleh diumpamakan dengan ujian Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Setiap ujian adalah untuk mengangkat tahap dan darjat keimanan kita supaya lebih dekat kepada-Nya.
Sahabat... Allah s.w.t. tidak menuntut kita supaya menjadi sempurna. Tetapi menyuruh kita supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada sekarang. Susunlah masa sebaik mungkin dan ikut apa yang kita sudah susun. Buatlah segala tanggungjawab itu mengikut kemampuan kita. Selebihnya, serah kepada Allah s.w.t.
Ana doakan kejayaan buat semua sahabat termasuk diri ana di dunia dan di akhirat. Amin.
Tazkirah tersebut telah ana edit sedikit berdasarkan situasi sekarang. Kalau Ustaz Al-Hafiz ada membaca lain tu kira ana dah edit nasihat ustaz kepada ana.
Doakan kejayaan kami para huffaz MTS di medan SPM, SMU dan PMR...InsyaAllah...
Salam juang!
Wassalam.
Monday, September 13, 2010
Pemuda Acuan Al-Quran...
Zaman Rasulullah dan para sahabat telah membuktikan kegemilangan Islam telah dijualng tika itu disebabkan oleh pegangan dan keyakinan yang teguh terhadap A-Quran dan assunnah serta kekuatan ukhuwwah di antara para sahabat.
Kini dapat dilihat kepincangan yang sedang melanda umat Islam terutama para pemuda dan pemudi. Para pemuda bukan sahaja tidak dapat dijadikan pemimpin masyarakat bahkan kebanyakan pemuda kita kini nak pimpin diri sendiri pun tak mampu...Mengapa semua ini terjadi? Adakah ISLAM itu yang salah?...
Disini ingin ana bicara seorang insan yang serba kekurangan nya dari segi fizikal,namun dengan semangat jihad dan kebiaksanaannya dapat menggeruni pihak musuh. Ikuti pesanan Syeikh Ahmed Yaseen kepada muda-mudi sebelum beliau dianugerahkan syahid oleh Allah swt:
“Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah S.W.T dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengn akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Muhammad S.A.W.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya.Lebih dari itu,aku mengajak kalian wahai anak-anakku,untuk mendekat diri dengan sunnah Nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah S.W.T dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian agar menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusa dan dunia serta menggantinya dengan kata amal ,kerja dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Berlajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan bertawakkallah kepada Allah.”
"Setiap pejuang tidak pernah takutkan kematian kerana kematian itu merupakan asam garam kepada perjuangan itu sendiri. Kebahagiaan dalam berjuang telah dijamin oleh syariat Islam. Sewaktu memutuskan untuk melibatkan diridalam perjuangan ini, kami telah pun betul-betul faham segala cabaran dan rintangan yang ada."
Semoga semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar MTSTM 2010 terus thabat dengan jamaah dan melayani mehnah student dengan penuh kesabaran dan hikmah.
Asif jiddan kepada Timb. Exco Pusat Sumber MPP 2010 kerana ana acap kali menyusahkan ukhti. Thanks for your support.
Thursday, September 9, 2010
SALAM EIDULFITRI
Saturday, July 24, 2010
Pesana As-Syahid Hassan Al-Banna
Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini
adalah kenyataan di hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Allah swt. berfirman,
(Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuwatirkan" (Al-Qashash: 5-6)
Putaran waktu akan memperhatikan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat.
Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allahlah harapan kita satu-satunya.
Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti.
Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.
Di bawah ini dicatitkan kata-kata Hassan Al-Banna yang menjadi asas kepada prinsip perjuangan harakinya:
1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta
walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah. Janganlah sama
sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dengan membuat perkara-
perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul,
kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu syiar agama Islam.
4. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
5. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua pun kerana
pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh
para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu perkara yang sia-sia
malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam
pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh
memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara bertemu sekalipun ia tidak meminta hendak berkenalan, kerana
asas pergerakan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang tatacara bagaimana
hendak menggunakan masanya dengan berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah perlaksanaannya.
Allah SWT. berfirman,
akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)
Monday, July 19, 2010
21 Ogos 1969
Adakah Masjid Al-Aqsa pernah terbakar? Barangkali ramai lagi yang akan bertanya soalan yang sama. Ramai lagi umat Islam sekarang yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Cuba kita bayangkan sekiranya berlaku penjajahan di negara kita, lalu Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita. Masjidil Aqsa merupakan Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.
“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga buah masjid,
Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid Al-Aqsa.”
TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Kini, Al Quds dan Palestin yang penuh berkat menjadi tawanan para Yahudi laknatullah. Mereka juga meninggalkan luka yang sangat mendalam di segenap penjuru hati setiap Muslim yang inginkan kiblat pertama dibebaskan daripada cengkaman mereka. apakah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim? Takkanlah nak biarkan begitu sahaja? Marilah bersama-sama kita sampaikan kepada mereka yang jahil mengenai hal ini....
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Mimbar ini dulu digunakan oleh Solahhuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Quds dari tentera Salib Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulurkan bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah dibantai.
Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan. Lucunya, Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.
Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.
Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun
menjadi Hari Al-Quds Sedunia.
Maka atas dasar apakah kita berdiam diri selama lebih 41 tahun penaklukan kota Al-Quds pada 7 Jun 1967 yang membawa kepada peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan lawatan kontroversi Ariel Sharon memasuki dataran Masjid Al-Aqsa pada 28 Sept 2000 dengan 600 tentera siap bersenjata dan lebih 3000 orang Yahudi untuk mengelilingi tempat suci itu?
Kejadian tersebut meningkatkan kemarahan umum sehingga berlaku Intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin yang sehingga ke hari ini api perjuangan dan penentangan mereka masih belum dapat dipadamkan. Rakyat Palestin sudah cukup terseksa dengan pembunuhan dan kekejaman zionis saban hari. Kematian sudah menjadi perkara biasa di bumi jihad itu. Akan tetapi, mengapakah Intifadhah meledak pada saat itu? Jawapannya kerana kesucian Masjid Al-Aqsa telah dinodai oleh tapak kaki Sharon yang mana merupakan Pemimpin Parti Likud yang kemudiannya
menjadi Perdana Menteri Israel , malah dia juga adalah watak utama dalam peristiwa berdarah Sabra dan Shatila (1982).
Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.
Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam. Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.
